Search This Blog

Wednesday, May 18, 2011

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI VI


  1. Hai....hai...hai. Salam sejahtera dan salam 1Malaysia. Jom kita sambung cerita. Cerita politik kedai kopi la, cerita apa lagi. Selasa cuti Vesak, saya main golf. Hari ni mula kerja, namun saya tidak bekerja. Dijangkakan saya akan mula melapor diri pada 23 Mei 2011. Penempatan....saya hanya berserah. Di mana bumi dipijak, di situlah langit saya junjung.

  2. Hari ini saya bersarapan di Kedai Kopi Taman Desa Kiara Seremban. Tapi saya ditemani oleh anak lelaki saya. Sementara nak tunggu pesanan saya baca Suara Keadilan. Ada macam-macam cerita. Namun berita tumpuan adalah Anwar hentam Hakim yang minta Anwar dibicarakan. Tu kalau nak ikut undang-undang boleh didakwa menghina mahkamah tu. Abang Mat Maslan, tolong buat laporan polis.

  3. Kat dalam ada gambar Azizah tadah tangan siap pakai telekung. Tengok gambar tu pun gerenti ramai yang simpati. Yelah, bukan semua orang ada peluang kena ambil gambar masa sembahyang dan berdoa. Dah lah tu, pose buat muka sedih habis. Tetapi aku macam biasa, jangan harap la aku nak simpati. Menyampah adalah. Pada aku Azizah tu hanya senjata Anwar nak tadah simpati orang ramai.

  4. Geng-geng keadilan kritik tentang harga minyak. Gerenti naik kata mereka. Lima enam orang lagi tambah, kalau minyak naik, haramlah aku nak undi BN. Harga minyak ni aku pun bengang. Malaysia ada minyak, jauh lebih mahal dari minyak negara lain. Bila minyak naik, ertinya negara kita untung besar. Untung besar tu kan dapat menampung kenaikkan harga minyak yang kita import. Susah-susah kita tutup lah Petronas tu. Ada kalau hanya sekadar menyusah rakyat, baik tiada. Tu bukan kata aku, tapi tu kata abang yang rambut kerinting. Jauh dalah hati aku, aku setuju 120% dengan abang rambut kerinting tu. Pembaca semua setuju tak dengan abang rambut kerinting tu? Komen...jangan tak komen!!

  5. Ada sorang abang pakai tali leher. Tapi tak lah hensem pun. Hitam, dah lah tu kepala botak. Mamat ni siap bagi pengiraan. Lebih kurang macam ni. Satu tong USD104 = RM312. Satu tong = 208 liter. Ertinya seliter RM0.67. Jika kos proses dan kos pengeluaran 100% daripada kos bahan mentah = RM0.67 maka kos pengeluaran RON95 = RM1.34 seliter. Pengilang ambil margin 20% dan pengedar 10%, maka kos akhir akan jadi RM1.742. Maka mamat tu buat kesimpulan, harga RM1.90 seliter patut kekal sehingga harga minyak mentah mencecah USD125 dengan mengambil kira subsidi kerajaan RM20billion. Bravo la breder, patutlah lu pakai tie.

  6. Rakan mamat yang pakai tie tu pulak pakai baju batik. Entah apa mimpi tah pakai baju batik hari rabu. Pun tak hensem, tapi idea dia berapi. Mamat baju batik ni pertikaikan bagaimana subsidi boleh meningkat dari RM10 billion (2010) kepada RM20 billion (2011). Hujjahnya, kadar pertambahan kereta cuma di bawah 10 peratus dan harga minyak secara purata adalah setara dalam penggal kedua 2010 sehingga penggal satu 2011. Maka dia simpulkan terdapat kebocoran subsidi yang tidak dapat dikesan, ataupun sengaja tidak mahu dikesan. Aku tabik mamat ni, pemikiran dia tajam menikam. Macam ni boleh pakai baju batik bukan sahaja pada hari rabu, hari-hari pun boleh.

