Search This Blog

Saturday, October 29, 2011

PIALA MALAYSIA 2011 - TAHNIAH NS DAN T'GANU


  1. Pasti ketika ini para penyokong Jang sedang berseronok. Pasti juga para penyokong Sang Penyu sedang berduka. Sebenarnya, jangan berduka, kerana malam ini kita disajikan dengan perlawanan bolasepak bertaraf dunia.

  2. Tahniah pada penyokong Sang Penyu dan SiRusa yang sama-sama menunjukkan mutu penonton bertaraf dunia. Ini adalah detik kebangkitan bolasepak Malaysia. Ayuh kita sama-sama sokong pasukan kedua-dua negeri ini.

  3. Sarbini pasti tidak lelap tidur kerana melepaskan gol mudah. Namun, Sarbini, usah risau "Mu dah pong jadi hero Ganu dengang membawa Ganu maing di Final." Tidurlah dengan nyenyak, tahun depan boleh cuba lagi.

  4. Hai-O....ko memang hebat Jang oiii. Tak kisahlah datang dari mana, sebagai profesional yang penting boleh membawa kemenangan kepada pasukan. Umur 32 tahun masih lagi mampu menjadi pemain terbaik perlawanan akhir...Tahniah.

  5. Pengadil....Pehhhhh baru bertaraf FIFA. Dah lama dah kita gagal untuk melihat pengadil yang pakai otak. Selalunya pengadil di Malaysia guna lutut...sebijik macam FAM. Malam ini, sejuta tahniah untuk pasukan pengadil.

  6. FAM...pergi mampos! Aku benci betul kat FAM ni. Kalau aku ada ilmu hitam, dua tiga ekor dalam FAM tu dak lama aku mandrem. Kasi hilang akal atau hilang kemampuan lelaki. Yang aku heran tu, semacam punya bangangpun, bertanding Exco masih menang.

  7. Bila aku tengok muka dua ekor monyet FAM tu...makin benci aku rasa. Yang sekor tu, makin tua makin bangang. Tu aku rasa kalau mati esok tu tanah pun tanah terima tu. Nampaknya kena bakarlah tu.

  8. Pasukan Selangor....padan muka. Satu piala pun tak dapat. Tetapi kalau nak juga piala aku boleh kasi. Aku kasi piala pasukan pilihan FAM. Hadiahnya main di peringkat sekolah-sekolah MSSM. Lepas tu jadi juara bolehlah masuk Piala Sumbangsih. FAM peduli apa, janji Selangor dapat piala.

  9. Sebelum tamat ini, aku sekali lagi nak ucap tahniah kepada semua pemain baik NS mahupun Ganu, peminat kedua-dua pasukan, jurulatih, pengadil, dan anggota keselamatan. Nak ucap tahniah kat FAM......jangan harap.

  10. PI MAMPOSLAH FAM....MAMPOS LAH FAM

Thursday, October 27, 2011

FAM - NAK BOIKOT BOIKOTLAH


  1. Utusan Malaysia semalam melaporkan Azizudin tidak kisah jika perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 diboikot oleh penyokong NS dan Terengganu. Alasan yang dikemukakan adalah "Ini sebuah negara Demokrasi". Mari kita fikir DEMOKRASI ALA FAM.

  2. B. Sathiananthan bekas jurulatih Kelantan digantung 6 bulan kerana mengkritik pengurusan FAM dan pertandingan liga. Maka DEMOKRASI ALA FAM - tidak boleh dikritik. Bangangkan.

  3. Menteri Belia, Timbalan Presiden FAM dan peminat merayu agar FAM mengkaji semula harga tiket perlawanan akhir. Mengkaji dan menurunkan adalah dua perkara berbeza. FAM menolak secara total. Bukan menolak untuk menurunkan harga tetapi menolak untuk mengkaji. DEMOKRASI ALA FAM - buat keputusan tanpa kajian lanjut. Bengong.

