- Bila saya membaca cabaran debat di antara ketua pembangkang kepada Perdana Menteri, saya rasa terpanggil untuk memberi komen dalam blog saya ini.
- Pada saya debat bukanlah satu cara yang paling tepat untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya debat hanya mampu menjadi satu medan untuk menunjukkan kehandalan di kalangan golongan yang tidak matang.
- Kalau kita perhatikan, debat hanya popular di kalangan pelajar sekolah menengah. Di peringkat universiti, debat hanya digemari oleh mahasiswa yang tidak aktif dalam sukan. Kebanyakkannya, bukan semua. Namun, jika nilai yang banyak itu menolak nilai yang bukan semua itu, nilai akhir secara peratusan akan menjadi 100%.
- Debat sebenarnya tidak pernah melahirkan kebenaran. Lantaran itu, debat sentiasa memerlukan panel hakim. Golongan hakim ini sebenarnya bukan menilai kebenaran hujah, sebaliknya menilai kehebatan sesaorang pendebat memutarbelitkan fakta.
- Jika diukur dari para 4 di atas, jelas sekali tidak ada individu yang mampu mengalahkan ketua pembangkang. Bukan kerana kebenaran fakta, tetapi kerana kepakaran beliau memutarbelitkan fakta.
- Justeru, untuk mengalahkan seorang 'putar alam', kita juga memerlukan seorang 'putar alam'. Tindakan PM menolak cabaran ini jelas sekali menunjukkan bahawa PM yang kita kasihi BUKAN SEORANG 'PUTAR ALAM'.
- Sebenarnya untuk berdebat dengan ketua pembangkang amat mudah. Saya sendiri berani menawarkan diri. Saya bukan seorang ahli politik. Bukan seorang anggota kabinet. Saya hanya seorang warganegara yang amat menyintai Malaysia. Amat sayang akan situasi Malaysia hari ini. Saya mahu apa yang ada di Malaysia terus dipertahan dan dipertingkatkan.
- Saya juga amat yakin, hanya orang yang bernama Najib Abdul Razak yang mampu melaksana apa yang saya perlukan ini. Bukan dia. Bukan dia. BUKAN DIA......
- Maka, saya amat menyokong tindakan PM yang tidak melayan langsung cabaran debat ini. Hanya satu cara untuk membuat orang gila menjadi bangang. Jangan dilayan segala permintaan merapunya. Cuma bezanya bagi kes ini adalah jenis gila. Di sini gila yang dimaksudkan adalah gila nak ke Putrajaya. Bukan susahpun, pergi ke KL Central...ambil teksi...Putrajaya...pasti pemandu akan hantar...cakap sahaja kompleks mana.
- Tapi kalau gian sangat nak berdepat, saya cabar orang yang berkenaan jom debat dalam blog. Ada brannnn!!!!
Search This Blog
Monday, February 27, 2012
CABARAN DEBAT KETUA PEMBANGKANG
Monday, February 20, 2012
CARA MELETAK KERETA DAN KESAN PENGURUSAN
- Pernahkan anda melihat cara bos, anda atau rakan-rakan anda meletak kereta? Atau pernahkan anda berfikir mengapa anda mengekalkan cara meletak kereta dengan satu kaedah sekian lama? Mengapa dan kenapa mereka meletak kereta sedemikian rupa?
- Hanya ada 4 cara meletak kereta. Pertama, masuk terus dari hadapan. Kedua, masuk melalui belakang dangan menggunakan gear mengundur. Ketiga, kadang-kadang masuk terus dari hadapan dan adakalanya masuk secara mengundur. Cara lain adalah meletak kereta sesuka hati.
- Orang yang meletak kereta terus dari hadapan adalah orang yang mementingkan kuantiti kerja. Golongan ini akan melihat apakah kesan positif daripada satu keputusan yang dibuat. Kritiria utama adalah memikirkan bagaimanakah cara paling mudah untuk menyelesaikan satu tugasan dan apakah kesannya positif yang akan diperolehi oleh organisasi. Jika, boss anda begini, dan anda juga begini, maka organisasi anda akan cepat cemerlang, namun boss dan anda perlu meninggalkan organisasi dalam masa yang singkat atau sederhana.
- Orang yang meletak kerata mengundur adalah golongan yang memikirkan kualiti kerja. Golongan ini akan memikirkan apakah kesan negatif daripada satu keputusan dibuat. Golongan ini akan melihat semua aspek sebelum sesuatu perlaksanaan dapat dibuat. Lazimnya perlaksanaan keputusan akan menjadi lambat. Namun jika perlaksanaan dapat dijalankan maka hasilnya akan kekal lama. Jika boss anda begini dan anda adalah golongan pertama, organisasi akan terjejas. Anda tidak akan merasa gembira sekiranya anda gagal mengadaptasi keperluan semasa.
- Orang yang meletak kereta sekejap mengundur dan kadangkala melalui hadapan adalah orang yang tidak pernah memikirkan kesan daripada satu keputusan yang dibuat. Golongan ini hanya mahu menyelesaikan tugasan tanpa memikirkan implikasi kepada organisasi. Golongan ini selalunya tidak boleh menjadi boss.
- Golongan yang suka meletak kerata sesuka hati adalah golongan yang mempunyai kesedaran sivik yang rendah. Golongan ini perlu mengambil semula lesen kereta. Kalau anda jumpa kereta yang diletakkan sesuka hati...langgar sahaja kereta tersebut.
- Percayakah anda golongan yang suka meletak kereta secara mengundur akan meletakkan kereta secara mengundur biarpun kawasan letak kereta masih kosong? Mereka boleh masuk dari hadapan menggunakan arah yang bertentangan. Tetapi golongan ini tetap memilih untuk mengundur. Perhatikan rakan-rakan anda....anda akan percaya!
- Percayakah anda golongan yang masuk dari hadapan akan menggunakan arah bertentangan untuk meletak kereta sekiranya kawasan letak kereta masih kosong supaya kelihatan seperti masuk daripada mengundur? Perhatikan rakan-rakan anda.......anda akan percaya!
- Percayakah anda golongan yang meletak kereta secara mengundur lebih ramai menjadi boss daripada golongan yang meletak kereta daripada hadapan? Namun golongan pemimpin utama/tertinggi sentiasa meletak kereta dari hadapan? Perhatikan boss-boss anda....anda akan percaya!
- Percayakah anda golongan lelaki yang meletak kereta secara mengundur sentiasa pulang lewat dari pejabat? Sebaliknya golongan wanita yang meletak kereta melalui hadapan akan sentiasa lewat meninggalkan pejabat. Perhatikan sekeling anda....anda akan percaya!!!! ADIOS
Saturday, February 18, 2012
ADUAN - PENGURUSAN BERKESAN
- Tidak ada organisasi yang tidak menerima aduan. Malah organisasi sepatutnya menerima aduan sebagai 'push factor' ke arah mengeluarkan produk yang lebih berinovasi. Malah, dalam era 'penyampaian' menjadi isu utama ini, aduan akan menjadi sebahagian daripada cabaran yang tidak akan padam.
- Organisasi harus melihat beberapa sudut berkaitan aduan. Pertama, mengapa aduan dibuat? Atau mengapa aduan selalu dibuat? Atau mengapa hanya organisasi kita sahaja yang kerap menerima aduan negatif? Ataupun, mengapa organisasi kita tidak pernah menerima pujian?
- Untuk menjawab soalan ini, organisasi perlu melihat produk utama yang dihasilkan. Soalan yang perlu ditanya adalah mudah. Gembirakah kita menggunakan produk yang kita bangunkan setiap masa? Atau pernah tak kita marah ketika kita gagal menggunakan produk kita dalam masa-masa tertentu? Atau dalam bahasa kasarnya..'APAKAH BEZANYA DI ANTARA PRODUK KITA DAN SAMPAH?' . Kasarkan bahasa saya!
- Bayangkanlah, jika kita, pengeluar produk sendiri, bengang ketika menggunakan produk yang kita cipta dan bina ini, pengguna lain, tak perlulah difikirkan. Marah bukan sahaja apabila menggunakan produk yang kita bangunkan, tetapi saya amat yakin, pengguna akan mula berasa marah apabila mendengar sahaja nama produk yang kita hasilkan ini.
- Seterusnya kita perlu bertanya, apakah usaha yang kita buat untuk meningkatkan kualiti produk kita? Jawapan mungkin kita telah melakukan pelbagai usaha. Namun, produk kita tetap sama. Itu ertinya usaha kita selama ini adalah sia-sia. Kita mungkin juga melakukan usaha penambahbaikkan yang berterusan. Maksudnya lebih malang. Kita melakukan satu usaha yang tidak berguna untuk satu tempoh yang lama.Kelakarkan!!!
- Namun aduan juga perlu dilihat dari satu sudut yang berbeza. APABILA MENDAPAT BERITA, CARILAH KESAHIHAN BERITA TERSEBUT. Aduan acapkali bersifat tohmahan. Aduan juga adakalanya menjadi alasan untuk golongan yang lemah, kurang pandai, dan sangat sedikit bijaknya.
- Saya beri satu contoh, jika kita mengeluarkan satu produk yang cara penggunaannya sukar, maka banyak pengguna yang tidak tahu menggunakannya. Dalam bahasa kasarnya..BODOH TAK BOLEH NAK DIAJAR, PANDAI TAK BOLEH NAK DIIKUT. Anda setuju tak!!!!
- Pengguna begini akan menggunakan alasan begini...'PRODUK YANG DIHASILKAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN, LAMBAT, DAN MENAIKKAN TEKANAN DARAH.' Pengguna begini sebenarnya tidak pernah cuba menggunakan produk ini. Mereka hanya menggunakan pengalaman orang lain, untuk membuat aduan yang sebenarnya adalah alasan semata-mata.
- Mungkin banyak kerja yang boleh diselesaikan dengan menggunakan produk organisasi anda. Namun untuk menyelesaikan banyak kerja itu juga amat memerlukan BANYAK KERJA. Gabungan BANYAK KERJA + BANYAK KERJA = PRODUK YANG ANDA HASILKAN HANYA MEMBANYAKKAN KERJA.
- Kesimpulannya, aduan tetap akan datang dalam 'volume' yang banyak selagi produk yang organisasi bangunkan tidak menepati kehendak pengguna. Jika ia gagal di situ, maka ia akan terus menjadi alasan yang kukuh untuk kita terus dipersalahkan. ADIOS
Wednesday, February 15, 2012
ADUAN - BATASAN DAN KESAN PENGURUSAN
- Pada minggu kedua Februari 2012, tempat saya bekerja telah menerima satu email dari seorang yang amat besar jawatannya di Malaysia. Email itu adalah berdasarkan satu email dari orang kecil yang dikemukakan kepada beliau. Apabila menerima email daripada orang besar, maka isu yang kecil daripada orang kecil telah menjadi isu yang amat besar.
- Dalam menangani isu tersebut, beberapa buah organisasi lain telah diminta untuk membantu organisasi saya. Malah, organisasi saya telah diminta untuk merombak segala-galanya yang telah dibina selama 12 tahun dan telah menelanja belanja jutaan ringgit.
- Sebagai pengurusan peringkat pertengaha, saya akur dengan semua arahan. Malah, saya juga merasakan produk yang dihasilkan oleh organisasi saya perlu dibina semula secara total. Namun, istilah pembinaan semula itu sebenarnya memerlukan satu definisi yang amat jelas.
- Berdasarkan aduan tersebut, semua organisasi yang terlibat tidak langsung mahu mengkaji masalah sebenar yang melanda pengadu. Walhal, sentiasa ada 2 faktor, sebelum sesuatu aduan dibuat.
- Faktor utama adalah faktor dalaman pengadu atau organisasi pengadu. Produl yang digunapakai adalah produk berkaitan ICT. Maka, pengadu sendiri adalah unsur utama jika berlaku kelemahan penggunaan kepada produk ini.
- Sebagai contoh, jika pengadu lemah dalam menggunakan ICT yang sophisticated, maka sebarang produk ICT akan merupakan punca kegagalan ICT kepada pengadu. Begitu juga, jika keseluruhan organisasi pengadu 'buta ICT' atau 'rabun ICT', maka seluruh entiti organisasi itu akan menjadi 'buta dan pekak' terhadap ICT.
- Faktor kedua adalah faktor luaran. Sistem ICT amat memerlukan penyediaan infrastruktur yang bukan sahaja memadai, malahan melangkaui keperluan semasa. Kegagalan stakeholder dalam menyediakan kemudahan ini, akan menyebabkan produk yang dihasilkan 'hilang makna' secara total.
- Mengatasi faktor luaran ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Maka, organisasi saya tidak mampu menyediakan peruntukan ini. Maka isu yang sedang melanda ini akan terus kekal dan menghantui seluruh entiti dalam organisasi saya.
- Aduan yang tidak diperiksa ini sebenarnya telah menyebabkan 'tsunami' kecil dalam pengurusan dalam organisasi saya. Pastilah, 'tsunami' ini menyebabkan operasi harian terganggu. Setidak-tidaknya, emosi pengurusan atasan dan orang lama yang menghasilkan produk ini sedikit 'terpukul'.
- Sebagai warganegara, saya ingin melihat, aduan bukan lagi menjadi saluran yang betul dalam memperbaiki sesuatu. Sebaliknya, kerjasama dan kaloborasi akan menjadi pentas penting dalam menyelesaikan semua masalah. ADIOS
Wednesday, February 8, 2012
SBPA - MAMPUKAN CEUPACS MENGEMUKAKAN CADANGAN BALAS
- CUEPACS akan mengemukakan formula perpindahan gaji daripada Skim Saraan Malaysia kepada Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) untuk dipertimbangkan dalam semakan semula skim baru itu. Timbalan Presiden 1 CUEPACS, Aziz Muda, berkata perpindahan gaji berkenaan mengambil kira gaji maksimum dan kekananan supaya ia diterima baik oleh semua penjawat awam. “Setakat ini, kenaikan gaji penjawat awam dalam SBPA tidak jelas dan mengelirukan.”
- cuepacs dalam tugasan ini akan cuba merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi iaitu sekitar RM45,000 setahun menjelang 2020 tidak akan tercapai dengan kadar gaji yang diperkenalkan SBPA sebelum ini.
- CUEPACS mengemukakan lima tuntutan utama yang akan menjadi petunjuk tuntutannya kepada kerajaan bagi memastikan penambahbaikan berlaku secara menyeluruh pada pelaksanaan SBPA.Sekiranya lima asas utama tuntutan ini masih tidak diterima oleh jawatankuasa, CUEPACS juga tidak akan menerima pandangan mereka. Ini kerana penambahbaikan tidak berlaku.
- CUEPACS percaya seandainya penambahbaikan tidak berlaku, ia akan menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan penjawat awam berterusan malahan akan menjadi semakin parah.
- Kerajaan juga telah bersetuju untuk memberikan lebih banyak tempat kepada pemimpin tertinggi CUEPACS bagi menganggotai pasukan khas semakan semula Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) atas alasan CUEPACS diperlukan untuk manfaatkan SBPA sepenuhnya bagi merealisasikan hasrat lebih 1.3 juta ahli mereka di seluruh negara.
- CUEPACS sebelum ini meminta supaya tiga lagi pemimpin kanan mereka menganggotai pasukan petugas khas semakan semula SBPA yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Ismail Adam.
- Jika dinilai perkara 1 hingga 6, maka kita akan dapat melihat bahawa CUEPACS mempunyai peranan yang besar dalam merealisasikan hasrat penjawat awam selama ini.
- Sebagai badan yang telah begitu lama berjuang untuk penjawat awam, CUEPACS dilihat ikhlas dalam perjuangannya. Malah CUEPACS juga dilihat lebih memahami kehendak penjawat awam berbanding organisasi lain.
- Maka, saya amat percaya CUEPACS akan mengambilkira semua faktor penting sebelum mengemukakan cadangan balas pemindahan gaji sebaris ini. Saya juga percaya kredibiliti Tan Sri Ismail Adam dalam 'negotiation' akan akan berteraskan 'win-win situation'.
- Akhir sekali, saya juga percaya seluruh penjawat awam lebih mengharapkan bantuan CUEPACS daripada organisasi lain dalam merealisasikan hasrat mereka. Malah, seluruh penjawat awam juga amat tidak sabar menanti perkembangan ini. ADIOS
Nota : (1) hingga (6) diambil dan diolah semula daripada blog rasmi CUEPACS
Sunday, February 5, 2012
SBPA - FAKTOR PENENTU KEJAYAAN PERLAKSANAAN
- Apabila Kabinet mengumumkan SBPA dikaji semula ( atau ditangguhkan ) selama 4 bulan, ini adalah gambaran yang jelas tentang pembentukan satu polisi yang gagal menggabungkan beberapa isu kecil semasa perancangan perlaksanaan.
- Antara isu yang amat diungkit dan gagal dirungkaikan adalah jadual pemindahan gaji. Kesan kaedah pemindahan gaji ini akan menyebabkan sebahagian besar senioriti penjawat awam menjadi tidak siknifikan lagi.
- Pada satu bahagian lagi, ada penjawat awam yang cukup gembira kerana mereka telah sama taraf dengan senior-senior yang kini akan menerima gaji yang sama.
- Golongan di para 2 akan merungut dan terus merungut. Golongan di para 3 akan terus tersenyum dan tersenyum. Malah golongan ini akan marah jika SBPA dikaji semula.
