Search This Blog

Wednesday, December 26, 2018

BELAJAR DARI PERCUTIAN 3


  1. Saya tidak berminat untuk shopping ketika bercuti. Saya yakin, di Malaysia terdapat pelbagai tempat shopping yang lebih menarik. Kita boleh membeli beg tangan coach dengan harga RM10 ribu di Malaysia. Kita juga boleh membeli beg yang hampir sama dengan harga RM50. Jadi, kalau sekadar hendak shopping saya tidak akan melancong.
  2. Selalunya saya melihat apa yang orang lain tidak lihat ketika bercuti. Saya berpegang kepada pepatah jauh berjalan luas pemandangan. Maka, saya ambil pemandangan tersebut untuk belajar dan membandingkan dengan apa yang kita ada.
  3. Hari ini saya kan bercakap mengenai 2 buah stesen TV di NZ. Jarang apabila melancong kita menonton TV. Malah saya sendiri jarang melakukannya. Malah ketika bercuti saya masih menonton RTM melalui Aplikasi RTM Mobile.
  4. Stesen pertama yang menarik perhatian saya adalah Maori TV. Sebuah stesen yang dikendalikan sepenuhnya oleh penduduk peribumi NZ. Penyampainya, berita, malah iklan juga menggunakan sepenuhnya penduduk Maori.
  5. Bahasa pengantarnya juga adalah Bahasa Maori. Ketika rancangan sukan, ulasan yang diberi juga adalah menggunakan Bahasa Maori. Malah, ulasan rancangan gusti WWE juga menggunakan Bahasa Maori.
  6. Sepanjang saya ke NZ amat jarang saya mendengar orang bertutur menggunakan Bahasa Maori. Namun, NZ tetap meletakkan, malah menyediakan satu stesen TV khas kepada penduduk peribuminya. 
  7. Stesen kedua adalah IQ TV. Stesen ini tanpa pengacara. Tanpa grafik hebat. Tanpa rancangan bersifat drama, filem aksi atau tidak kelihatan sebagai sebuah rancangan TV. 
  8. TV ini hanya menayangkan soalan-soalan yang menyediakan 4 pilihan jawapan. Dalam masa tertentu jawapan sebenar akan diberikan. Penonton akan tahu sama ada jawapan yang kita berikan sama ada betul atau salah.
  9. Masa untuk setiap sesi soalan lebih kurang 10 minit. Pelbagai jenis soalan dikemukakan. Pengetahuan am, sukan, sejarah, geografi, hiburan dan sebagainya. Jika kita menonton selama satu jam, kita akan dapatkan pengetahuan kita bertambah.
  10. Yang lebih menarik, setiap 10 minit, akan ada iklan selama 5 minit. Maksudnya, syarikat iklan percaya dengan rating Stesen TV ini. Pada saya, ini adalah perlambangan kepada kematangan penonton.
Bersambung....

No comments: