Search This Blog

Monday, April 30, 2012

BERSIH: APA SEBENARNYA?


Dibawah ini saya sertakan lapan(8) perjuangan bersih, dan lapan (8) ulasan saya untuk mengatasi masalah tersebut tanpa perlu berdemonstrasi, menghina anggota polis, menghasut, dan menggila hanya kerana lapan (8) tuntutan yang boleh diselesaikan dengan menggunakan akal yang bijak.
1. Clean the electoral roll
The electoral roll is marred with irregularities such as deceased persons and multiple persons registered under a single address or non-existent addresses. The electoral roll must be revised and updated to wipe out these ‘phantom voters’. The rakyat have a right to an electoral roll that is an accurate reflection of the voting population.
In the longer term, BERSIH 2.0 also calls for the EC to implement an automated voter registration system upon eligibility to reduce irregularities.
ULASAN:
Data sebenarnya tidak akan menjadi tepat 100%. Cari dari mana-mana definisi data, anda akan dapati ketepatan data tidak akan mencapai 100%. Kerana itu, kumpulan yang membuat keputusan daripada data adalah kumpulan yang tidak bijak sama sekali. Data perlu diproses untuk menjadi maklumat. Maklumat perlukan perbincangan lanjut sebelum menjadi pengetahuan.
Saya cadangkan, satu taskforce dibentuk. Ahli Taskforce hendaklah terdiri daripada semua ahli politik yang sah berdaftar di Malaysia. Taskforce ini akan duduk bersama, melihat dan membersihkan data setiap tiga (3) tahun. Dalam masa empat (4) bulan, data akan mencecah nilai integriti 100% sekurang-kurangnya untuk tempoh dua (2) tahun. 
2. Reform postal ballot
The current postal ballot system must be reformed to ensure that all citizens of Malaysia are able to exercise their right to vote. Postal ballot should not only be open for all Malaysian citizens living abroad, but also for those within the country who cannot be physically present in their voting constituency on polling day. Police, military and civil servants too must vote normally like other voters if not on duty on polling day.
The postal ballot system must be transparent. Party agents should be allowed to monitor the entire process of postal voting.
ULASAN
Sistem sekarang telah memadai. Penambahbaikkan yang dicadangkan hanya memudahkan manipulasi ke atas Undi Pos. 
3. Use of indelible ink
Indelible ink must be used in all elections. It is a simple, affordable and effective solution in preventing voter fraud. In 2007, the EC decided to implement the use of indelible ink. However, in the final days leading up to the 12th General Elections, the EC decided to withdraw the use of indelible ink citing legal reasons and rumours of sabotage.
BERSIH 2.0 demands for indelible ink to be used for all the upcoming elections. Failure to do so will lead to the inevitable conclusion that there is an intention to allow voter fraud.
ULASAN
Akan dilaksanakan, BERSIH sepatutnya menggugurkan tuntutan ini.
4. Minimum 21 days campaign period
The EC should stipulate a campaign period of not less than 21 days. A longer campaign period would allow voters more time to gather information and deliberate on their choices. It will also allow candidates more time to disseminate information to rural areas. The first national elections in 1955 under the British Colonial Government had a campaign period of 42 days but the campaign period for 12th GE in 2008 was a mere 8 days.
ULASAN
Tuntutan ini sebenarnya tidak siknifikan. Ada beberapa parti politik di Malaysia yang berkempen sepanjang tahun. Malah siang-malam pun berkempen. Apa bezanya 21 hari dengan 365 hari kepada sesebuah parti politik yang kerja utamanya hanya berkempen?????
5. Free and fair access to media
It is no secret that the Malaysian mainstream media fails to practice proportionate, fair and objective reporting for political parties of all divide. BERSIH 2.0 calls on the EC to press for all media agencies, especially state-funded media agencies such as Radio and Television Malaysia (RTM) and Bernama to allocate proportionate and objective coverage for all potlical parties.
ULASAN
Dalam dunia ICT hari ini, media menjadi semakin luas. Penggunaan Internet menjadi senjata utama dalam mempengaruhi fikiran rakyat. Tuntutan di atas menggambarkan BERSIH ketinggalan zaman dari segi kemajuan ICT semasa.
6. Strengthen public institutions
Public institutions must act independently and impartially in upholding the rule of law and democracy. Public institutions such as the Judiciary, Attorney-General, Malaysian Anti-Corruption Agency (MACC), Police and the EC must be reformed to act independently, uphold laws and protect human rights.
In particular, the EC must perform its constitutional duty to act independently and impartially so as to enjoy public confidence. The EC cannot continue to claim that they have no power to act, as the law provides for sufficient powers to institute a credible electoral system.
ULASAN:
Sebagai sebuah negara Demakrasi Berparlimen, takrif kebebasan itu ditentukan di Parlimen. BERSIH seharusnya mengemukakan tuntutan ini kepada Parlimen. Malah, kebebasan yang total sebenarnya akan meruntuhkan segala-galanya.
7. Stop corruption
Corruption is a disease that has infected every aspect of Malaysian life. BERSIH 2.0 and the rakyat demand for an end to all forms of corruption. Current efforts to eradicate corruption are mere tokens to appease public grouses. We demand that serious action is taken against ALL allegations of corruption, including vote buying.
ULASAN
Apa kaitan rasuah dengan pilihanraya secara langsung? Kalau undian dipengaruhi oleh rasuah, maka peningkatan kerusi pembangkang menunjukkan rasuah semakin menular di kalangan parti pembangkang itu sendiri. Rasuah dan pilihanraya adalah dua ceritera yang berbeza. Menyatukan dua isu ini, jelas sekali kaedah terbaik untuk mengelirukan rakyat.
8. Stop dirty politics
Malaysians are tired of dirty politics that has been the main feature of the Malaysian political arena. We demand for all political parties and politicians to put an end to gutter politics. As citizens and voters, we are not interested in gutter politics; we are interested in policies that affect the nation.
ULASAN
Politik, politik kotor, politik bersih, dan politik bebas sukar dibezakan. Hanya satu cara untuk mengekang politik kotor. Haramkan semua parti politik di Malaysia. Jika ini terjadi, kembalikan pemerintahan negara kepada Tuanku Raja-raja Melayu. Tiada pilihanraya sampai bila-bila. Kalau ini yang diperjuangkan oleh BERSIH, saya percaya PERKASA akan menyokong BERSIH>
Pendapat anda bagaimana???? Apakah anda benar-benar faham dengan tuntutan BERSIH? Atau anda hanya menjadi alat mainan oleh BERSIH hanya kerana anda amat mudah untuk dimainkan????Jangan marah...ADIOS.