- Persoalan utama, apakah senioriti siknifikan dalam perkhidmatan awam? SBPA yang dilaksanankan pada 01 Januari 2012 menunjukkan senioriti adalah sifar makna. Dalam bahasa kasar...ORANG LAMA ADALAH SATU BEBAN KEPADA ORGANISASI.
- Mungkin maksud SBPA bukan begitu. Namun maksud sebenar menjadi tidak penting apabila ada ramai orang yang merasakan begitu. Maka SBPA kepada orang lama adalah satu PENGHINAAN KEPADA PENGALAMAN.
- Cadangan baru yang dikemukakan oleh CUEPACS adalah untuk mengekalkan senioriti dalam skala pemindahan gaji. Dalam bahasa bodohnya YANG LAMA BEKERJA, DIBAYAR LEBIH DARIPADA YANG BARU BEKERJA.
- Saya sendiri hairan, bagaimana dasar asal SBPA menolak senioriti. Apakah yang sebenarnya ada dalam kepala pembuat dasar ini? Alasan yang diberikan adalah kekangan kewangan. Namun apabila melihat kenaikkan gaji JUSA dan PREMIER, terasa seperti kekangan kewangan hanya sekadar menjadi satu alasan.
- Maka, saya jangkakan, SBPA selepas dikaji semula hanya dan hanya akan boleh berjaya sekiranya dasar baru SBPA mengambilkira senioriti dalam jadual pindahan gaji. Maka, jika pembuat dasar akan datang ingin melakukan perubahan, jangan sesekali mengenepikan faktor-faktor kecil dalam perkhidmatan.
- Sistem saraan ini sebenarnya dibuat untuk manusia. Maka soal hati, perasaan, kekitaan, dan soal-soal lain tentang kemanuisaan tidak boleh diketepikan. Manusia mempunyai fikiran dan akal. Namun harus diingat, manusia juga mempunyai perasaan. ADIOS
Thursday, February 2, 2012
PENANGGUHAN SBPA - KESAN KE ATAS PERSARAAN
- Apabila Kabinet membuat keputusan untuk mengkaji semula SBPA, secara umumnya seluruh penjawat awam percaya ada kebaikkan yang akan mereka perolehi sebaik sahaja SBPA yang baru dilancarkan. Ada sebahagian lagi penjawat awam akan terus membuat keputusan bahawa SBPA yang ada pada masa ini lari daripada objektif sebenarnya. Dalam kata lain, SBPA gagal untuk memenuhi seluruh aspirasi penjawat awam.
- Saya akan mengulas satu kesan daripada penangguhan SBPA. Kesan keatas pengurusan persaraan penjawat awam.
- SBPA sebenarnya akan menjana faedah pada akhir perkhidmatan untuk setiap penjawat awam melalui 'exit policy' yang begitu komprehensif. Setiap penjawat awam akan menikmati faedah persaraan sehingga usia 60 tahun.
- 'Exit policy' SBPA sebenarnya meletakkan unsur keadilan yang amat tiada tolok banding. Anda boleh bersara pada umur 55, 58, atau 60 tahun. Ganjaran anda akan dikira sehingga umur anda 60 tahun, dengan syarat anda memilih untuk bersara pada usia 60 tahun.
- Secara tidak langsung SBPA telah menambah imbuhan ganjaran di antara 10% - 30% bagi setiap penjawat awam. Dari segi nilai, wang ganjaran pencen akan bertambah di antara RM5000 hingga RM100,000 mengikut gred penjawat awam.
- SBPA dilihat sebagai polisi saraan yang mengenang budi. Jika penjawat awam, dibuang kerja di bawah SBPA, tempoh perkhidmatan penjawat awam tersebut akan diambil kira. Bayaran pencen dan wang ganjaran tetap diterima. Malahan perkiraan jumlah bayaran akan mengambilkira usia persaraan paksa penjawat awam tersebut.
- SBPA membenarkan 'free flow' kepada penjawat awam. Boleh keluar, masuk, keluar, dan masuk semula ke sektor awam. Ketika keluar, faedah persaraan diterima. Ketika masuk, faedah persaraan dikira. Maka faedah persaraan terus bergerak dalam SBPA.
- Masalahnya ketika ini, apakah keputusan rasmi tentang SBPA. Jika ditangguhkan, kata ditangguhkan. Jika dikaji semula, kata dikaji semula. Penjawat awam sehingga kajian semula SBPA selesai akan terikat di bawah skim saraan yang mana satu? SBPA atau SSM?
