- Apabila SSM diberi nafas baru, pasti paling ramai menunggu rupabentuk skala gaji Min-Max yang dikatakan oleh PM tempoh hari. Malah banyak blogger yang cuba membayangkan berapa panjang titik akhir gaji SSM dibawa ke hadapan.
- Sebenarnya, apabila SBPA dibatalkan, kuasa yang ada pada SSM tidak sebesar kuasa yang pada SBPA. Maka, secara kasarnya, jadual gaji SSM yang dikenali sebagai Min-Max, lebih merupakan satu bentuk perkiraan semula.
- Saya kemukakan satu contoh, jika anda berada di gred DG41 dengan gaji pokok anda adalah RM3000.00 sebulan pada tahun 2011 di T8, maka dengan kenaikkan 13% gaji baru anda pada adalah RM3000 + RM390 = RM3390.
- Pada tahun 2012, kenaikkan gaji anda adalah pada bulan April. Maka kenaikkan gaji untuk gred DG41 adalah RM220.00. Gaji yang akan anda terima adalah RM3610.00. Maka tunggakan yang akan anda terima pada bulan April adalah RM390 X 3 + RM220.00 iaitu RM1390.00 sahaja.
- Jika gaji akhir di bawah jadual gaji matriks SSM adalah P2T25 RM5500, maka di bawah gaji akhir jadual gaji min-max SSM akan bergantung kepada nilai T. Jika T akhir adalah 30 sama dengan SBPA, maka gaji akhir adalah RM220X5+RM5500 = RM6600.00. Jumlah ini kurang hampir 15% jika dibandingkan dengan gaji akhir SBPA.
- Ini adalah satu contoh pengiraan bagi kumpulan Pengurusan dan Profesional. Untuk kumpulan Sokongan 1, kenaikkan gaji hanyalah RM80 setahun. Gaji akhir jadual gaji min-max SSM hanya sekitar tambahan 5 tahun. Pertambahan yang hanya akan diterima adalah maxima RM400. Ertinya, jika gaji akhir kini seorang PAP adalah RM1400, gaji akhir nanti akan jadi RM1800 iaitu kurang hampir RM700 daripada gaji SBPA.
- Itu tidak termasuk gred-gred rendah yang terus dikekalkan. N1, R1 dan pelbagai gred 1 lain. Kumpulan ini bukan sahaja sukar untuk dibangunkan kerjaya mereka, malah amat sukar untuk memenuhi kuota kursus 7 hari setahun.
- Peluang kanaikkan pangkat kumpulan ini juga kecil, iaitu hanya 2%. Jika kumpulan ini dimansuhkan, dan dibawa ke kumpulan gred 17 dan ke atas, bagi sesetengah perkkhidmatan, peluang kenaikkan pangkat akan mencecah ke gred 42.
- Gred 42, akan mendapat gaji akhir RM6600. Bayangkan perbezaan di antara SBPA dan SSM melalui perbezaan nilai gaji akhir ini. Kita sudah memilih, maka yang perlu dilakukan sekarang adalah redha. Redha dengan pilihan kita melalui CUEPACS.
- Dalam sedar tidak sedar, kita sebenarnya amat jauh dengan CUEPACS berbanding organisasi lain. Malah ada di antara kita yang tidak pernah berdaftar sebagai ahli CUEPACS. ADIOS.
Search This Blog
Sunday, March 25, 2012
JADUAL GAJI MIN-MAX SSM
Monday, March 19, 2012
PEMBATALAN SBPA - GOLONGAN YANG PALING TERKESAN
- Apabila saya mengkaji semula semua pekeliling SBPA saya dapati pembatalan SBPA akan merugikan dua kumpulan dalam perkhidmatan awam. Dengan menggunapakai SSM semula, kerugian ini sebenarnya tidak boleh dikembalikan kepada golongan ini.
- Kumpulan pertama sudah tentulah Kumpulan JUSA dan Premier. Namun, kerugian kepada kumpulan ini adalah merupakan kerugian jangka pendek tetapi menjadi kerugian jangka panjang kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional. Saya percaya, kumpulan ini tidak akan merasa kerugian kerana jumlah pendapatan mereka sebenarnya telah besar. Kumpulan ini di bawah SSM telahpun menerima 5 digit jumlah pendapatan kasar.
- Kerugian jangka panjang sebenarnya berlaku kepada kumpulan bahawan. SBPA telah menaiktaraf pengambilan lulusan sekolah rendah kepada kumpulan yang berkelulusan SRP/PMR atau setaraf. Dalam erti kata lain, dengan SBPA gaji mati minimum bagi semua penjawat awam akan melebihi RM2500 sebulan.
- Dijangka sebelum 2020 akan terdapat dua kali lagi naiktaraf jawatan rendah akan berlaku. Pertama pada tahun 2015 iaitu manaiktaraf kumpulan SRP/PMR atau serataf kepada perjawatan SPM atau setaraf. Ini bererti gaji mati minimum bagi semua penjawat awam akan berada sekitar RM4000 sebulan.
- Naiktaraf kedua akan dilakukan sebelum 2020 dengan menaiktaraf lulusan SPM atau setaraf dengan lulusan Diploma atau setaraf. Kenaikkan ini secara langsung akan meningkatkan gaji mati minimum penjawat awam di sekitar RM6000 sebulan.
- Dengan SBPA pada tahun 2020, tidak akan ada lagi pengambilan penjawat awam yang tidak memiliki diploma atau setaraf. SBPA sebenarnya meninggikan darjat penjawat awam melalui sistem pengambilan dan bayaran yang setimpal.SBPA juga sebenarnya selari dengan perkembangan pendidikan negara. Hari ini, hampir semua remaja berlulusan diploma atau setaraf. SBPA akan membuka ruang kepada golongan ini untuk menyertai perkhidmatan awam.
- SBPA sebenarnya membuka ruang kepada lulusan diploma yang gagal mendapat jawatan yang setaraf untuk menerima bayaran yang setimpal. Ketika ini banyak lulusan diploma yang menerima gaji di gred 17 kerana kekurangan perjawatan di peringkat diploma atau setaraf. Hanya SBPA yang mampu mewujudkan sistem sedemikian.
- Bayaran yang terlalu tinggi di peringkat atasan juga sebenarnya akan mewujudkan persaingan yang sangat kompetetif untuk kumpulan Pengurusan dan Profesional. Impaknya, hanya golongan yang benar-benar layak bakal menduduki kerusi JUSA dan Premier dalam SBPA.
- SBPA akan mewujudkan budaya kerja yang berdaya saing tinggi kepada kumpulan Pengurusan dan Profesional yang pastinya akan menyerlahkan bakat mereka. Justeru, kesemua anggota perkhidmatan awam daripada kumpulan ini akan mewujudkan badaya kerja yang kompetetif.
- Malangnya, kita sebagai manusia selalunya gagal untuk menghalusi sesuatu perkara kerana kita selalu sahaja membandingkan apa yang kita dapat dengan apa yang orang lain dapat. Sehinggakan kita lupa, kita dan orang lain itu jaraknya amat besar. Maka, kitapun lupa untuk melihat kebaikkan yang sebenarnya dibuat untuk kita kerana kita terlalu asyik melihat kehebatan yang mereka terima. ADIOS
Saturday, March 17, 2012
RM700 GAJI BIBIK - SATU GURAUAN KASAR
- Minggu ini antara isu utama di dada-dada akhbar adalah isu gaji pembantu rumah dari Indonesia. Isu ini hampir menenggelamkan isu desakan untuk KSN dan KPPA meletak jawatan. Saya melihat isu gaji RM700 ini sebagai satu gurauan kasar dari pemerintah sebuah negara yang gagal untuk membayar gaji untuk pegawai berijazahnya sebanyak Rp 2 juta.
- Sebenarnya RM700 ini bukan satu jumlah yang besar bagi rakyat Malaysia. Satu flight golf mungkin berharga RM1000. Itupun hanya untuk dinikmati selama 4 jam. Maka RM700 untuk membayar gaji bibik sebulan adalah satu jumlah kecil untuk rakyat sebuah negara yang ditakbir urus dengan cemerlang ini.
