Search This Blog

Tuesday, June 9, 2020

APA ITU KERAJAAN?

1. Saya berpeluang mendengar syarahan secara tidak langsung daripada seorang yang sangat bijak menyusun perkataan menjadi makna yang mudah difahami. Beliau pernah bekerja dengan Tun M dan mempunyai deretan deretan pengalaman menguruskan PM dan Menteri.
2. Beliau jelaskan dalam sebuah negara, setiap individu akan melaksanakan peraturan berdasarkan kehendak masing-masing. Maka, setiap orang dalam negara tersebut akan sentiasa bercakaran dengan orang lain. Apabila ini terjadi, maka pembentukan negara tersebut tidak akan terhasil.
3. Maka, seorang individu perlu diangkat menjadi ketua. Ketua tersebut pula akan memilih sekumpulan manusia lain untuk membantu beliau. Kumpulan inilah yang dipanggil KERAJAAN.
4. Tindakan pertama kerajaan adalah menggubal peraturan. Untuk menggubal peraturan tersebut, kerajaan meminta rakyat menyerahkan beberapa kebebasan individu. Sebagai contoh, rakyat perlu menyerahkan kebebasan bersuara untuk kerajaan menggubal undang-undang anti hasutan. Tanpa penyerahan sebahagian hak kebebasan bersuara, kerajaan tidak mungkin dapat melaksanakan undang-undang tersebut.
5. Seterusnya kerajaan perlu menyediakan kemudahan untuk rakyat. Untuk menyediakan kemudahan tersebut, kerajaan memerlukan sumber kewangan. Maka, rakyat perlu menyerahkan sebahagian daripada pendapatan mereka kepada kerajaan. Ini dinamakan cukai. Semua kemudahan yang dibangunkan melalui cukai, tidak boleh dikenakan bayaran sekiranya rakyat menggunakannya. Sebagai contoh, rakyat boleh menggunakan kemudahan jalanraya tanpa sebarang bayaran kerana jalan raya dibina melalui duit pungutan cukai.
6. Seterusnya, kerajaan perlu menjana pendapatan sendiri untuk mengurangkan beban rakyat membayar cukai. Maka, kerajaan bertanggungjawab menguruskan sumber negara. Contohnya, kerajaan membuat pelaboran ke atas hasil petroleum, perlombongan dan pembalakan. Hasil ini akan diurus oleh kerajaan untuk terus mempercepatkan kemajuan sesebuah negara. Kerajaan boleh membangunkan infrastruktur negara dengan hasil ini. Rakyat yang menggunakan infrastruktur ini perlu membayar apabila menggunakan kemudahan tersebut. Sebagai contoh, bayaran tol ketika menggunakan lebuhraya.
7. Ada masanya kerajaan mengalami kekurangan dana untuk menguruskan negara. Maka, kerajaan perlu membuat hutang. Hutang tersebut perlu diurus dengan baik supaya hasil daripada hutang tersebut akan berlipat kali ganda daripada nilai hutang tersebut. Sebagai contoh, kerajaan berhutang RM100 juta untuk membangunkan universiti. Graduan universiti tersebut akan mempercepatkan proses memajukan negara. Seterusnya menyumbang kepada hasil cukai negara. Katakan selepas 5 tahun universiti tersebut berjaya mengeluarkan 10,000 orang graduan. Untuk tempoh 10 tahun kemudian, jumlah graduan yang dikeluarkan adalah 100,000 orang. Jila seorang graduan membayar cukai RM3000 setahun, maka hasil cukai sahaja adalah RM300 juta. Kerana itu, hutang negara akan dibayar melalui hasil cukai negara.
8. Ada juga pembangunan yang perlu dibuat tanpa mendatangkan hasil kepada negara. Pembangunan ini terpaksa dibuat untuk mensejahterakan rakyat. Sebagai contoh, pembangunan penjara. Rakyat yang berpotensi untuk menganggu kesejahteraan orang lain perlu diasingkan. Maka, penjara adalah solusi terbaik untuk ini. Dalam sebuah negara 1% daripada rakyatnya beroptensi untuk dipenjarakan. Kerajaan terpaksa membangunkan negara walaupun proses ini tidak membawa kesan langsung kepada negara.
9. Kerajaan pula perlu mempunyai anggotanya dan jenteranya. Maka, kerajaan melantik anggotanya dan dinamakan kakitangan kerajaan. Kakitangan kerajaan berbeza dengan rakyat. Rakyat yang hendak menjadi kakitangan kerajaan perlu menyerahkan hampir 100% kebebasan kepada kerajaan. Di Malaysia penyerahan kebebasan ini dinamakan Perintah Am. Apabila ini berlaku, maka kerajaan dan kakitangannya akan bekerja dengan objektif yang sama.
10. Banyak lagi yang saya boleh kupaskan. Saya memilih untuk menulis secara bersiri. Baca dan terus baca di blog ini.

Bersambung.....

1 comment:

Anonymous said...

Ilmu yang bermanfaat, semoga beroleh pahala sehingga ke jannah