  4. Alasan yang diberikan FAM adalah kedua-dua negeri bersetuju dangan harga RM50. Saya nak tanya, siapa yang percaya dengan alasan itu. Saya rasa, FAM memaksa kedua-dua persatuan negeri tersebut bersetuju, jika tidak persatuan negeri akan didenda. Paksaan dalam membuat keputusan - DEMOKRASI ALA FAM..Hampehhhh

  5. Banyak lagi kalau nak tulis tentang hempehhhhhnya FAM. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah membuka mata orang-orang dalam FAM untuk melihat keadilan. Jika mereka masih menutup mata ke arah keadilan....semoga Allah memberi balasan yang setimpal.

JOM BOIKOT PILA MALAYSIA DAN LIGA 2012

TIKET RM50-FAM BONGKAK


  1. Final Piala Malaysia kali ini menjadi satu tajuk yang sangat menarik untuk dibahaskan. Tiba-tiba harga tiket dinaikkan 70% kepada RM50. Kelab penyokong bolasepak NS dan Terengganu jadi begitu terhina. FAM seolah-olah kecewa apabila misi 33 Selangor terkangkang di tengah jalan.

  2. Ramai yang berkata bahawa keputusan FAM ini begitu mengejutkan. Namun pada saya keputusan FAM ini tidak mengejutkan. FAM terkenal sebagai sebuah persatuan yang sentiasa membuat keputusan BODOH. Kanaikkan harga tiket ini satu lagi conton keBODOHan FAM. Jadi, tidak ada apa yang mengejutkan. FAM membuat keputusan. Keputusan FAM pula bersifat BODOH. Maka FAM dan BODOH begitu sinonim. Tidak ada apa yang mengejutkan.

  3. Satu lagi keputusan BODOH FAM ialah mengenai pengambilan pemain import. Sekejap ambil. Sekejap tidak. Kini ambil semula. Dua tahun lagi dilarang. Kemudian ambil semula. Lepas tu larang balik. BODOH kan. Jangan hairan...FAM memang begitu...kalau 'TAK BODOH...TAK FAM LA NAMANYA.'

  4. Kalau ditanya bilakah Malaysia akan beraksi di pusingan akhir Piala Dunia. Ini jawapan FAM. "Kita sedang merancang satu program hingga ke akar umbi. Malaysia akan beraksi di pentas akhir Piala Dunia pada 2020." Jika soalan ini ditanya sekali lagi pada tahun 2020, maka jawapan FAM ialah..sama saja...cuma 2020 akan jadi 4040. BODOH kan!

  5. Sebab utama Malaysia gagal melepasi pusingan ketiga kelayakkan piala dunia adalah kerana persatuan yang menguruskan bolasepak di Malaysia dimonopoli oleh orang-orang BODOH. Bercanggahan sekali dengan pemain bolasepak yang mula menampakkan sifat profesional mereka. Disebabkan pengurusan yang bersifat BODOH, maka keputusan bolasepak Malaysia turut menjadi BANGANG.

  6. Pembaca sekalian, jika anda merasakan diri anda bijak, jangan sesekali bertanding merebut jawatan dalam FAM. Anda pasti kalah. Tetapi, jika anda mempunyai IQ yang bernilai 45 dan ke bawah, tetapi bergelaran....maka anda boleh bertandi dan dijamin menang. KEBODOHAN anda melayakkan anda menjadi EXCO FAM.

  7. Menjelang Hari Raya Korban pada 6 November nanti, jika anda tidak mempunyai wang untuk membeli lembu, jangan risau....banyak lembu percuma terdapat di Wisma FAM Kelana Jaya. Namun lembu itu dikorbankan bukan untuk dimakan, tetapi dikorbankan untuk pembangunan bolasepak Malaysia.

  8. Pak Menteri dan Timbalan PM pada FAM hanya penyibuk. Yang penting penyokong Selangor dan Kelantan. Jom kita tunjukkan apa yang penting untuk kita...kita boikot semua game yang melibatkan Selangor dan Kelantan.