- Yang menjadi isu di sini adalah satu bibik satu kerja. Itu memang amat kelakar. Lebih kelakar dari kumpulan lawak Indonesia yang membuat lawak dalam Maharaja Lawak Mega, Kumpulan Bawel.
- Apakah wanita Indonesia yang datang untuk menjadi bibik ini terlalu istimewa? Apakah untuk menjadi bibik di Malaysia, wanita Indonesia ini diwajibkan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Rumahtangga atau Sains Pemakanan? Kalau tidak mengapa gaji yang dipinta lebih tinggi dari daripada gaji guru di Indonesia iaitu sekitar RM380.00 sebulan?
- Sejarah orang gaji sebenarnya adalah golongan yang darjatnya hanya tinggi sedikit daripada hamba. Orang gaji diberi makanan percuma. Diberi pakaian percuma dan tempat tinggal percuma. Maksudnya, orang gaji dibayar secara langsung melalui gaji dan secara tidak langsung melalui tempat tinggal, pakian, dan makan-minum. Itu tidak termasuk rawatan perubatan dan percutian.
- Jika bibik dibayar RM700 sebulan, kos makan-minum RM300 sebulan, kos pakaian RM100 sebulan, kos tempat tinggal RM200 sebulan, dan kos perubatan RM50 sebulan. Jika diambil kira kos percutian minimum mungkin bernilai RM100 sebulan. Maka jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh seorang majikan adalah RM1450 sebulan. Jumlah ini sebenarnya lebih besar dari pendapat seorang pembantu tadbir dalam perkhidmatan awam di bawah SBPA yang dibatalkan.
- Walau bagaimanapun, jumlah RM1450 bukanlah satu jumlah yang besar bagi lebih 70% rakyat negara yang ditabdir oleh pemerintah (BN) yang bijak ini. Persoalannya, apakah jumlah yang dibayar ini mendapat perkhidmatan yang setimpal (best value for money)?
- Dengan jumlah RM1450 kita sebenarnya boleh membayar harga bulanan sebuah Proton Inspira 2.0 atau Honda Freed, atau Mercedes C200 Compressor tahun 2005 atau sebuah Harley Dividson 1572 c.c. Kesemua benda-benda yang disebutkan di atas tersebut, jauh...malah sangat jauh kelebihannya jika hendak dibandingkan dengan perkhidmatan seorang bibik yang bodoh-bodoh cerdik dari Indonesia.
- Apa pula yang boleh kita miliki dengan bayaran RM700 sebulan? Proton Persona 1.6 AT, atau Honda City 1.5, atau Peugeot 206, atau Mazda 2, atau sebuah rumah teres satu tingkat di Seremban, Flet 3 bilik di Serdang, atau macam-macam lagi. Value for money untuk semua barang di atas amat jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan value seorang bibik! Setujukan.
- Saya ingin bertanya, mahukah anda menukar barang-barang berharga anda dengan seorang bibik Indonesia? Bibik yang sukar memahami arahan anda kerana tahap pendidikan yang hampir sifar. Bibik yang asyik bersungut jika diarah kerja kerana tahap pergaulan sosial yang hampir sifar. Bibik yang suka pijak kepala boss kerana terkejut dengan kekayaan kita. KITA!!! IAITU RAKYAT SEBUAH NEGARA YANG DITADBIR DENGAN BN DENGAN BEGITU BIJAK DAN BERJAYA. Adios.
Monday, March 12, 2012
SISTEM SARAAN DAN KUALITI PENJAWAT AWAM
- Saya difahamkan antara intipati SBPA adalah untuk menarik bakat-bakat hebat ke perkhidmatan awam. Persoalannya, apa itu bakat hebat? Apakah kaedah untuk mengenalpasti bakat hebat? Apakah elemen-elemen yang perlu ada pada seorang individu untuk menjadi bakat hebat?
- Saya bawa pembaca semua menganalisis sebuah organisasi yang sentiasa menjana keuntungan besar. Petronas. Hebat atau tidak kakitangan Petronas? Petronas adalah sebuah organisasi yang diilhamkan untuk menstabilkan harga petroleum di Malaysia. Maka objektifnya bukanlah untuk menjana keuntungan yang bernilai berbillion ringgit. Saya lontarkan satu soalan, jika dilihat dari segi pola kenaikkan harga minyak di Malaysia, apakah objektif Petronas tercapai?
- Organisasi yang gagal mencapai objektif adalah organisasi yang tidak hebat. Maka adalah mustahil bagi sebuah organisasi yang tidak hebat mempunyai kakitangan yang hebat. Pasti sakit hati apabila kita memikirkan gaji mereka besar sedangkan mereka hanya bekerja 4.5 hari seminggu.
- Mungkin ada teori yang menyatakan terdapat korelasi langsung di antara sistem saraan dengan kualiti penjawat awam. Pada era awal merdeka, Malaysia mempunyai sistem saraan yang dikenali sebagai Laporan Kabinet (LK), diikuti oleh SSB, seterusnya SSM, dan akhir sekali SBPA. Disebabkan perlaksanaan SBPA dibatalkan, maka sistem saraan perkhidmatan awam sekarang kembali kepada SSM. Persoalannya, sistem mana yang lebih baik?
- Jika SSM lebih baik daripada SSB, dan SSB lebih baik dari LK, maksudnya secara automatik kualiti penjawat awam sekarang semakin bertambah. Namun, kita mungkin tidak sedar, semua pemimpin utama perkhidmatan awam di Malaysia berasal dari LK. Malah mungkin hanya ada satu atau dua JUSA yang berasal dari SSB. Ini menunjukkan dalam menentukan kualiti penjawat awam, pengalaman lebih penting daripada sistem saraan.
- Seterusnya saya ingin bertanya, benarkah sistem saraan yang baik akan menarik bakat-bakat hebat ke perkhidmatan awam? Kita sendiri sering mendengar, beribu-ribu lulusan hebat SPM yang melalak kerana gagal mendapat biasiswa Kerajaan. Golongan ini sebenarnya bukan sahaja mahu belajar secara percuma, tetapi mahu jaminan berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Malah ketika itu SBPA belum difikirkan pun. Itu menunjukkan bakat sebenarnya sedang menunggu untuk masuk ke dalam perkhidmatan awam tanpa mengira sistem saraan yang berkuatkuasa ketika itu.
- Gaji memang menjadi nadi dalam apa jua bentuk sistem saraan. Gaji sebenarnya berkolerasi langsung dengan gred perjawatan dan pengalaman kerja. Gaji dibayar lebih kepada kumpulan pemikir daripada kumpulan pelaksana. Ini adalah kerana memikir menuntut ilmu yang lebih tinggi, siknifikan, dan terkini, sedangkan melaksana tidak memerlukan sebarang ilmu yang tinggi hanya pengalaman kerja yang sedikit.
- Gaji sebenarnya boleh ditingkatkan tanpa mengubah sistem saraan. Kanaikkan gaji lebih berkolerasi dengan kemampuan kewangan kerajaan. Seandainya negara mempunyai lebihan pendapatan, maka masalah untuk menaikkan gaji kakitangan awam akan menjadi sifar. Untuk menambah pendapatan negara, keluaran dalam negara kasar perlu ditingkatkan. Untuk meningkatkan KDNK, bukan hanya penjawat awam, tetapi keseluruhan manusia (warganegara dan bukan warganegara) dalam Malaysia perlu meingkatkan produktiviti ke tahap optimum. Maka, kenaikkan gaji dan sistem saraan sebenarnya tidak mempunyai korelasi yang siknifikan.
- Gaji individu boleh ditingkatkan dengan pelbagai cara. Jika penjawat awam merasakan kualiti mereka terlalu baik, mereka sebenarnya boleh meninggalkan perkhidmatan awam dan menyertai syarikat mutinasiona atau terjun ke dalam dunia korporatl. Pasti gaji mereka akan meningkat. Itu pun jika mereka dikehendaki. Saya amat percaya, pemimpin-pemimpin penjawat awam amat diperlukan di sana.
- Persoalannya, mengapa begitu ramai pemimpin-pemimpin dalam perkhidmatan awam di Malaysia yang memilih untuk terus menyambung kontrak dalam perkhidmatan awam walaupun telah lama bersara sedangkan ketika itu SBPA belum dilaksanakan? Fikirkanlah!!!!ADIOS
Thursday, March 8, 2012
PEMBATALAN SBPA VS KEMBALI KE SSM - MAKNA TERSIRAT
- Sebelum ketibaan Januari 2012, 1.4 juta penjawat awam begitu teruja dan tidak sabar menantikan rahsia dan makrifat SBPA. Malangnya, sebaik sahaja SBPA diumumkan, segala rahsia yang dinanti-nantikan hanya membawa duka lara dan gundah gulana.
- Walau bagaimanapun, ada juga golongan yang tersenyum dengan pengenalan SBPA. Golongan tersebut adalah golongan pemimpin utama dalam perkhidmatan awam. Malangnya, bilangan kumpulan ini terlalu sedikit. Apabila hanya sedikit yang gembira, dan yang gundah gulana terlalu ramai, maka secara metamatiknya, golongan yang gembira akan menjadi sifar.
- Dalam satu forum SBPA, ada penjawat awam yang bertanya mengapa nama skim saraan di Malaysia selalu berubah. Penjawat awam berkenaan mencadangkan agar Malaysia hanya perlu mempunyai satu sistem saraan iaitu SSM.
- Nama SSM sebenarnya tidak perlu berubah, hanya perlu diubah adalah kandungan SSM. Apa sebenarnya yang kurang dalam SSM. Masalah tersebut perlu diperbaikki. Sebagai contoh, SSM mempunyai skim gaji mati pada tahun-tahun tertentu. Jika, seorang penjawat awam naik pangkat ke gred 54 pada usia 40 tahun, penjawat awam berkenaan akan berada di gaji mati pada usia 45 tahun. Ertinya, selama 15 tahun penjawat awam berkenaan tidak akan menerima kenaikkan gaji. Ini setaraf dengan penjawat awam yang prestasinya statik. Soal begini yang perlu diperbaiki.
- Banyak lagi contoh lain yang diberikan oleh penjawat awam tersebut. Saya sebenarnya amat tertarik ketika beliau berhujah. Tetapi kerana beliau hanya seorang penjawat awam biasa, maka pandangan bernas beliau dipandang sepi. Akibatnya, SBPA terus ingin dilaksanakan.
- Saya rasakan begiti, mungkin golongan pemimpin dalam perkhidmatan awam hari ini terlalu ingin mencipta nama dalam sesuatu tugasan. Golongan ini mungkin percaya jika SBPA itu buah tangan mereka, peluang mereka naik pangkat akan cerah. Nilai keikhlasan dengan sendirinya terhakis. Yang tinggal bukan lagi idea bernas, sebaliknya idea mempromosi diri semata-mata.
- Teringat ketika saya menghadiri satu konferen internasional mengenai pengurusan sumber manusia akhir tahun 2011. Seorang pembentang kertas kerja telah memberikan satu petikan yang memberi kesan yang sangat mendalam. Katanya .."PRESTASI ORGANISASI AKAN MELONJAK JIKA KITA TIDAK KISAH SIAPA YANG AKAN MENDAPAT PUJIAN". Kes SBPA menampakkan kebenaran kata-kata ini.
- Dalam konferen yang sama juga, seorang pembentang kertas kerja mengatakan begini. "DALAM SEBUAH ORGANISASI SENTIASA ADA PEMBERI IDEA. JUMLAH GOLONGAN INI SELALU MENJADI SIFAR KERANA DALAM ORGANISASI SEBENARNYA LEBIH RAMAI YANG MENJADI PEMBUNUH IDEA." Kata-kata ini sememangnya selalu benar.
- Untuk perkara (7) dan perkara (8) saya mahu anda menilainya di organisasi anda. Jika benar atau sebaliknya, seandainya anda sudi, masukkan jawapan anda pada bahagian komen halaman ini. Sesungguhnya saya amat terbuka kepada pendapat semua pembaca blog ini. Saya sedar, tanpa pembaca, blog ini sebenarnya akan hilang makna. Andalah yang sebenarnya menulis dalam blog ini. Saya hanya merakam apa yang anda semua fikirkan.
- Terima kasih dan ADIOS.
Tuesday, March 6, 2012
KRISIS PENTADBIRAN KERAJAAN KEDAH - SEBALIK TABIR
- Kedah adalah tanah tempat lahirnya Bapa Kemerdekaan Malaysia. Di Kedah juga lahir Bapa Pembangunan Malaysia. Malah, nama-nama besar pemimpin PAS juga lahir di Kedah. Nama pahlawan UMNO yang menentang dasar-dasar UMNO dari dalam juga lahir di Kedah. Nama-nama seperti Sulaiman Palestin, Sanusi Junid, malah Tun Daim juga dilahirkan di Kedah.
- Selepas pilihanraya tahun 1955, Kedah tidak pernah dikuasai sepenuhnya oleh BN. Sekarang juga Kedah tidak dikuasai sepenuhnya oleh PAS. Parti-parti lain seperti Keadilan, DAP, KITA, dan sebagainya hanya mampu bermimpi untuk menakluki Kedah. Di Kedah, sebenarnya hanya PAS bertarung dengan UMNO.
- Maka amat menghairankan, kenapa perlu ada Anwarinas dalam PAS di Kedah. PAS di Kedah sebenarnya cukup padu. PAS cukup dominan. PAS di Kedah boleh berdiri sendiri. Tanpa Keadilan dan DAP, PAS Kedah sebenarnya akan menjadi lebih kuat. Malahan dengan kehadiran Keadilan dan DAP, PAS hanya menjadi 'isteri yang digantung tidak bertali'.
- Jika PAS Kedah begitu kukuh, mengapa perlu PAS Kedah akur kepada Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak pernah wujud. Malah Pakatan Rakyat itu sendiri tidak pernah mendapat restu dari majoriti rakyat Malaysia. Pakatan Rakyat hanya satu 'tool' untuk mengaburi mata rakyat Malaysia melalui cacian, fitnah, dan adu-domba juak-juak Anwar dalam PAS, Keadilan, dan DAP.
- Segagah manapun PAS di Kedah, PAS Pusat tetap akur dengan kehendak Anwar. Israil dipilih Anwar, Israillah dipilih PAS Pusat. Malah Anwar dilihat mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan di mana PAS bertanding, dan di mana juak-juak Anwar dalam Keadilan akan bertanding. PAS pusat hanya boleh buat satu perkara. Mengangguk dengan penuh khusuk.
- Gula-gula yang digunakan adalah kita akan menang pilihanraya tahun ini. PAS sebenarnya tidak percaya yang mereka boleh menang. Dari tahun 1955 hingga pilihanraya yang lalu, PAS hanya boleh menang di Kelantan dan sekali dapat Terengganu. Kemudian, dengan bantuan Anwar, PAS dapat Kedah dan Perak. Biarpun sekejap, ada orang PAS yang jadi Dato' Seri di Perak.
- Maka, orang-orang PAS terus berangan untuk dapatkan semula Terangganu, Perak, Johor, dan Perlis. Malah ada pemimpin PAS di negeri yang percaya jika Presiden PAS tidak memilih mereka, Ketua Umum Keadilan akan mengangkat mereka menjadi MB.
- Pada golongan sebegini, MB itu lebih penting daripada Kuasa MB itu sendiri. Modus operandi begini sebenarnya telahpun digunakan oleh penjajah ketika melantik orang-orang besar Melayu ketika kita dijajah dahulu. Idea ini diulang kembali kali ini.
- Jika PAS Kedah dijadikan kayu pengukur, maka undian untuk PAS adalah satu tindakan yang sia-sia. Undian tersebut bukannya diberikan kepada PAS, sebaliknya kepada Pakatan Rakyat yang sebenarnya tidak pernah wujud. Untuk makluman semua, ketua pembangkang, bukan ketua Pakatan Rakyat.