  7. Sehingga ke hari ini, aku dapati orang yang lepak kat kedai kopi ini adalah orang yang banyak idea dan berpandangan tajam. Patutlah banyak YB PR lepak kar kedai kopi. Yang peliknya tak ada YB BN yang ikut langkah ni. Kalau ada pun hanyalah Dato' Ishak Ismail, Ketua UMNO Seremban. Tak tahulah kalau Dato' jadi YB esok berubah pulak. Harap-harap tak macam tu kot. Saya masih boleh lepak dengan Dato' kat Pekan Pantai, Jalan Jelebu. Dato' pun dah baik dengan MB nampak.....ada apa-apa ke?????

  8. Sampai kita jumpa lain kali. Tulisan akan datang, kita pindah ke negeri lain pulak. Pembaca semua nak negeri mana??? Tulis dalam komen.....saya cari bahan. Salam......jangan lupa tengok Maharaja Lawak.

Sunday, May 15, 2011

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI V


  1. Assalamualaikum. Sekali lagi saya menulis sambungan siri Kempen Politik Kedai Kopi Bahagian kelima. Namun kali ini berbeza sekali. Idea yang dijana bukan di kedai kopi. Tapi di surau selepas solat Isyak dua hari lalu. Setelah habis idea dijana, seperti biasa, kami akan minum di kedai kopi. Saya dapati siri ini telah melonjakkan pembaca pembaca blog ini kepada dua kali ganda atau bersamaan 200 peratus.

  2. Selalunya selepas solat Isyak, saya akan terus pulang. Namun pada hari tersebut, ada beberapa orang rakan yang mengajak saya berdiskusi. Seorang pemegang Ph.D, seorang pelajar Master, seorang jurutera mekanikal, dan seorang yang telah dua tiga kali pergi ke Mekah. Saya sendiri belajar hingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran. Pastinya diskusi ini akan lebih hebat dari Forum Perdana RTM.

  3. Topik pertama pastilah video sex mirip ketua pembangkang. Seperti biasa, hanya saya yang menyokong kerajaan. Pada saya pastilah pendedahan tersebut sesuatu yang sepatutnya berlaku. Ada banyak pro dan kontra yang diberi. Namun saya paling tertarik kepada hujjah pemagang PhD yang mengatakan seperti ini. " Kita sepatutnya berkecuali dalam hal ini, kerana jika video itu palsu, kita menuduh orang berzina, dan jika video itu benar, kita bersekongkol dengan penzina.". Persoalannya jika video dan pelakunya benar-benar tulen, salahkan kita mengajak orang keluar dari politik busuk seorang pemimpin yang kuat kadar kepura-puraannya. Saya percaya 100% kesahihan dan kesahihan pelaku video tersebut, justeru saya tetap mengatakan beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai apa sekalipun.

  4. Ada yang memberi pandangan mengikut kaedah sufi. Katanya, "Segalanya pada pelaku video tersebut telah tertulis di Arasi. Lantaran itu, kenapa kita perlu berantakan. Allah adalah sebaik-baik perancang. Tunggu sahaja, jika baik perilaku, baiklah balasan Allah, jika sebaliknya, azab Allah maha pedih." Saya terpaku dengan hujah ini. Hujan ini menjadi garisan di antara setuju dan tidak. Akhirnya saya setuju, Allah memilih seorang pemimpin mana yang Allah suka. Pastilah pemimpin itu bersih dan suci. Terhindar dari segala dosa dan maksiat. Semuanya kerana Allah Maha Bijaksana.

  5. Kemudian kami teruskan perbincangan mengenai isu Perkahwinan PAS + UMNO. Pelajar master berkata begini, "Kenyataan Soi Lek supaya menggugurkan nama Islam pada PAS adalah sangat tidak boleh diterima dan berbaur kurang ajar!" Saya setuju dengan kenyataan beliau. Kalau kita lihat MCA adalah parti yang kehilangan penyokong secara mendadak. Maka MCA sekarang dilihat mahu menyerlah sifat KeCinaannya untuk berada sama tinggi dengan DAP. Maka, kata-kata begini lebih bersifat populis daripada nasionalis. MCA perlu ingat MCA tidak pernah bertanding dalam pilihanraya, yang pertanding adalah BN. Sebaliknya DAP bertanding bukan PR yang bertanding. Maka dalam BN, BN itu yang penting, sebaliknya dalam PR, DAP itu yang menjadi BOSS. Maka kalau MCA ingin menjadi BOSS dalam BN, maka MCA akan gagal sepenuhnya, kerana dalam BN tidak ada BOSS. Yang ada hanyalah rakan-rakan yang sama-sama berjuang.