- Agensi atau entiti manakah yang boleh mengesahkan kesahihan perkaran di atas? Kalau semua berdiam diri, pada siapakah 1.4 juta penjawat awam untuk mencari jawapan yang pasti kepada persoalan ini?
- Persoalan ini perlu dijawab segera, memandangkan akan ada penjawat awam yang memilih usia persaraan paksa 60 tahun semata-mata untuk menerima faedah SBPA, tetapi mahu bersara mulai Januari 2012 hingga April 2012. Jangan biarkan hidup golongan ini diselubungi misteri!!!!!!!
Wednesday, February 1, 2012
KAJIAN SEMULA SBPA - SATU KEWAJARAN
- Assalamualaikum kepada semua pembaca. Maafkan saya kerana menutup seketika laluan ke blog ini untuk satu tugasan khas yang amat penting. Harapan saya anda terus membaca blog ini. Untuk itu, saya ucapkan terima kasih atas sokongan anda kepada blog ini.
- Mari kita bicara soal SBPA. Kajian semula. Kenapa dan mengapa? Apakah siknifikan kajian semula ini dalam perkhidmatan awam di Malaysia? Apakah manfaat yang bakal diperolehi oleh penjawat awam dari tugasan yang memakan masa 4 bulan ini? SATU RAMALAN...
- SBPA sebenarnya mempunyai hasrat yang murni. Hasrat murni selalunya memakan masa yang lama untuk direalisasikan. Sekurang-kurangnya 3 tahun. Kerana itu, perlaksanaan secara tergesa-gesa akan menyebabkan SBPA' lebih hodoh dari yang hodoh'. Kerana itu, SBPA perlu di'make-up' semula supaya SBPA menjadi 'lebih jelita dari yang jelita'.
- Isu utama adalah perbezaan kanaikkan gaji yang amat besar, bukan sahaja dari segi jumlah, bahkan dari segi peratusan. Jumlah akan menjadi kritiria yang boleh diterima, malangnya peratusan akan menjadi faktor yang tidak boleh diterima oleh sesiapa sahaja.
- Sebagai contoh, jika kumpulan pelaksanan menerima 10% kenaikkan gaji yang membawa nilai RM40, dan kumpulan Premier juga menerima 10% kenaikkan gaji yang bernilai RM500, isu ini tidak akan timbul. Walaupun berbeza RM460. Ada nilai keadilan dalam perbezaan tersebut. Adil dari segi peratusan.
- Sebaliknya, jika kumpulan pelaksanan menerima 20% kenaikkan yang bernilai RM80, sedangkan kumpulan Premier menerima 100% kenaikkan yang bernilai RM5000, maka semua orang akan melenting. Ramai yang akan rasa, ada kumpulan yang cuba mengambil kesempatan dari sistem yang kononnya ditambahbaik. Bila ramai yang menentang, maka kewajaran untuk mengkaji semula akan menjadi satu keperluan.
- Isu kedua pula hanya dilihat oleh pegawai sumber manusia. Iaitu isu mengenai perubahan perjawatan berdasarkan kenaikkan pangkat KUP lebih 15 tahun. Dengan terlaksananya SBPA, hampir 50% penjawat awam akan menerima kenaikkan pangkat. Golongan ini akan secara automatik menerima kanaikkan gaji yang besar. Namun, HR akan menghadapi masalah dalam menyusun semula organisasi masing-masing. Dari sudut ini, kajian semula SBPA menjadi satu keperluan yang amat kritikal.
- Seterusnya isu bersara, sama ada wajib atau pilihan. Bagi penjawat awam yang memilih atau akan bersara di antara Januari hingga April 2012, persaraan mereka akan sukar diproses. SSM atau SBPA menjadi pilihan yang salah untuk kes persaraan ini. Lebih malang lagi, jika tidak ada satu agensi pun yang boleh memberi kata putus untuk persaraan ini. Faktor ini akan menyebabkab kajian semula SBPA sebagai sesuatu yang paling tidak wajar.
- SBPA sebenarnya memang telah dilaksanakan mulai 01 Januari 2012. Kajian semula ini lebih bersifat penambahbaikkan. Isu di sini adalah terminologi 'penambahbaikkan' itu sendiri mempunyai maksud yang sangat komplikated.
- Justeru, untuk mengatasi masalah ini, Jawatankuasa yang dibentuk perlu menjelaskan apakah maksud sebenar 'penambahbaikkan' ini kepada 1.4 juta penjawat awam.
Subscribe to:
Posts (Atom)