- Dalam kempen pembangkang anda tanya tiga soalan ini. Jika menang siapa jadi MB? Jika kalah, siapa jadi Ketua Pembangkang? Jika menang besar di kerusi Perlimen, siapa akan jadi Kabinet? Percayalah cakap saya, soalan-soalan ini tidak akan berjaya dijawab. Maksudnya pembangkang tidak pernah ada rancangan pentadbiran, sebaliknya mereka hanya merancang untuk menang pilihanraya. ADIOS
Friday, March 2, 2012
CABARAN DEBAT KETUA PEMBANGKANG : KOMEN PEMBACA
Artikel lalu telah menarik perhatian pembaca dan telah dibaca sekurang-kurangnya 150 kali dalam masa sehari. Untuk menghargai pandangan pembaca, saya sertakan komen pembaca dan ulasan saya mengenai artikel tersebut. Saya merakamkan penghargaan kepada semua pembaca. Dalam blog ini semua pandangan anda diterima dan dihargai.
Pembaca :
Kenyataan Tuan di atas adalah berdasarkan
pendirian tuan sebagai penyokong tegar umno.Tentulah lebih banyak bias &
menyimpang jauh daripada bersifat objektif. Debat bukan untuk menilai siapa
hebat berhujah tetapi untuk membetulkan fakta yg diselewengkan. PM dalam
ucapan2 banyak menghentam & melemparkan tohmahan kpd pembangkang menerusi
media kerajaan & sebaliknya dari pihak pembangkang. Ada baiknya debat
diadakan supaya kedua-dua pihak membentangkan fakta & hujah masing2 supaya
rakyat boleh membuat penilaian. Sy amat kagum dgn 2 MP BN, Kj & Datuk
Saifuddin yg menyokong debat ini. Mungkin agaknya PM kita agak gementar bila
disoal dengan soalan2 spt isu lembu dan kondo.
Kenytaaan tuan "Sebaliknya debat hanya mampu menjadi satu medan untuk menunjukkan kehandalan di kalangan golongan yang tidak matang" agaknya kalau dirujuk kpd debat calon2 presiden Amerika, agaknya semua presiden2 Amerika tu dari golongan tidak matang atau malas bersukan ler yer?
Kenytaaan tuan "Sebaliknya debat hanya mampu menjadi satu medan untuk menunjukkan kehandalan di kalangan golongan yang tidak matang" agaknya kalau dirujuk kpd debat calon2 presiden Amerika, agaknya semua presiden2 Amerika tu dari golongan tidak matang atau malas bersukan ler yer?
Dr. Zainal:
Saya amat gemar mendengar komen yang
bersifat begini. Pertama, saya mampu melihat keadaan semasa melalui pendangan
yang sudutnya berbeza. Kedua, saya suka sekali melihat persepsi orang Malaysia
kepada pemimpin UMNO dan pemimpin pembangkang. Ketiga, pandangan begini telah
mengiakan pendapat saya bahawa orang Melayu kini sudah mula malu menjadi Melayu
lantas terus membenci pemimpin Melayu.
Kalau kita perhatikan semua pemimpin USA, golongan ini memang pandai membelitkan fakta sehingga beberapa buah kerajaan Islam tumbang seperti di Iraq, Libya, Mesir, dan sebagainya. Apabila USA menggantikan dengan pemimpin baru, negara itu akan menjadi semakin terus. Itu maksudnya, mereka bijak memutarbelitkan fakta.
Kalau kita perhatikan semua pemimpin USA, golongan ini memang pandai membelitkan fakta sehingga beberapa buah kerajaan Islam tumbang seperti di Iraq, Libya, Mesir, dan sebagainya. Apabila USA menggantikan dengan pemimpin baru, negara itu akan menjadi semakin terus. Itu maksudnya, mereka bijak memutarbelitkan fakta.
Pembaca:
Komen tuan pada perenggan kedua nampaknya
agak tersasar daripada isu & persoalan yg cuba ditimbulkan. Sebenarnya tuan
merujuk kepada dasar2 luar yg diamalkan oleh USA ke atas negara2 lain menerusi
model & strategi yg licik. Isu utamanya ialah samada debat di antara calon2
presiden US yg telah diadakan sejak sekian lama dianggap tidak matang dari kaca
mata tuan, umno & BN. Rasanya kebanyakan calon2 debat presiden Amerika
adalah graduan keluaran daripada universiti ulung di US. Malahan KJ dlm
komentarnya ttg debat ada menyatakan pemimpin yg tidak mahu berdebat adalah
pemimpin yg tidak matang. Dlm sejarah silam Islam pun, alim ulama sering
berdebat dengan pelbagai golongan termasuk paderi kristian & yahudi.
