Search This Blog

Monday, May 28, 2012

CABARAN PEMBANGUNAN ICT MASA KINI - SIRI3


  1. Ketika menulis siri ke-3 ini sebenarnya saya dalam proses membuat rumusan hasil penemuan Makmal BPR sebuah sistem yang sedang dibangunkan semula. Perbincangan ini sebenarnya mudah. Semua ahli makmal yang setiap hari ada di makmal tahu apa yang hendak diberitahu kepada pelanggan dan stakeholder.
  2. Namun segalanya menjadi sukar dengan kehadiran pakar rujuk dari sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam pembangunan ICT negara. Puncanya kerana pakar rujuk berkenaan hanya datang sekali sekala ke makmal. Setiap kali datang, beliau akan memberi komen. Maka komen yang diberi lebih kepada membunuh idea yang baik.
  3. Pada saya rumusan bukan menunjukkan kita buat kerja. Jauh sekali menunjukkan yang kita ini pandai. Sebaliknya saya hanya mahu menggambarkan SUASANA SEBENAR yang menyebabkan sistem yang dibangunkan semula ini akan TIDAK PERLU DIBANGUNKAN SEMULA LAGI.
  4. Pakar sepatutnya memudahkan kerja dengan memberi bimbingan yang sempurna. Untuk itu pakar perlu tahu perkara penting untuk menyudahkan tugasan. Seharusnya, pakar perlu memerah otak sebelum datang ke makmal, bukannya memaksa bukan pakar memerah otak untuk memenuhi idea pakar yang bersifat 'bukan-bukan'.
  5. Ketika saya memohon template rumusan kepada pakar minggu lepas, hingga ke hari ini, pakar berkenaan gagal mengemukakan templete tersebut. Maka, pasukan rekabentuk membangunkan templete yang berkenaan. Template tersebut, pada saya cukup cantik. Mampu menyerlahkan semua penemuan dalam makmal.
  6. Maka pasukan rekabentuk membentangkan maklumat dalam template tersebut. Pakar rujuk pun mula memberi pendapat. Komen sana. Komen sini. Arahkan itu. Arahkan ini. Bila idea dikemukakan, pakar pun mulalah tunjuk pandai. 
  7. Untuk mengatasi masalah tersebut, saya mohon agar agensi yang berkenaan memperkenalkan kaedah terperinci dalam melantik tenaga ICT menjadi pakar rujuk. Perlu ada penilaian 360 darjah. Individu perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum boleh menjadi pakar rujuk dalam bidang ICT.
  8. Personel ICT kalau hanya setakat menyediakan dokumen tender, hadir mensyuarat demi mesyuarat, dan dalam mesyuarat tersebut hanya memberi idea kedua, maka jawatan yang diberi tersebut perlu dinilai semula. Secara ekstrem, pencenkan sahaja pakar berkenaan.
  9. Pada saya pakar rujuk sebenar dalam tugasan ini adalah seorang pegawai F52 dan F54 yang begitu bersungguh-sungguh menjalankan tugas. Kedua-dua pegawai ini saya lihat begitu berpengetahuan dalam bidang ICT. Menghairankan, kenapakah dua pegawai ini tidak diberi JUSA?
  10. Untuk syarat-syarat lain kita jumpa dalam siri-4. ADIOS.....

Friday, May 25, 2012

CABARAN PEMBANGUNAN ICT MASA KINI -SIRI 2


  1. Dalam siri 1 saya telah menggariskan 2 syarat untuk menjamin 'effectiveness' 'effeciency' dalam pembangunan ICT masa kini. Dua syarat yang dikemukakan adalah syarat yang wajib dipatuhi. Jika syarat tersebut gagal dipenuhim oleh stakeholder, maka jaminan daripada saya adalah sistem ICT yang sama rupa, sama gaya dengan sistem ICT sedia ada.
  2. Syarat ke-3, entiti yang terlibat dalam mempermudahkan proses hendaklah dikumpulkan dalam tempat, masa, dan situasi yang sama. Kumpulan ini akan mencari proses yang dikenali sebagai 'best practice' sekalipun proses tersebut menuntut perubahan peraturan yang besar. 
  3. Asas kepada syarat ke-3 ini adalah peraturan yang baik akan menjadi pemandu kepada proses yang cepat dan cekap. Jika peraturan menjadi jalanraya yang berbelit-belit, maka kita perlu menggantikan jalanraya tersebut dengan sebatang lebuhraya yang lurus, lebar, dan rata. Kos akan menjadi pemangkin kemajuan. Itu analoginya.
  4. Syarat ke-4 adalah gabungan pakar teknikal dan pengurusan hendaklah berada dalam forum yang sama. Pakar teknikal adalah gabungan daripada pakar 'database', aplikasi, dan infrastruktur. Pakar di sini bukanlah pakar melalui perjawatan, tetapi adalah pakar yang mampu melahirkan idea, mengaplikasikan idea, dan menukar idea kepada perancangan.
  5. Kita selalu berjumpa pakar dalam bidang ICT di Malaysia. Malangnya, pakar sekadar menjadi entiti yang hanya membunuh idea orang lain. Jika kita mengemukakan idea, pakar selalu mengatakan idea itu tidak tepat. Malah, ada yang terus mengatakan, idea kita salah. Bila kita mahukan idea yang tepat dan betul, pakar berkenaan hanya akan kelihatan seperti 'ikan puyu di daratan'. Mengelupur penuh kesibukkan tidak bersebab.
  6. Begitu juga, kita sering berjumpa pakar pengurusan dalam sektor awam. Apa sebenarnya pakar pengurusan. Memberi arahan dan perintah yang terlalu kerap? Atau memberi komen pedas yang entah ke mana hujung pangkal? 
  7. Pakar pengurusan hendaklah berteraskan fundemental pengurusan iaitu 'planning, organizing, leading, and controlling'. Empat asas ini mesti sentiasa diterapkan sekalipun dalam memberi arahan. Ertinya, pakar pengurusan akan merancang, dan kemudian mampu melihat hasil perancangannya di masa hadapan. Kemudian, dia akan memberi arahan yang jelas. Jika, sebaliknya, dia bukan pakar.
  8. Kalau dikira jumlah wang yang dilaburkan untuk membangunkan ICT di Malaysia, jumlahnya mampu membeli 4 buah negara Afrika. Jika ditanya, berapakah jumlah Sistem ICT yang berjaya sepenuhnya, jumlahnya tidak perlu menggunakan jari sebelah tangan. Itulah analoginya. 
  9. Justeru, saya mahu sistem yang paling sukar untuk dibangunkan ini menjadi satu landasan utama yang mampu menjadi tanda aras pembangunan ICT di Malaysia. Untuk itu, 4 syarat tidak memadai, ada lagi deretan syarat yang saya pohon.
  10. Syarat ke-5 dan seterusnya akan saya terangkan dalam Siri berikutnya. Wassalam. ADIOS

Wednesday, May 23, 2012

CABARAN PEMBANGUNAN ICT MASA KINI - SIRI 1


  1. Pada masa sekarang saya ditugaskan untuk membangunkan satu projek ICT kerajaan yang telah berusia 12 tahun. Seandainya manusia, usia sistem tersebut pasti telahpun berada di sekolah menengah. Malangnya sistem tersebut masih berada di tahap tabika.
  2. Saban hari tidak kurang dari 200 panggilan ke helpdesk mengenai masalah yang timbul dalam penggunaan sistem tersebut. Kebanykkan panggilan adalah mengenai prestasi sistem yang amat perlahan.
  3. Kita bayangkan apabila capaian terlalu perlahan, maka terbentuklah satu sistem kebosanan yang amat. Menunggu sebenarnya satu penyiksaan yang tidak dapat digambarkan. Kepada orang dewasa, menunggu adalah adalah satu hukuman. Kepada remaja, menunggu adalah satu bebanan rindu. Dan kepada kanak-kanak, menunggu adalah satu kaedah terbaik untuk membuang masa.
  4. Gabungan ketiga-tiga unsur menunggu ini membentuk satu bentuk kejemuan kepada pengguna sistem tersebut. Menunggu capaian sistem tersebut adalah satu hukuman, penyiksaan, membuang masa, lantas membangkitkan kemarahan yang amat tinggi darjahnya.
  5. Rungutan demi rungutan menjadi satu cerita duka kepada pembangun sistem tersebut. Namun masalah yang timbul tidak juga berkesudahan. Rungutan pun jadi semakin panjang. Kemuncak rungutan pun sampailah ke meja KSN. 
  6. Semua orang melompat. Pemilik sistem melompat. Vendor melompat-lompat. Yang paling tinggi lompatnya adalah agensi yang sepatutnya menjadi menyedia infrastruktur kepada pembangunan ICT kerajaan. Hanya satu tindakan yang dilakukan oleh agensi ini, melompat sambil melatah. Atau juga melatah sambil melompat.
  7. Maka saya menawarkan diri saya untuk membuat kajian secara menyeluruh ke atas sistem tersebut. Pada saya 12 tahun bagi satu sistem adalah tempoh matang dan beranak-pinak. Saya sendiri ingin mencari jawapan mutlak kepada penyakit yang melanda sistem ini.
  8. Saya sendiri membentuk proses kerja. Pertama sekali saya tidak mahu vendor terlibat. Saya percaya tenaga pakar ICT kerajaan yang menerima gaji 5 angka lebih hebat daripada tauke-tauke ICT yang menerima gaji 7 angka.
  9. Kedua, saya mahu semua proses dinilai semula. Jika proses boleh meningkatkan 'reliability, effectiveness, dan efficiency' maka proses tersebut perlu dikekalkan. Sebaliknya, jika proses hanya boleh mengundurkan salah satu daripada 3 perkara tersebut, maka proses tersebut perlu dihapuskan.
  10. Ketiga......tunggu siri ke-2. ADIOS

Monday, May 21, 2012

BERSIH : MENCARI ALASAN MUZAKARAH


  1. Bersih 3.0 yang dicemari dengan keganasan, bahasa kotor, pencipta kerugian besar dan segala macam bau negatif telah menyebabkan hakisan sokongan kepada salah satu gabungan parti politik yang secara langsung terlibat sebagai penganjur Bersih 3.0. Malah pengakuan pemimpin utama parti tersebut yang telah menaja sebahagian besar peserta demonstrasi menggambarkan niat sebenar parti tersebut yang semata-mata mahukan kuasa melebihi segala-galanya.
  2. Ada pemimpin daripada parti tersebut dengan beraninya mengeluarkan fatwa dengan mengatakan menyertai Bersih 3.0 adalah wajib. Secara tidak langsung, pemimpin tersebut turut mengatakan bahawa melakukan keganasan, menghina anggota keselamatan, mencederakan anggota polis, wartawan, dan segala macam bencana lagi adalah wajib.
  3. Dengan fatwa yang melalut dan 'pengakuan berani mati menaja peserta demonstrasi', parti tersebut telah gelabah kerana sedar rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dan Islam di Malaysia mula mengetahui erti sebenar perjuangan mereka. Rakyat mula tahu tembelang sebenar pemimpin-pemimpin parti tersebut yang kini telah mula khayal dengan kuasa untuk memerintah sesuka hati.
  4. Tamat sahaja Bersih 3.0, berlaku penghijrahan ahli parti tersebut kembali kepada UMNO. Justeru, kini Melayu Islam di Malaysia telah mengetahui bahawa UMNO sahaja yang boleh memartabatkan Islam di Malaysia. Dalam kata lain, RAKYAT MALAYSIA KINI SEDAR, HANYA GABUNGAN YANG DIDOMINASI OLEH ORANG ISLAM MAMPU MEMARTABATKAN ISLAM DAN MELAYU.
  5. Kesedaran ini telah membuatkan pakatan pembangkang khususnya parti yang berteraskan agama mula gelabah. Ini kerana mereka sendiri sebenarnya tahu, GABUNGAN MEREKA DIKUASAI OLEH GOLONGAN CAUNAVIS YANG MEMBENCI ISLAM SECARA TOTAL DAN MERAKA HANYA BONEKA DALAM GABUNGAN ITU. Ini dibuktikan dengan deretan penghinaan, kecederaan, dan tangkapan hanya melibatkan Melayu dan Islam dalam Bersih 3.0.
  6. Demi mengalih perhatian rakyat, maka parti ini kembali membangkitkan isu MUZAKARAH. Ini bukan kali pertama Muzakarah digunakan oleh parti tersebut. Parti ini akan menggunakan Islam apabila terdesak. Malah, golongan ini sanggup mengeluarkan fatwa mengundi gabungan parti mereka adalah wajib dan mengundi PEMERINTAH adalah haram. 
  7. Isu ini dibangkitkan untuk tidak jadi. Apabila Muzakarah gagal, maka UMNO akan dipersalahkan. Untuk menggagalkan Muzakarah, maka parti ini akan meletakkan syarat yang pelik dan kelihatan bodoh. Syarat sekarang adalah dengan mengiktiraf semua rakan kongsi parti ini sebagai gabungan BN. Semakin bodoh syarat yang dikemukakan, maka Muzakarah semakin gagal.
  8. Maka tugas mudah berlaku dalam barisan kepimpinan parti ini. Tugasnya adalah dengan mencipta alasan yang paling pelik dan paling bodoh. Cari seorang yang paling besar dalam parti, minta pemimpin itu kemukakan alasan yang pelik dan bodoh itu. UMNO pasti menolak. Bila UMNO menolak, maka rakyat akan nampak UMNO yang menolak Muzakarah.
  9. Malangnya kali ini idea ini tidak menjadi. Rakyat mula melihat UMNO mahukan muzakarah demi kelangsungan pembangunan Melayu dan Islam. Namun, syarat yang dikemukakan terlalu lawak, sehingga jika muzakarah berlaku, maka Islam dan Melayu akan hancur. Ini kerana muzakarah kali ini tidak lebih daripada lakonan mereka atas skrip rakan-rakan gabungan mereka yang sentiasa meluku kepala dan membuli pemimpin parti tersebut.
  10. Selama 30 tahun ini saya sentiasa mengikuti perkembangan parti tersebut terutama sekali mengenai isu muzakarah dan bagaimana isu itu dimainkan untuk menarik simpati rakyat. Saya yakin, muzakarah hanya akan berlaku bila pemimpin nyanyuk tersebut mati. Selagi dia dia bernyawa, selagi itulah dia menentang penyatuan Islam di Malaysia. Fikirkanlah. 
  11. Assalamualaikum dan bersatulah Islam di Malaysia.

Friday, May 18, 2012

BERSIH: PERSAMAAN DENGAN 13 MEI 1969

Bila saya melihat beberapa video demonstrasi BERSIH dan saya bandingkan dengan beberapa video 13 Mei 1969, saya ingin mengemukakan satu pandangan saya sebagai orang Melayu yang sentiasa Melayu di mata dan Melayu di hati. Di bawah ini saya sertakan beberapa URL video 13 Mei untuk pandangan balasan anda.

http://www.youtube.com/watch?v=Jrm-zHar_JE
http://www.youtube.com/watch?v=GtkDPvHyVm0
http://www.youtube.com/watch?v=7Yoy1tRRO9U
http://www.youtube.com/watch?v=C9W9vY8F4FA

Untuk menilai semula pandangan umat sebangsa saya, saya sertakan beberapa komen mengenai video 13 Mei 1969 supaya kita sedar bahawa di Malaysia kini masih ramai sebenarnya ORANG MELAYU YANG MASIH BIJAK MENILAI sehingga ke hari ini.

1. assalamualaikum......... saudara2 melayu sekalian...
melayu xpernah hilang~ ilmuan2 melayu xpernah hilang~ silat lagenda pertahanan melayu xpernah hilang~jgn lah risau saudara2ku ilmuan2 silat melayu sudah bersiap sedia hanya menuggu masa yang sesuai dan keadaan kritikal~ cuma perlu kita sedarkan raja2 melayu supaya tunjukan kembali kuasa raja2 melayu pengasas negara melayu~ kemana hilang raja2 yg berdaulat yg digeruni? sedih kini hanya tinggal nama~ yg penting berusaha dan berdoa~ hidup malaya

2. saya drpd parti pas....dan saya sokong apa yang dikatakan oleh tuanku..APA MAKNA ADA PEMBANGKANG..?

3. selagi ada sekolah jenis kebangsaan cina / tamil / kebangsaan selagi itulah tolerransi kaum tak akan dapat dipupuk... masing2 memperjuangkan tamadun bangsa...

4. Biadap dan kurang ajarnya puak rasis DAP. Melayu dalam PAS dan PKR masih juga pekak, buta & tuli. Benar kata TUN MAHATHIR "MELAYU MUDAH LUPA"
Daripada dua (2) sumber di atas, maka saya simpulkan persamaan di antara Demonstrasi BERSIH dengan Perarakan DAP yang menjadi titik tolak peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Pendapat saya adalah seperti berikut:

a. Kedua-duanya golongan ini menghina anggota polis dengan menggelarkan anggota polis sebagai anjing, babi, dan sebagainya. Maksudnya sentiasa ada golongan yang menghasut rakyat untuk membenci anggota polis memandangkan PDRM didominasi oleh Melayu. Membenci polis, akan membuatkan kuasa Melayu menjadi lemah.
b. Kedua-dua dalang dalam perhimpunan ini merupakan bangsa bukan Melayu. Peristiwa 13 Mei didalangi oleh Cina, sementara peristiwa BERSIH dimulakan oleh India. Maksudnya kuasa Melayu di negara kita sentiasa diintai oleh bangsa lain yang dulunya hanya menumpang di negara kita.
c. Peristiwa 13 Mei menggunakan orang-orang Melayu dalam DAP, Gerakan dan PPP. Dalam peristiwa BERSIH, pemimpin-pemimpin Melayu dari Parti PAS, DAP, PKR juga digunakan. Maksudnya sentiasa ada Melayu yang boleh dibodohkan untuk membunuh bangsa sendiri.
d. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi tragedi dengan pembunuhan Mak Timah di Chow Kit dan seorang anggota UMNO di Setapak. Ada satu video BERSIH juga mengharapkan 5 orang Melayu yang menyertai demontrasi mati dalam BERSIH 3. Maksudnya, bagi golongan ini nyawa Melayu bukanlah bernilai sangat pada bangsa lain tetapi nyawa Melayu lebih bersifat sentimen. Melayu sanggup bertakbir, hanya untuk memindahkan kuasa kita kepada bangsa lain.
e. Peristiwa 13 Mei 1969 bermula di KL dan BERSIH juga bermula di KL. Maksudnya, golongan ini mahu dunia luar campurtangan dalam politik Malaysia. Golongan ini sedar, jika ada campurtangan dari dunia luar, BN akan kalah. Ini adalah kerana BN adalah sebuah kerajaan ISLAM, dan dunia luar adalah anti-Islam. Secara tidak langsung ini menunjukkan BN adalah Islam. Bukan PAS, jauh sekali PKR. 