  6. Saya rasa MCA perlu ubah pendekatan. Daripada menarik kaum Cina ( pull strategy) kepada memaksa kaum Cina (push strategy). Maksud saya MCA patut mengatakan begini, "Dalam pilihanraya akan datang, jika kurang daripada 2/3 kerusi MCA bertanding gagal dimenangi, maka semua wakil MCA akan menolak jawatan dalam Kabinet dan Negeri. Maka kaum Cina akan hilang wakil dalam proses pembangunan negara. Biar DAP yang uruskan kepentingan kaum Cina, dan biar orang Cina rasai nikmat eksperimen yang dilakukan!!!!!"

  7. Sebenarnya MCA telah berada dalam BN sejak sebelum merdeka lagi. Sumbangan dan komitmen MCA memang dahsyat. Peliknya, kenapa masyarakat Cina menolak parti yang hebat ini. Tanpa MCA pasti tiada SJKC, SMJKC, dan Dewan Perniagaan Cina. MCA datang ketika masa susah, MCA juga datang ketika masa senang masyarakat Cina di Malaysia. Apakah salah Mahathir kata "Melayu Mudah Lupa", Tun juga patut berkata, "Cina Lagi Mudah Lupa Jasa dan Segala-galanya."

  8. Jika ada rakan Cina yang membaca blog ini, saya ingin bertanya, "Apa sebenarnya yang orang Cina mahukan lagi? Kaya sudah, bersuara bebas, rumah besar, wang banyak, ....wa pening woooo...apa lagi lu olang mahu...." Cer jawab...cer jawab.

  9. Sampai sini dulu, kita jumpa lagi minggu depan. Salam 1Malaysia. Jika pilihanraya bulan November, jangan lupa mengundi. Jika mengundi, jangan ikut kata hati (nanti mati), jangan ikut cakap orang (nanti tak karuan), jangan hentam sahaja (nanti gila), dan jangan undi pembangkang (nanti terkangkang). Pehhhhhh......jumpa lagi.

Wednesday, May 11, 2011

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI IV


  1. Lapan Mei 2011 tempoh hari aku berkursus Pengurusan Jenazah di Surau tempat aku. Sambutan amat menggalakkan. Adalah dalam 50 orang peserta. Yang bagusnya semua peserta begitu komited dalam kursus tersebut. Baik semasa dengar ceramah, mahupun semasa praktikal memandikan dan mengkafankan. Rata-rata yang datang muka yang sama. Yang lain...macam biasa....fardu kifayah....kami buat, geng diaorang tak payah.

  2. Kursus tu bermula dengan ceramah di ambang maut. Ceramah bagus....aku bagi 97%. Cara ustaz tu terangkan adab orang sakit, adab melawat orang sakit, adab ketika melawat orang nazak, dan penerangan mengenai malaikat maut. Aku bagi A+. Ustaz tu pun bukan orang lain, dari surau taman sebelah jer...

  3. Yang tak bagusnya, ustaz tu selitkan sedikit politik dalam ceramah dia. Ustaz tu macam nak bela Anwar jer. Antara kata-kata ustaz tu adalah....kita kena jaga aib mayat. Ni tak. Kita jaja video sex orang. Macam lah kita tu baik sangat. Sebab tu lah, ada ayat yang mengatakan...orang munafik akan menjadikan sumpah sebagai tembok mereka.