Sunday, April 29, 2012

PENGALIHAN KELUAR ARTIKEL PANDANGAN SEORANG GURU TENTANG PTD

Kepada semua pembaca budiman, saya telah menerima amaran dari SKMM mengenai artikel di atas yang didakwa telah mencemarkan nama baik seseorang. Lantaran saya seorang PTD, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk terus memuliakan perkhidmatan saya. Maka saya akan patuh dengan arahan SKMM sebagai sebuah agensi kerajaan untuk mengalihkan artikel tersebut keluar daripada blog saya.

Di bawah ini saya sertakan, surat dari SKMM yang menerangkan maksudnya yang tersendiri. Harapan saya agar semua pembaca dapat membezakan antara 'yang mulia' dan 'yang durjana'. Saya juga berharap agar semua pembaca mampu 'menggunakan kuasa berfikir sebelum menggunakan kuasa bicara'. Apabila, ada manusia lain yang mula membaca fikiran anda melalui penulisan anda, anda akan tahu 'apakah nilai diri anda yang sebenar?'.


Rujukan Kami        : SKMM(T)09-SIMD/960/2012/Jld.3(188)
Tarikh                   :  27 April 2012
Tuan,
Perkara di atas adalah dirujuk.
2.           Adalah dimaklumkan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menerima aduan daripada Mohd. Noor Bin Ascalberkenaan blog tuan di mana pengadu mendakwa bahawa terdapat kandungan dan maklumat peribadi beliau yang telah dipaparkan tanpa kebenaran sehingga telah menyebabkan imej, kredibiliti dan maruah  beliau secara peribadi dan sebagai penjawat awam terjejas di capaianhttp://drzainalabidinsait.blogspot.com/2012/04/pandangan-seorang-guru-tentang-ptd.html
3.           Untuk pengetahuan pihak tuan, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM) sekiranya seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar mewujudkan apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menganggu orang lain.
 4.       Oleh yang demikian, pihak puan adalah diminta untuk mengalihkan kandungan tersebut dan mengawalselia kandungan laman blog pihak tuan, serta mengambil tindakan yang perlu untuk memastikan kandungan laman blog tuan tidak melanggar undang-undang Malaysia, termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (AKM 1988). Kegagalan untuk berbuat demikian, apabila disabitkan, pihak puan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh dikenakan denda selanjutnya satu ribu ringgit bagi tiap-tiap hari selama mana kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Sekian, untuk tindakan segera pihak tuan.
Terima kasih.
Unit Media Baru
Bahagian Perkhidmatan Digital Sekuriti,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya
Selangor Darul Ehsan
Malaysia


Thursday, April 26, 2012

PANDANGAN SEORANG GURU TENTANG PTD : SAJAK BALASAN


Apabila saya menyiarkan artikel mengenai Pandangan Seorang Guru Tentang PTD, artikel itu telah mendapat pelbagai pandangan sama ada secara lisan mahupun melalui blog ini. Malah isteri saya yang juga seorang guru turut mengemukakan komen beliau. Dari kesemua komen, terdapat seorang pembaca yang mengemukakan komen beliau melalui sajak. Setelah membaca sajak tersebut, saya dapati, Pengulas ini mempunyai nilai pemikiran kritikal yang tinggi. Lantas, saya ingin kongsikan Sajak yang indah ini bersama pembaca budiman sekalian.
HAYATILAH SAJAK YANG BERTAJUK.....
Sajak Khas dari seorang PTD Durjana : Guru Mulia

Guru Mulia,
Pembela harapan anak bangsa,
Mendidik kami hingga berjaya,
Jadi PTD berkat usahamu jua,
Mengapa penat lelahmu ini yang kamu cerca?

Guru Mulia,
Kami tak cemburu apatah lagi nak dengki,
Kami sedar asal usul diri kami,
Tanpamu guru, kami takkan berada di sini,
Mengapa kami terus dicaci,
Bukankah kami bekas murid yang pernah engkau sayangi,
Didikanmu dulu tak pernah kami lupai,

Guru Mulia,
Dulu engkau pernah berkata,
Hasad dengki, fitnah, keji mengkeji itu mendatangkan dosa,
Sedangkan tujuan kita semuanya sama,
Demi berkhidmat pada nusa dan bangsa,
Bagi membela nasib rakyat dan juga negara.

Guru Mulia,
Kenapa pangkat dan kuasa yang kau pertikaikan,
Rezki manusia di tangan Tuhan,
Siapakah kita hendak persoalkan,
Ketentuan Tuhan sama-samalah kita Redhakan,
Jangan sampai anak bangsa kita berantakan,
Dek hasutan setan durjana yang patut engkau hindarkan,

Guru Mulia,
Manusia ini tidak lari dari melakukan kesilapan,
Mana yang salah kita sama-sama betulkan,
Bukan dengan cara membentak penuh penghinaan,
Kerana itulah amalan kegemaran si syaitan,

Guru Mulia,
Jangan doakan kami mati dihina,
Kan lebih baik doakan kesejahteraan kita bersama,
Membenci sesama insan dilarang agama,
Semoga pesanan PTD Durjana ini menghentikan sengketa
Kami doakan guru-guru kami dimana jua mereka berada,
Semoga bahagia dan berjaya selama-lamanya,
Moga Allah meredhai akan segala jasa mereka.

Hasil nukilan : MRMZ

diambil dari facebook seorang PTD Durjana untuk cikgu mulia (http://www.facebook.com/groups/ptd2010/)
***saya sahaja nak share dengan semua apa yang saya dah baca.. inilah contoh seorang PTD yang berwibawa
April 21, 2012 7:46 PM
 Delete
ULASAN :

Rangkap pertama menunjukkan betapa penulis amat menghargai jasa seorang guru yang pada pendapat penulis telah berjaya membentuk penulis menjadi seorang manusia yang berjaya. Penulis juga hairan bagaimana seseorang itu menghina orang yang pernah mereka bentuk, ajar dan didik dengan kasih sayang satu ketika dulu.

Rangkap kedua menunjukkan betapa penulis telah sentiasa patuh dengan apa yang diajar oleh gurunya malah penulis sentiasa mengamalkan apa yang diajar oleh seorang guru itu dalam kerjaya beliau.Penulis juga tidak pernah lupa dengan semua pesanan guru-guru beliau.

Rangkap ketiga menunjukkan penulis hairan bagaimana guru itu sendiri gagal mengamalkan apa yang selama ini diajar kepada semua pelajarnya. Penulis merasakan guru telah berbohong kepada dirinya dengan menerapkan nilai-nilai murni sedangkan guru itu sendiri mengamalkan nilai-nilai sebaliknya itu sendiri.

Rangkap keempat menunjukkan penulis itu mula gusar dengan keimanan seorang guru. Pada pendapatkan penulis guru kini telah mula terhakis nilai keikhlasannya ketika menjalankan tugas. Penulis bimbang, guru hari ini tidak lagi memikirkan mengenai pelajar-pelajar mereka, sebaliknya hanya memikirkan tentang balasan duniawi, pangkat, dan nama.Malah penulis mula merasakan gurunya sudah mula melawan takdir yang telah ditetapkan.

Rangkap kelima menunjukkan penulis lebih layak dipanggil guru berbanding guru itu sendiri memandangkan penulis lebih rasional dan bijak dalam membuat perbandingan. Malah penulis sebenarnya mula menjadi pendidik yang terbilang melalui sajaknya ini.

Rangkap terakhir membuktikan penulis tidak langsung mempunyai rasa dendam kepada kumpulan guru, malah penulis akan menggunakan kedudukan beliau untuk mendaulatkan kedudukan guru di mata dunia di samping sentiasa berdoa supaya bertemu dengan guru-guru beliau di dalam syurga.

SAYA SELAKU PEMILIK BLOG INI MENDOAKAN BALASAN SYURGA UNTUK INSAN SEMULIA PENULIS SAJAK INI. AMIN.

Adios.

Saturday, April 21, 2012

PETRONAS KEPADA PAKATAN RAKYAT


  1. Kalau kita sentiasa mengikuti ceramah dan ucapan ketua pembangkang mengenai Petronas, kita akan dapati penubuhan Petronas adalah salah satu langkah yang paling bijak pernah dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional. Pembangkang sesungguhnya ketandusan idea untuk menubuhkan sebuah konglomerat sehebat Petronas.
  2. Kalau pembaca semua masih ingat ketika ketua pembangkang berdebat mengenai harga minyak satu ketika dahulu, kaedah yang akan digunakan untuk menurunkan harga minyak adalah dengan menggunakan wang Petronas. Dalam erti kata lain, RM30 billion setahun daripada pendapatan Petronas akan dikembalikan kepada rakyat. Kononnya lah!!!!
  3. Kali kedua ketua pembangkang hendak menggunakan wang Petronas adalah untuk menghapuskan semua tol lebuhraya di Malaysia. Secara kasarnya, jumlah wang Petronas yang akan digunakan akan menghampiri angka RM100 billion. 
  4. Tahun ini ketua pembangkang sekali lagi ingin menggunakan wang Petronas untuk menghapuskan PTPTN. Jumlah wang Petronas yang akan digunakan adalah dalam lingkungan RM40 billion setahun.Kemudian apa? Menggunakan wang Petronas untuk menghapuskan subsidi gula? Subsidi perubatan? Subsidi makanan? Dan seribu macam subsidi lagi yang kita dapati hasil budi baik kerajaan BN?
  5. Kalau kita mampu berfikir dan kita mampu gunakan kuasa berfikir sebelum gunakan kuasa bicara maka kita akan dapati pada tahun pertama pembangkang memerintah, sebanyak RM170 billion wang Petronas akan terus keluar daripada akaun kerajaan. Tambahan penghapusan beberapa subsidi lagi, jumlah wang Petronas yang akan digunakan mungkin mencecah RM250 billion. Banyak tu!!!!
  6. Kalau kita berfikir lagi, pada tahun kedua pembangkang memerintah sebanyak RM70 billion wang Petronas akan digunakan untuk subsidi minyak dan PTPTN. Sebanyak RM17 billion lagi akan digunakan untuk menyelenggara lebuhraya. Sebanyak RM28 billion lagi untuk menghapuskan segala macam subsidi. Jumlah wang Petronas yang akan digunakan adalah RM115 billion. 
  7. Tahun ketiga pembangkang pemerintah saya rasakan Petronas tidak lagi wujud di Malaysia. Petronas akan menjadi liabiliti kepada negara. Syarikat konglomerat yang dulunya menjadi aset utama dan tabung kecemasan negara akan musnah begitu sahaja. Maka, ketika itu, semua rakyat Malaysia akan tahu apa ertinya Kawalan Kerajaan BN ke atas Aliran Tunai Petronas.
  8. Jika Petronas tiada, tahukah pembaca berapakah harga petrol yang akan kita bayar? Tahukah anda berapakah kos makanan yang akan kita bayar? Tahukah anda berapakah kos pembelajaran di universiti yang perlu kita tanggung? Jawapannya...jangan bayangkan...anda mungkin kena kencing manis kerana anda mudah 'dikencing' oleh pembangkang.
  9. Saya mahu dengar begini. Untuk menghapuskan semua subsidi, PTPTN, tol dan sebagainya, pembangkang akan menubuhkan syarikat konglomerat kedua yang lebih hebat daripada Petronas. Hasil daripada syarikat tersebut akan digunakan untuk menanggung segala subsidi kerajaan. Maka, pembangkang pun dengan bangganya membentang masterplan syarikat tersebut. ITU SEMUA MIMPI, PEMBANGKANG TAK AKAN MAMPU MELAKUKANNYA.
  10. Memang pembangkang selalu memberi contoh negara yang tiada cukai dan banyak subsidi seperti Brunai dan  Arab Saudi. Tapi harus diingat negara-negara tersebut TIADA PILIHANRAYA. Kita batalkan semua parti politik dan KEMBALIKAN PEMERINTAHAN KEPADA RAJA-RAJA MELAYU kemudian kita hapuskan segala cukai dan tambah segala subsidi! Saya setuju, SAYA ORANG MELAYU. UMNO tak kisah UMNO parti Melayu. Saya percaya MCA dan MIC pun tak kisah. MCA dan MIC pun kadang-kadang lebih Melayu dari orang Melayu. DAP dan PKR amacam? Ada Brannnn? ADIOS 

ERTI PTPTN KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Aku cukup hairan dengan para mahasiswa yang suka berdemonstrasi walaupun tentang isu kecil. Aku lagi hairan dengan parti politik yang suka menggunakan dan memperbodohkan mahasiswa untuk kepentingan politik mereka. Yang paling menghairankan aku, universiti yang ambil mahasiswa yang mudah diperbodohkan itu. 


Cuba kita lihat syarat memehon PTPTN. Syaratnya seperti di bawah:



Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi kelayakan berikut:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon;
  3. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya 3 kepujian dalam mana-mana mata pelajaran;atau
  4. Lulus SPM dan memperolehi CGPA 3.0 ke atas untuk pelajar lepasan sijil kolej komuniti yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat diploma politeknik sahaja atau pelajar lepasan diploma politeknik yang mendapat tawaran pengajian ke peringkat ijazah pertama di IPTA atau IPTS;
  5. Bagi pelajar-pelajar IPTA/ IPTS/ Politeknik, kursus yang diikuti mestilah mendapat kelulusan pendaftaran daripada Jabatan Pengurusan IPT (IPTA/ IPTS)/ Jabatan Pengurusan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi;
  6. Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  7. Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan yang berbeza daripada yang disyaratkan di perenggan (5) dan (6), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan;
  8. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; dan
  9. Tiada penaja lain.
  10. Pelajar perlu mempunyai akaun simpanan SSPN sebelum membuat permohonan
Berdasarkan syarat di atas semua pelajar layak aku rasa memohon PTPTN. Kalau SPM tak dapat 3 kepujian, aku rasa tak payah sambung belajar. Baik tolong mak bapak menoreh getah. Tak pun terus join parti politik yang asyik dok berjanji tu. Untung-untung boleh jadi calon bulan Jun nanti. Kat Malaysia ni mudah jer. Asal jer tentang dasar kerajaan nampak pengundi nampak bijak. 

Aku rasa, PTPTN ni paling banyak membantu orang Melayu sambung belajar. Atas sebab tersebutlah aku rasa ada parti politik yang bersifat perkauman tentang habis-habisan. Aku tengok semenjak ada PTPTN ni, result bebudak U sekarang, amboi mak. Kalau dapat 3.00 tu rendah tu. Betul jugak tu, kalau dapat first class, kan tak payah bayar PTPTN. Jadi, daripada sibuk deminstrasi, baik korang semua study. Parti politik tu bukannya nak tolong bayar pun hutang korang. 

Aku nak pesan kat bebudak U yang berkhemah kat Dataran Merdeka tu. Masa aku jadi student dulupun, aku terpengaruh juga dengan politik geng jahanam ni. Tapi, bila aku sendiri pernah bekerja bawah dia di Kementerian Kewangan dulu, aku sendiri pun benci kat dia. Aku rasa mamat tu pandai cakap jer. Percayalah cakap aku. ADIOS

Sunday, April 15, 2012

PTD DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA


Jika kita mengkaji perkhidmatan awam di Malaysia kita akan dapat melihat satu struktur kompleks yang meletakkan PTD sebagai tulang belakang pentadbiran kerajaan. Dalam erti kata lain, Perkhidmatan Awam Malaysia merupakan suatu jentera pentadbiran atau kuasa eksekutif dalam melaksanakan dasar-dasar dan keputusan kerajaan bagi mencapai segala objektif dan matlamat negara. Kuasa ini diperturunkan melalui Perlembagaan Persekutuan (Per. 132). 

Dalam konteks ini, Perkhidmatan Awam terdiri merangkumi Angkatan Tentera, Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-Undang, Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Pasukan Polis, Perkhidmatan Awam Bersama, Perkhidmatan Awam Negeri dan juga Perkhidmatan Pendidikan. Objektif utama Perkhidmatan Awam ditubuhkan adalah untuk membentuk suatu persekitaran masyarakat yang yang baik dari segi keamanan, ketenteraman, pelajaran, keadilan, kebebasan, kesihatan dan membangun dari segi ekonomi dan sosial.

Fungsi dan peranan yang pelbagai dalam perkhidmatan awam adalah untuk membantu dalam penggubalan polisi dan dasar kerajaan, menjadi penasihat kepada kerajaan, serta merancang, melaksana dan memantau dasar, program dan aktiviti kerajaan. Justeru, Perkhidmatan Awam mempunyai pelbagai jabatan, agensi dan badan yang mempunyai pengkhususan masing-masing yang mempunyai kepentingan kepada rakyat dan negara. Di dalam Perkhidmatan Awam, terdapat sebanyak 278 skim perkhidmatan, termasuklah satu perkhidmatan yang amat istimewa iaitu Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Berlandaskan sejarah PTD merupakan perkhidmatan awam terawal dan ‘premier’ yang telah bermula sejak zaman penjajahan British lagi iaitu pada 1904. Di peringkat awal PTD di kenali sebagai Malayan Civil Services (MCS). PTD telah mengalami beberapa evolusi khususnya dari segi nama berdasarkan peranan semasa. Dari  Malayan Civil Services ditukar kepada Malaysian Home and Foreign Services (MHFS) pada 1966. Pada 1971, nama Malayan Home and Foreign Services (MHFS) ini telah ditukarkan sekali lagi kepada Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PTD) sehinggalah ke hari ini.

Signikannya PTD dalam pembangunan negara kerana PTD sentiasa terlibat dalam setiap peringkat pembangunan negara, sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Peranan PTD bermula dengan peringkat pengukuhan struktur pentadbiran negara (1950an sehingga lewat 1960an) dan peringkat perlaksanaan program pembangunan infrastruktur sosial, ekonomi dan perindustrian (1970an). Pada 1960an dan 1970an juga perkhidmatan awam merupakan engine of growth kepada negara sebelum dipindahkan kepada sektor swasta, dan diteruskan pada era 1980an sehingga sekarang dengan peranan untuk bertindak sebagai pemacu dan pemandu kepada kemajuan negara.

Umumnya rakyat Malaysia lebih terfokus kepada perkataan Diplomatik dengan beranggapan tugas utama bagi PTD ini sudah pasti, tidak lain dan tidak bukan, iaitu sebagai diplomat di mana-mana kedutaan ataupun pejabat pesuruhjaya tinggi di negara-negara asing. Kebanyakan dari pemohon-pemohon juga sewaktu sesi temuduga apabila ditanyakan tentang bidang tugas PTD, pasti akan menjawab bidang tugas PTD ialah sebagai diplomat, bertugas dengan Wisma Putra, dan sentiasa ke luar negeri. Pandangan ini tidak relevan dan cetek malah terlalu sempit sedangkan bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah amat luas. Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik sebenarnya mengisi pelbagai peringkat jawatan