Saya sebenarnya boleh menulis dan terus menulis. Saya juga sedar, jika pembaca dari parti pembangkang, anda tetap akan menafikan kebenaran tulisan saya. Saya percaya bahawa anda adalah orang Melayu beragama Islam. Maka, saya cadangkan begini. Apabila bubar sahaja Perlimen, kita sama-sama membuat Solat Sunat Istiharah. Kita pohon petunjuk ALLAH siapa yang patut kita pilih. PAS tak pernah cadangkan begini. UMNO jauh sekali. Tetapi saya percaya, kita semua tahu tujuan sebenar sembahyang istiharah. Petunjuk ALLAH adalah tepat. Mahukah anda mencubanya?
ADIOS

Tuesday, May 15, 2012

SELAMAT HARI GURU WAHAI INSAN MULIA


  1. Hanya satu hari yang berkaitan profesion yang disambut secara besar-besaran di dunia iaitu Hari Guru. Malah tidak semua Cikgu yang berpeluang menyambut Hari Guru. Cikgu Memandu, Cikgu Jahitan, dan Cikgu Kawad tidak pernah diberi peluang untuk turut sama meraikan Hari Guru yang mulia ini.
  2. Hari Guru mengingatkan kita bagaimana hebatnya Guru-guru kita satu ketika dulu. Pada Hari Guru kita akan menentang pasukan guru. Selalunya pasukan Guru yang menang. Guru-guru juga hebat dalam persembahan pentas. Nyanyian, lakonan, dan lawak mereka di pentas selalunya menjadi.
  3. Saya terkenangkan seorang guru saya yang paling hebat. Tuan Hj. Yusuf bin Hj. Jaafar. Pada saya beliau lebih daripada seorang guru. Keikhlasan beliau melampaui sifat kemanusiaan. Pada saya beliau bukan seorang Guru. Beliau lebih daripada itu. Tuan Hj. Yusuf adalah anugerah Allah kepada manusia iaitu anak-anak murid beliau yang paling terpilih dan bertuah. SELAMAT HARI GURU WAHAI MANUSIA HEBAT.
  4. Isteri saya juga seorang guru. Pagi tadi sebelum beliau ke sekolah saya telah mengucapkan Hari Guru kepada beliau. Isteri saya nampak sibuk pagi tadi. Mencari kasut sukan, seluar sukan, tuala kecil dan macam-macam lagi. Tadi semasa saya menelefon beliau, isteri saya sedang sibuk bersukan menentang anak-anak muridnya. SELAMAT HARI GURU WAHAI WANITA HEBAT.
  5. Ketika dalam darjah 5, bakat saya dalam metamatik dikenalpasti oleh seorang guru. Tuan Haji Muhammad bin Nawi. Beliau mengembangkan bakat saya dengan mengiktiraf teori penggenap sepuluh saya dalam operasi. SELAMAT HARI GURU WAHAI GURUKU.
  6. Semasa dalam tingkatan 3, bakat saya dalam bidang penulisan dikenalpasti oleh seorang guru Bahasa Melayu. Cikgu Yusri. Beliau seterusnya meminjamkan kepada saya koleksi novel-novel beliau. Sehingga kini saya telah membaca lebih 1000 buah novel Melayu. Semuanya kerana Cikgu Yusri. SELAMAT HARI GURU WAHAI GURU TAMPANKU.
  7. Ketika saya di tingkatan 4 dan 5 bakat pidato dan bahas saya dikesan oleh seorang guru. Guru tersebut memaksa saya menyertai pemilihan peringkat sekolah. Saya menang sehingga menjadi juara negeri. Pada tahun 1989 saya menang pidato Piala Tan Sri Ainuddin Wahid kali pertama. Semuanya kerana bakat saya dikenalpasti oleh beliau. SELAMAT HARI GURU TAN SRI ALIMUDDIN.
  8. Saya juga ada seorang guru yang sebenarnya bukan guru. Guru Al-Quran saya. Puan Hajjah Rodiah binti Abd. Kadir. Beliau mengajar sayabacaan, tajwid dan tarranum. Saya rasa hampir 7 tahun saya menuntut ilmu dengan beliau. Hasilnya, saya mengajar anak-anak dan isteri saya membaca Al-Quran. Pada saya beliau guru...SELAMAT HARI GURU KAK RODIAH.
  9. Dalam ratusan ribu guru yang ada di Malaysia dari dulu hingga kini saya mengucapkan SELAMAT HARI GURU kecuali kepada seorang guru iaitu GURU YANG PERNAH MENUDUH KERJAYA SAYA SEBAGAI DURJANA. Kepada guru tersebut saya ucapkan SELAMAT BERSARA CIKGU...anda telah melacurkan peranan Guru itu sendiri.
  10. Akhir sekali saya ingin memohon maaf kepada semua guru yang pernah mendidik saya sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Doa saya semoga kita bertemu lagi di sana. Amin.

Sunday, May 13, 2012

BERSIH: ANALISA TARIKH LAHIR PEMIMPIN


Kita sering melihat pelbagai ragam daripada pemimpin dalam BERSIH. Sebenarnya ragam manusia dipengaruhi oleh tarikh lahirnya. Perkara yang mempunyai pengaruh daripada tarikh lahir adalah:
KERJAYA - Adakah anda di dalam industri dan memegang jawatan yang sesuai? Ketahuilah kerjaya yang paling sesuai untuk anda.
PERNIAGAAN - Adakah anda seorang yang berorientasikan perniagaan? Adakah anda dilahirkan untuk berkecimpung di dalam dunia perniagaan? Mengapakah perniagaan anda gagal? Seterusnya, daripada�TARIKH PENDAFTARAN SYARIKAT anda, kami boleh melihat apakah yang bakal berlaku di dalam syarikat (masalah, halangan dan keupayaan untuk menempa kejayaan).
KESIHATAN - Dengan menggunakan kaedah metodologi ini boleh memberi amaran awal kepada anda tentang penyakit-penyakit yang bakal dihadapi.
PERHUBUNGAN - Kesesuaian seseorang adalah KUNCI kebahagiaan. Analisis TARIKH LAHIR boleh membantu untuk mengenalpasti pasangan ideal anda samada di dalam perniagaan atau di dalam kehidupan. Perhubungan dengan pasangan atau anak, baik atau buruk akan didedahkan. Mengetahui sekiranya wujud 2 perkahwinan di dalam kehidupan dan mengambil langkah kawalan. Mengetahui kebarangkalian berlakunya penceraian di dalam sesebuah rumahtangga.
KEKAYAAN - Dengan mengetahui TARIKH LAHIR anda boleh memperolehi CARTA yang menunjukkan turun naik kehidupan anda sejak kecil sehingga mencapai umur 120 tahun. Ianya secara jelas dapat menunjukkan bilakah peluang akan muncul. Anda seterusnya hendaklah menggunakan peluang tersebut apabila tiba masanya.
Anda perlu tahu tarikh lahir pemimpin tersebut dan kemudian gunakan kaedah pengiraan di bawah:
KAEDAH KIRAAN RAHSIA TARIKH LAHIR
Kaedah yang digunakan adalah hasil dari kajian yang dilakukan sejak beribu-ribu tahun dahulu. Kaedah ini mengenal pasti corak sesuatu kejadian yang berlaku dan watak seseorang. Bukan hanya kajian keatas beratus manusia, tetapi berbilion manusia. Kaedah ini dinamakan metafizik.
Kaedah yang digunakan ini adalah satu panduan untuk memahami karektor, sifat positif, negatif dan potensi setiap individu bagi membuat strategi dan perancangan peningkatan diri sendiri, keluarga dan rakan taulan. Ianya telah dipermudahkan untuk kita gunakan dalam kehidupan seharian atau karier atau perniagaan kita.
Bukan menilik nasib yang HARAM di sisi Islam, tetapi memahami apakah yang terkandung di dalam ketetapan hidup supaya boleh merangka strategi dan tindakan untuk aktiviti pembetulan, pencegahan, penambahbaikian dan peningkatan kehidupan kita.
Bukan meramal nasib yang juga HARAM, tetapi membantu manusia merangka satu jadual perjalanan hidup yang lebih berkesan, demi mencapai kepuasan dalam kehidupan di dunia dan akhirat.
Usaha mesti ada, sesuai dengan firman Allah swt, bermaksud lebih kurang, �Allah tidak akan mengubah keadaan seseorang itu, jika dia tidak berusaha mengubah keadaan diri sendiri�
HURAIAN KOD ASAS
Kod Asas : 1
Kekuatan:
Dilahirkan untuk menjadi seorang pemimpin, memiliki banyak daya tarikan daripada jantina yang berlainan, memiliki kebijaksanaan, mempunyai kuasa analisa yang kuat, yang akan menjadikannya individu berilmu, seorang yang sangat teliti dalam semua perkara, individu yang sangat kreatif dan sangat peka. Sekiranya sikap kreatif dan sikap peka ini digunakan sepenuhnya atau diaktifkan, kekayaan sedang menunggu individu ini.
Kelemahan:
Individu ini selalu mementingkan diri sendiri, tidak mudah menerima kritikan, beliau juga sukar untuk menerima idea atau pandangan dari orang lain. Oleh itu, kebiasaannya individu ini adalah pemimpin ataupun bos-bos. Bekerja sendiri adalah pilihan yang terbaik
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Sedia menerima idea dan pendapat dari orang lain yang mungkin baik atau lebih baik.
2) Berfikirlah secara terbuka.
3) Berdiplomasi apabila diperlukan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 1:
Arsene Wenger (pengurus Arsenal), Acha Septriasa (selebriti Indonesia), Luna Maya (selebriti Indonesia), Tom Hanks (pelakun terkenal Hollywood), Robert Redford (pelakun terkenal Hollywood), Hulk Hogan (bintang gusti professional WWF)
Kod Asas : 2
Kekuatan:
Seorang yang mahir dan mempunyai personaliti yang menarik. Sentiasa tenang dalam apa pun keadaan. Seorang yang peramah dan mementingkan kebersihan. Sangat rajin dan matang dalam pemikiran. Lembut hati dan peka terhadap keperluan orang lain. Biasanya mudah bergaul dengan golongan yang tua daripadanya. Sekiranya diberi tugasan, individu ini mempunyai kebolehan untuk melaksanakannya dengan tepat.