  4. Aku biasa sahaja. Aku ingat nak tanya soalan. Sebab apa masa ada video sex Khairy dalam blog Cikgubard dulu www.antikhairy.blogspot.com tak ada seorang ustaz pun yang bela Khairy. Masa Najib dituduh berkhalwat dengan Ziana dan ada kena-mengena dengan kes altantuya....semua ustaz dok gelak semacam...dok jaja sana-sini. Bila kena kat geng sendiri, satu kitab cari ayat....kena sikit-sikit pun jadilah....Pirahhhhhhh Ustaz......

  5. Selalunya pengerusi surau aku akan melenting bila orang cakap politik dalam kawasan surau. Aku tengok bila kat ustaz tu dia cool jer. Aku pun tak tau.....agaknya zaman sekarang pendirian orang macam lalang kot. Susah sungguh nak cari orang yang berpendirian kukuh....

  6. Masa ni aku teringat Pak Tam Mahmud, Imam masjid kampung aku. Dia kata, "Nal, ustaz la ni tak berapa boleh pakai. Depa pun sama makan gaji macam hang. Malah kalau hang pi jumpa depa, depa dok pandang hang atas-bawah. Silap-silap baru nak tanya hang terus kena tengking. Pak Tam lagi hormat orang macam hang dari ustaz." Tu kata salah seorang Pak Cik kat kampung aku. Dia orang PAS dari dulu lagi. Tapi dia tak pernah sokong orang membabi buta. Malah Pak Tam pernah kata, " Orang yang sokong membabi buta ni, sama macam babi buta!"

  7. Aku kadang-kadang teringat Pak Aji Ahmad, peraih terulung kat kampung aku. Pak Aji ni selalu berkata, " Nal, Pak Aji ni meniaga ikut cara Cina. Tapi Pak Aji tak pernah sokong Cina. Banyak kawan-kawan Pak Aji orang Cina. Tapi semua sahabat dan sedara Pak Aji orang Melayu." Pak Aji ni pun orang PAS. Malah rumah dan kedai dia sentiasa ada bendera PAS. Bagusnya Pak Aji ni tak pernah hentam UMNO. Malah kalau ada kenduri kendara Pak Aji ni mesti bagi beras, gula, dan macam-macam lagi sekalipun kat orang UMNO. Sayangnya Pak Aji Ahmad dah meninggal. Al-Fatihah buat Pak Aji Ahmad.

  8. Last sekali dalam siri IV ini aku nak cakap. Aku dah tengok video anwar tu. Aku pun pernah kerja dengan Anwar dari 1996 hingga Anwar kena pecat. Aku pun suka dengar ceramah dan ucapan Anwar. Tapi hingga hari ini, aku tak pernah nampak Anwar sebagai seorang yang bijak.....yang aku nampak ANWAR HANYA MAMANDAI-MANDAI GUNA AYAT-AYAT QURAN TERTENTU UNTUK KEPENTINGAN DIRINYA. Kalau semua pembaca nak tahu, orang Yahudi dah lama guna taktik sama macam ni untuk menguasai dunia. Fikir-fikirkanlah.

Monday, May 2, 2011

KEMPEN POLITIK KEDAI KOPI 3


  1. Selamat hari pekerja. Cuti panjang 3 hari memberi kesempatan kepada semua pekerja di Malaysia rehat yang panjang. Ada yang pulang ke kampung dan ada yang bercuti bersama keluarga. Aku pula, memilih untuk pulang ke kampung.

  2. Kampung aku sebenarnya damai. Kampung nelayan. Selain yang kerja sebagai nelayan, petani, dan pembalak bakau, adalah dua tiga orang yang punya perniagaan sendiri. Orang muda kurang, macam biasa, ke bandar....cari kehidupan dan pengalaman baru.

  3. Aku macam biasa, sarapan di restoran yang paling popular di kampung aku. Dah dua-tiga kali dah masuk surat khabar tu. Kalau dari Taiping ke Lumut, pasti jumpa restoran tu, sebelum pekan Pantai Remis.

  4. Orang kampung biasa, dah pandai politik sekarang. Bezanya kat kampung aku ni ramai penyokong UMNO. Sebabtu kot, produk kampung ni dah dekat 10 orang dah ada Ph.D. Berkat tu. Penagih dadah pun dah makin kurang, ramai dah mati kot...