Dalam era ini PTD mempunyai lapan (8) bidang kompetensi yang tersendiri, iaitu Hubungan Antarabangsa dan Luar Negeri, Keselamatan dan Pertahanan Negara, Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah / Tanah / Daerah / Tempatan, Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur, Pengurusan Sumber Manusia dan Organisasi, Pengurusan Sumber Ekonomi, dan Pengurusan Sumber Kewangan. Bidang     kompetensi ini membolehkan penjawat dalam PPTD ditempatkan di Kementerian-Kementerian, Jabatan-Jabatan Persekutuan, Pejabat-Pejabat Setiausaha Kerajaaan Negeri, Pentadbiran Kerajaan Tempatan dan terdapat juga yang ditempat dan dipinjamkan ke badan-badan berkanun dan badan-badan antarabangsa. Malah PTD adalah 5 perkhidmatan yang mempunyai bidang kopentensi yang lengkap selain Pegawai Teknologi Maklumat, Jabatan Kerja Raya, Pegawai Latihan Vokasional, dan Pegawai Perubatan.

Sehingga ke hari ini PTD telah sentiasa memegang kepimpinan utama di semua kementerian dan di pelbagai jabatan persekutuan serta sebahagian pentadbiran negeri sebagai Ketua Setiausaha, Timbalan Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Duta, dan juga Pegawai Daerah. Amanah ini telah berjaya dipegang oleh PTD sehingga rupa wajah Malaysia berubah menjadi sebuah negara yang amat disenangi, disegani, dan dihormati. Sesungguhnya, PTD sentiasa relevan dalam pembangunan Malaysia. 

Sebagai rakyat Malaysia, saya merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua PTD yang telah lama menyumbang idea dan tenaga dalam membentuk negara bangsa Malaysia. Kepada rakyat Malaysia yang bercita-cita menjadi PTD teruskan usaha murni anda. PTD memerlukan warganegara yang benar-benar layak. Terima kasih rakyat Malaysia kerana terus ingin menjadi PTD. Semakin ramai yang berniat untuk menyertai, semakin tinggi kualiti PTD. ADIOS

Friday, April 13, 2012

PANDANGAN SEORANG GURU TENTANG PTD : ULASAN

Artikel di atas saya terbitkan untuk mengatakan bahawa tidak semua Guru menganggap PTD Durjana. Dari sudut lain, saya juga mahu katakan bahawa PTD sebenarnya tidak langsung Durjana. Apalagi saya sendiri pernah menjadi Guru dan menjadi PTD. Mana mungkin saya menjadi Durjana.

Yang paling menarik, artikel tersebut telah menyebabkan hit blog saya naik mendadak. Ada beberapa blog yang turut memuatnaik artikel di atas. Saya sendiri mengikuti blog-blog tersebut. Saya amat tertarik dengan komen pembaca mengenai artikel itu. Ulasan pembaca bukan setakat kepada penulisan saya, bahkan kepada Sajak PTD Durjana itu sendiri. Malah, yang lebih ekstrem kepada penulis sajak itu sendiri. Saya merasakan semua pembaca tersebut bukan PTD. Mereka adalah manusia. Manusia yang akan meletakkan darjat Manusia itu sendiri lebih tinggi daripada darjat profession mereka. Manusia yang sentiasa mencari kebaikkan sesama manusia. Sebagai PTD saya merakamkan jutaan terima kasih kepada mereka semua. Sebagai bekas guru, saya mohon ampun dan maaf bukan sahaja kepada PTD malah kepada seluruh umat manusia kerana ada rakan bekas profession saya yang menggelar manusia sebagai Durjana.

Di bawah saya seratakan beberapa ulasan pembaca yang diambil dari mymassa.blogspot.com. Baca dan mari kita nilai bersama.


Tanpa Nama berkata...
dia ni kategori mamak bedukang!!!
manjung berkata...
macam ni rupa cikgu...cikgu taik. agaknya selalu sangat makan taik kot...mohd noor bin ascal ko tak layak pun bergelar cikgu.
Tanpa Nama berkata...
Apa jenis orang suka buat video pasal diri sendiri ni? Kalo nak popular, xyah jadi cikgu. Baik jadi artis. Mane la tau bleh lawan Aaron Aziz untuk artis paling popular ke.
Tanpa Nama berkata...
katanya PTD ni durjana...celaka...busuk...

tgk dlm blog die gi clubbing...x busuk ke?
MymassaVoice berkata...
Betul ke cikgu PAS ni pergi clubbing.

Ada link blog mamat ni tak?
Tanpa Nama berkata...
ascal ke rascal nama bapak dia?
Tanpa Nama berkata...
PAS Durjana,
menghapus jawatan ulama mulia,akan cemburu yang bergelar pendita,
hati PAS busuk seperti celaka,
dengki tak habis nak merampas takhta,
selama ini ulama yang menjaga,
indah menawan sebutir permata,
tempat maki merata-rata.