  9. ADIOS

Monday, October 10, 2011

BAJET 2012 - PEMBELA RAKYAT MALAYSIA


  1. Apabila kita mendengar bacaan bajet 2012 oleh PM pada jumaat lalu, kita cuba bayangkan berapakah manfaat yang diperolehi oleh kita. Tanpa mengira kedudukan dan bangsa kita, kita sebenarnya mengharapkan sesuatu akan datang kepada kita.

  2. Yang paling tidak sabar menunggu 2012 adalah kakitangan kerajaan. Bilangan kakitangan yang hampir mencecah 1.4 juta orang mula berkira-kira berapakah jumlah pendapatan bulanan pada tahun 2012. Jangan risau....memang banyak meningkat.

  3. Orang pencen juga menanti penuh sabar akan ketibaan tahun 2012. Kenaikkan gaji bermaksud kenaikkan pencen. Pengenalan kenaikkan pencen 2% setahun pastinya membuatkan orang pencen mula mencari makanan tambahan untuk lebih sihat dan dapat hidup lebih lama.

  4. Ibubapa pelajar juga melonjak gembira. Dengan pemansuhan 100% yuran sekolah maka beban Januari setiap tahun akan 50% berkurang. Para pentadbir sekolah pula sedang ligat berfikir bagaimana untuk terus menipu ibubapa dengan memanipulasikan PIBG. Tak percaya tunggu...pengetua dan guru besar akan menaikkan lagi yuran PIBG.

  5. Bebudak U mula-mula gembira dapat baucher buku. Masing-masing nak buat modal tambahan beli prepaid. Bila dimaklumkan baucher tak boleh ditukar dengan wang...kedai-kedai buku pula melonjak gembira. Namun...bila orang banyak membaca....negara akan cepat maju.

  6. Masa macam ni yang paling gelabah adalah parti pembangkang. Mulalah mereka-reka bajet pakatan rakyat. Nag bagi itu dan ini. Kerajaan bagi 1, pembangkang nak bagi 2. Padahal semua tak tahu tentang kewangan negara. Tak apalah...sekurang-kurangnya pembangkang ni pandai buat kelakar.

  7. Calon-calon yang bakal bertanding pada PRU akan datang pun mula pasang angan-angan. Yang dari parti kerajaan mula merancang nak bunuh kawan sendiri. Yang dari parti pembangkang mula pasang strategi nak sebar fitnah berskala besar. Lepas tu ada pulak nak merancang jadi anggota kabinet dalam kabinet bayangan. Kelakar oiiiii

  8. Satu dunia pulak nak tahu bila parlimen nak bubar. Paling lama sampai april 2012. Kalau ikut logik, mungkin bubar dalam bulan November atau pertengahan Disember 2012. Member gua kata...alhamdullillah....inilah peluang nak bagi BN sapu bersih.

  9. Pengundi bukan Melayu akan terus mengundi calon bukan Melayu. Pengundi Melayu pulak undi PAS dan PKR. Bila menang DAP kontrol semua puak-puak tu. Yang jadi MB pun jadi tongkol kayu...EXCO apa lagi.....dah jadi batu nesan.

  10. Aku...aku dapat semua....gaji baru, yuran free, baucher buku, kawasan pilihanraya, mesuk kabinet, jadi MB, ataupun jadi EXCO. Syaratnya....aku terus sokong semua dasar kerajaan. Kalau tak dapat secara langsung....aku dapat secara tidak langsung. Jadi, pembaca semua...jangan tamak...ikut je macam aku. Salam.

Sunday, October 9, 2011

PEMBERITAHUAN CERPEN ALIBABA NAK KE PUTRAJAYA

Pembaca Budiman:

Adalah dimaklumkan bahawa cerpen Ali Baba Nak Ke Putrajaya telah menerima tawaran untuk dibukukan oleh sebuah syarikat penerbitan. Novel tersebut akan diterbitkan pada Mac 2012. Untuk mengikuti sambungan cerpen seterusnya, sila dapatkan novel tersebut di pasaran. Kesulitan amat dikesali.