  5. Penyokong UMNO tidak bermaksud orang kampung aku ni tak pertikai sebarang dasar kerajaan. Mereka turut mempersoalkan harga barang yang semakin naik, minyak yang semakin mahal, insuran kereta lama yang membebankan, yuran sekolah yang semakin mahal, dan macam-macam lagi. Peliknya kebanyakkan soalan mereka ini tak mampu aku jawab. Malah kalau aku mampu pun, aku malas nak jawab. Sebabnya.....aku pun setuju dengan pendapat mereka.

  6. Pertama, minyak naik sedangkan ringgit makin mengukuh. Harga minyak mentah hari ini adalah USD114 se tong.( Aku tanya mana pakcik dapat harga minyak mentak ni. Pakcik tu jawab...dalam blok hang la....)Kalau dalam ringgit lebih kurang RM331 sahaja. Ertinya untuk satu liter minyak mentah berharga 33 sen sahaja. Kos proses katalah 60 sen, baru 99 sen seliter. Mengapa jual RM1.90 bagi RON95? Terer pakcik-pakcik kat kampung aku ni, aku pun tak tau nak kira macam tu. Patutla pakcik tu anak dia semua masuk universiti. Tolong la jawab pak menteri!!!!!

  7. Kedua, yang naikkan dan susahkan insuran kereta lama apahal? Kereta lama hanya untuk perlindungan pihak ketiga. Lagipun, kereta lama ni bukan laju. Kadang-kadang tak payah brek pun berhenti sendiri. Dahlah camtu, susah pulak nak ambil. Adalah dua-tiga syarikat yang sanggup. Satu pakcik tu kata dah 20 tahun dia pakai kereta Toyota GL tu. Tak pernah claim sekali harampun. Risiko pada kereta ke, risiko disebabkan pemamdu...???? Dasar ni aku pun bengang, sebab aku pun pakai kereta lama....tahun 1966 lagi. Tolong lah jawab Pak Menteri????

  8. Ketiga, harga barang yang semakin naik. Kata ringgit mengukuh, inflasi terkawal, ekonomi positif, pelabur meningkat, dan macam-macam lagi. Kalau ringgit mengukuh, nilai eksport bersih mesti meningkat. Pendapatan rakyat secara currency different mesti naik. Ni tidak, ringgit semakin kurang nilai dalam pasaran dalaman....Pehhhhh terkejut aku ada pakcik kampung aku yang berhujjah camtu....Aku rasa Pak Menteri pun pitam nak jawab tu....

  9. Keempat yuran sekolah....kata pendidikan percuma. Percuma maksudnya tiada sebarang bayaran walaupun satu sen. Kalau ada bayaran haram dipanggil percuma, tapi kata saja ada diskaun 30% ke, 40% ke, atau 50% ke? Satu anak RM55 kalau sepuluh anak tak setengah ribu. Tu tak masuk benda-benda lain, datang lewat denda 50sen, tak pakai tali leher denda 50sen, tak siap kerja sekolah denda 50 sen, macam polis asal denda...bayar...denda bayar....Tu aku pun tak tau....aku jenis memang tak pernah bayar pun yuran sekolah anak aku. Bila cikgu sibuk tanya nak bagi anak aku malu...aku suruh anak aku hasut kawan-kawan dia...alah kalau tak bayar pun sekolah bukan boleh buat apa. Tahun berikutnya satu kelas tak bayar yuran....sekolah tak boleh buat apa pun...

  10. Itu lah kampung aku...orang tuanya semakin pandai...kalau dulu nak eja konspirasi pun tak reti...sekarang dah pandai masukkan perkataan hebat dalam ayat seperti transparent, translusi, efektif, efesien, positive development, dan macam-macam lagi. Aku kagum, aku sayang semua pakcik-pakcik kat kampung aku ni. Sebabnya semua pakcik-pakcik ni pernah beri nasihat kat aku. Semoga ALLAH MEMBERI SYURGA KEPADA SEMUA PAKCIK-PAKCIK DI KAMPUNG AKU ini. AMIN