PAS Durjana,
membuat rancangan memberi bahana,
kepada semua bergelar ulama wibawa,
anasir anuar ibrahim dihalusi, direka dan dicipta,
untuk masuk ke dalam politik kotor di Malaysia,
agar dapat mengguling ketua,
yang arif dialah ulama panggil tok guru tapi bukan moshe nik aziz.

PAS Durjana,
ulama tiada memusuhi akan sesiapa,
namun mengapa PAS Durjana,
di tempat mendidik anak bangsa?

PAS Durjana,
perangai kalian tiada ubah seperti Ravana,
dalam epik Mahabhrata,
hakikatnya kalian pandai tiada ke mana,
kerna dahulu di sekolah aliran PENDIDIKAN MORAL!

PAS Durjana,
apa yang ulama perlu lebih pelaksanana,
kelak di mana ulama mencari hala?
habis sudah dirampas semua,
jawatan yang tinggal hanyalah sampah yang tak guna.

PAS Durjana,
berbelah setia tiada
kami ulama kepada kepada tanah air negara,
hanya menyampah getik hanya senya pada,
PAS Durjana.

PAS Durjana,
kami ulama ramai tiada terkata,
lebih besar dari tentera anwar,
menunggu tiba cukupnya masa,
tatkala di hari dipalu rebana,
angan sampai kapur berubah keris tembaga,
kelak kalian susah sengsara.

PAS Durjana,
ikutkan hati mahu sahaja aku berdoa,
agar kalian mati dalam hina,
kerana habis semua periuk belanga,
ditendang, dipecah porak peranda,
tunggak terbalik kerna angkara,
kau oranglah PAS Durjana.
Namun aku seorang sarjana,
hatiku tidak seperti ular sawa,
hanya mampu ku berdoa,
kalian mendapat pedoman Maha Perdana,
agar hati cerah seperti pelita.

Sekian sudah pejuang hamas berbicara,
andai terasa ampun dipinta,
hanya sekadar lontaran suara,
yang tersimpan sekian lama.

PAS=PARTI AJATAN SESAT...

pejuang hamas...
Tanpa Nama berkata...
Terbaek dari pejuang hamas.
Tanpa Nama berkata...
Sedih la orang kampung aku ni....
dan lagi best sama-sama kat itm dulu

Mat Noor Aku Tau Apa Ko Buat Kat Satu Jam Dalam Bilik Air Perindu 3 dulu!!!!!!!!!

Jangan sampai aku bukak cerita!!!!!!!!
Tanpa Nama berkata...
PTD TU APA?
Panglima Perang berkata...
Cikgu Matnok ni macam jenis tak betul sket. korang taip la kat google, banyak benda dia expose pasal diri dia...hahaha..dia ni kirenya macam gila GLEM la...gila Glamour....kat youtube pon banyak video2 dia..hahaha..ini ke nak jadi PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK?? setau aku susah nak jadi PTD ni...aku pon nak try jadi PTD la pas ni...tak payah aku menulis blog lagi ..hahahha memalukan guru2..ish2
Tanpa Nama berkata...
Cikgu Mat Nor ni Mamak Pedukang, ikan pedukang ni orang tak makan sebab makan taik...dia ini mesti kategori cikgu yang pilih jadi cikgu sebab tak dapat kerja lain...naik risau ibu bapa bila ada cikgu macam ni...cikgu2 macam ni lah yang sebenarnya merosakkan sekolah...menyebabkan ibu bapa terpaksa hantar anak pergi tuisyen luar sebab cikgu2 macam 'mamak pedukang' ni makan gaji buta...yang tau cuma maki hamun orang...Pasal ada lambang PAS ni aku tak mau komen lah...cuma aku ingat ustaz pernah sebut..."ada orang agamanya baik tetapi akhlaknya buruk..." dan contoh paling baik ialah Cikgu Mat Nor ni lah.Bila nak mampuih esok, aku nasihatkan hang pesan dekat bini supaya minta maaf pada semua PTD yang hang dok busuk hati, hasad dengki, prasangka buruk,busuk macam bangkai....berhenti saja dari jadi cikgu...krana bukan semua cikgu buruk akhlak macam hang si Cikgu Mat Nor...!