Kalau tuan menyatakan anuar itu kaki putar belit, jika diimbas kembali debat di antara anuar vs shaberi chik tahun 2008 ttg harga minyak, saya tidak lihat sebarang putar belit fakta oleh anuar. Malahan hujah yg disampaikan penuh dengan data & maklumat. Dari pihak shaberi chik, saya cuma melihat beliau cuba mengalih isu & menyerang secara pribadi.
Mungkinkah agaknya tuan amat berbangga dengan ketuanan melayu walaupun perkara2 berlaku ke atas tuan seperti "biarlah negaraku penuh dengan rasuah, asalkan negaraku masih diperintah oleh melayu" atau " biarlah aku hidup merana asalkan negaraku masih diperintah oleh melayu" atau "biarlah aku hidup ditindas asalkan negaraku masih dipimpin oleh melayu" atau "aku sanggup sekangkang kera & negara ku tergadai asalkan pemimpinku org melayu".
Kalau tuan menyatakan anuar itu kaki putar belit, jika diimbas kembali debat di antara anuar vs shaberi chik tahun 2008 ttg harga minyak, saya tidak lihat sebarang putar belit fakta oleh anuar. Malahan hujah yg disampaikan penuh dengan data & maklumat. Dari pihak shaberi chik, saya cuma melihat beliau cuba mengalih isu & menyerang secara pribadi.
Mungkinkah agaknya tuan amat berbangga dengan ketuanan melayu walaupun perkara2 berlaku ke atas tuan seperti "biarlah negaraku penuh dengan rasuah, asalkan negaraku masih diperintah oleh melayu" atau " biarlah aku hidup merana asalkan negaraku masih diperintah oleh melayu" atau "biarlah aku hidup ditindas asalkan negaraku masih dipimpin oleh melayu" atau "aku sanggup sekangkang kera & negara ku tergadai asalkan pemimpinku org melayu".
Dr. Zainal:
Perenggan terakhir menarik perhatian saya.
Pada saya Melayu perlu bersatu untuk menjadi gagah. Penyatuan Melayu patut
bermula dengan Melayu-Melayu. Bukan dengan ideologi yang datangnya kerana
mengejar satu kedudukan. Melayu sepatutnya sedar kerajaan hanya bertindak
menjadi pemacu kemajuan. Melayu sendiri patut tahu bagaimana untuk menjadi 'Tuan'
di bumi sendiri. Melayu patut sedar, kebergantungan kepada kerajaan hanya
menjadi punca untuk Melayu terus bergerak.
Menukar kerajaan adalah satu langkah pembetulan yang kurang bijak. Kerajaan Mega seperti Uthmaniah jatuh kerana ada puak penentang yang ingin menukar kerajaan. Kerajaan Melayu Melaka juga jatuh kerana ada golongan dalaman yang mahu menjadi 'Raja'. Banyak lagi contoh yang boleh ditimbulkan. Malannya PhD saya bukan dalam bidang sejarah atau sains politik. Namun sebagai warganegara, saya rasa, saya perlu menjadi Melayu di bumi Melayu tercinta ini. Melayu pada maksud saya, adalah Melayu Secara Total. Terima kasih di atas komen anda. Komen ini akan dibaca oleh lebih 150 orang sehari.
Menukar kerajaan adalah satu langkah pembetulan yang kurang bijak. Kerajaan Mega seperti Uthmaniah jatuh kerana ada puak penentang yang ingin menukar kerajaan. Kerajaan Melayu Melaka juga jatuh kerana ada golongan dalaman yang mahu menjadi 'Raja'. Banyak lagi contoh yang boleh ditimbulkan. Malannya PhD saya bukan dalam bidang sejarah atau sains politik. Namun sebagai warganegara, saya rasa, saya perlu menjadi Melayu di bumi Melayu tercinta ini. Melayu pada maksud saya, adalah Melayu Secara Total. Terima kasih di atas komen anda. Komen ini akan dibaca oleh lebih 150 orang sehari.
Subscribe to:
Posts (Atom)