Kelemahan:
Individu ini tidak percaya di atas kebolehan diri sendiri, walaupun orang lain percaya pada mereka. Mendengar nasihat yang diberikan, tetapi berkemungkinan tidak mengikutnya. Seorang yang sangat degil. Sentiasa mengutamakan orang lain melebihi kepentingan diri sendiri
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Percayalah kebolehan diri sendiri.
2) Tingkatkan keyakinan diri (self-esteem)
3) Utamakan diri sendiri bila keadaan memerlukan anda buat begitu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 2:
Adi Putra (kanak-kanak pintar), Dr Fadzli Yaacob (selebriti dan usahawan Malaysia), Thaksin Shinawarta (bekas PM, Thailand), Bill Clinton (bekas presiden USA), Madonna (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 3
Kekuatan:
Individu ini adalah seorang yang serba-boleh atau dalam english � �all-rounder�. Idealistik, Aktif dan berpandangan jauh. Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. Berkebolehan untuk membezakan sesuatu yang baik atau tidak baik. Seorang yang berbakat dalam apa jua bidang yang dipilihnya. Boleh menjadi kaya dan berharta, sekiranya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Suka berterus terang. Mudah meng�ekspresi� pandangan terhadap sesuatu perkara.
Kelemahan:
Individu ini boleh menjadi terlalu agresif, tidak penyabar dan cepat panas baran. Kebiasaannya beliau mengambil mudah sesuatu perkara dan tidak tegas (tidak munasabah). Kadang kala pula seorang yang nakal. Juga, seorang yang �laser�. Jika tidak berhati-hati dengan kata-kata, boleh menyebabkan keretakan dalam sesuatu perhubungan.
Perkara yang perlu dipelajari:
1) Perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
2) Cuba menghabiskan sesuatu yang telah anda mulakan.
3) Fikir dahulu sebelum meluahkan sesuatu
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 3:
Anwar Ibrahim (bekas TPM) , Wayne Rooney (bintang bolasepak Manchester United), Christiano Ronaldo (bintang bolasepak Manchester United), Robinho (bintang bolasepak Brazil dan Manchester City), Alan Alda (selebriti Hollywood), Bill Cosby (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 4
Kekuatan:
Individu yang suka belajar, tekun bekerja, mampu bersabar dan sentiasa mempunyai perancangan. Berbakat seni dan selalu berjaya dalam peperiksaan. Seorang yang boleh dipercayai dan mudah menyesuaikan diri dengan masyarakat. Mudah bersimpati dan berkarisma. Peramah, suka mengembara dan memiliki suatu kehidupan yang sentiasa ceria. Mudah bangkit dari sesuatu kegagalan.
Kelemahan:
Tak suka meluahkan perasaan tidak puas hati dalam sesuatu perkara.Suka simpan sendiri, dan terlalu menitik beratkan perkara-perkara remeh sehingga tidak melihat secara keseluruhan sesuatu perkara. Perlu berhati-hati dalam perhubungan dan perkahwinan.
Apa yang perlu dipelajari:
1) Harus belajar lebih fleksibel dan mengambil kira pandangan orang lain
2) Bersikap dan berfikiran lebih terbuka
3) Berterus teranglah dalam sesuatu perkara
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 4:
Bill Gates (individu terkaya di dunia), Alex Ferguson (pengurus Manchester United), Margaret Thatcher (bekas Perdana Menteri Britain), Arnold Schwarzenegger (bekas pelakun, sekarang adalah Gabenor California, Amerika Syarikat), Tina Turner (penyanyi), Paul Hogan (pelakun utama Crocodile Dundee)
Kod Asas : 5
Kekuatan:
Dilahirkan dengan sikap kepimpinan yang kuat. Suka mengambil risiko. Suka mencuba perkara-perkara yang baru. Berkarisma dan boleh memimpin. Kebiasaannya memegang jawatan yang tinggi. Sangat rajin dan sentiasa focus untuk mencapai kejayaan di masa hadapan, jika dia mahu. Seorang yang realistic, tegas, sangat munasabah dan tidak suka berangan-angan. Perlukan kepelbagaian dan sentiasa teruja dalam melakukan sesuatu.
Kelemahan:
Tidak suka disekat dalam membuat sesuatu. Selalunya cerewet dalam isu-isu kecil. Kadangkala beliau memang degil dalam melakukan sesuatu. Mereka juga jarang relaks. Juga, kurang teliti dalam melakukan sesuatu.
Perkara yang patut di ubah:
1) Lebih relaks, tidak cerewet dalam isu-isu kecil
2) Melihat sesuatu dengan teliti
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 5:
Abdullah Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia), Erra Fazira (pelakun popular), Aishwarya Rai (pelakun Bollywood), Bambang Susilo (presiden Indonesia), Soekarno (bekas presiden Indonesia), Ronaldo ( bintang bolasepak Brazil), Abraham Lincoln (bekas presiden USA), Britney Spears (penyanyi di USA)
Kod Asas : 6
Kekuatan:
Ini adalah nombor untuk terus wujud atau hidup. Nombor �6? mengawal harta benda dan kekayaan. Mewakili kesenangan. Sangat bersopan tetapi mempunyai citarasa yang tinggi dalam kehidupan. Nombor �6? akan berjaya dalam karier seperti pendidikan, kerja seni dan keagamaan. Individu ini akan menjadi popular dalam masyarakat. Beliau juga selalu mengambil berat tentang orang-orang bawahan. Suka membantu dan menjaga mereka. Sentiasa jadi pihak pendamai.
Kelemahan:
Seorang yang suka berbangga dan tidak akan mengambil kerja mudah. Tidak mendengar cakap ataupun kata-kata orang lain selain orang atasan. Melakukan sesuatu di sebabkan ada kepentingan diri.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar apakah yang boleh diubah dan apa yang tak boleh diubahnya
2) Buat sesuatu tanpa memikirkan kepentingan diri
3) Kurangkan sifat degil dan memerlukan ketepatan.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 6:
Luis Felipe Scolari (pengurus Chelsea), Rafa Benitez (pengurus Liverpool), Warren Buffett (pakar kewangan dunia), Albert Einstein (kalau tak kenal tak tau la), Jane Seymour (selebriti Hollywood), John Denver(penyanyi lagu-lagu country, USA)
Kod Asas : 7
Kekuatan:
Sangat berkemahiran dan sangat teliti apabila menguruskan sesuatu perkara. Individu ini tidak akan lupa pada sesiapa yang pernah menolongnya. Tersangat menghargai kesyukuran dan berterima kasih. Individu ini penuh dengan ghairah dan cinta. Seorang pemikir dan sukakan kedamaian dan ketenangan. Berkebolehan dalam memutarbelit kata-katanya. Menarik perhatian ramai orang. Suka mengejarkan kemasyhuran dan tuah.
Kelemahan:
Suka berlawan cakap. Mempunyai pemikiran yang suka berubah-ubah. Mudah menukar keputusan. Bukan seorang yang tegas. Sangat suka �berahsia� yang tidak membantu imej anda secara luaran. Orang menganggap anda adalah seorang yang tidak mempunyai perasaan (cold) dan ini menyebabkan anda tidak mudah untuk menjalinkan perhubungan ataupun persahabatan. Anda boleh bertindak kejam jika berada dalam mood yang salah.
Perkara yang harus dipelajari:
1) Belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
2) Jangan hidup dalam dunia sendiri, bercampur dengan dunia luar
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 7:
Dr. Irfan Khairi (pakar Internet Malaysia), Mawi (selebriti popular), Saddam Hussein (bekas presiden Iraq), Cesc Fabregas (bintang bolasepak Arsenal), Frank Lampard (bintang bolasepak Chelsea), John F. Kennedy (bekas presiden USA),
Micheal Jackson (selebriti Hollywood)
Kod Asas : 8
Kekuatan:
Seorang yang aktif dikalangan rakan-rakannya, menjadikannya seorang yang terkenal. Sangat pendiam, konservatif dan pasif. Bertanggungjawab dan sangat bermoral. Seorang yang boleh dipercayai. Biasanya adalah penyelesai masaalah. Tidak akan mempermainkan orang lain.
Kelemahan:
Kadang-kadang kabur dalam apa dilakukannya. Individu ini perlu pintar. Disegi luaran nampak kuat tetapi sebenarnya seorang yang berhati lembut. Sangat berhati-hati dan percaya kepada perspektif diri yang kuat dan ini akan menyebabkan hilang sesuatu peluang. Juga, anda sentiasa tercari-cari dan sibuk melihat-lihat sesuatu, anda kadang-kadang tidak tahu apa yang anda cari sebenarnya. Jadi, berhati-hatilah untuk tidak membuang masa melayan perkaraperkara yang tidak bermanafaat atau tidak berfaedah.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain
2) Jangan buang masa melayan perkara-perkara yang tak berfaedah.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 8:
Steven Gerrard (bintang bolasepak Liverpool), Osama bin Laden (pejuang Islam), Cindy Crawford (supermodel dan selebriti Hollywood), Barbara Streisand (selebriti Hollywood), Jane Fonda (selebriti Hollywood), dan Saya sendiri.
Kod Asas : 9
Kekuatan:
Sangat optimistik dan berfikiran terbuka. Suka nampak cantik. Sangat beradab. Pintar, Peka dan sensitif. Individu ini tahu bila dan bagaimana untuk menyerang dan mempertahankan diri. Bagus dalam memenangi hati orang. Berkebolehan untuk menghibur orang lain. Sebagai �penghibur�, mereka mempunyai daya tarikan dan tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa pun. Melakukan kerja dengan cepat dan berkebolehan dalam kerjanya tetapi bukan dengan terperinci atau khusus. Boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran
Kelemahan:
Individu ini tidak mengambil berat orang bawahan. Seorang yang emosional. Jika tidak berhati-hati, di kemudian hari individu ini tidak mempunyai ramai kawan dan akan kesepian. Memiliki personaliti yang pelbagai sehingga sukar orang sekeliling untuk memahami mereka. Boleh berubah menjadi seorang yang sangat bersemangat, teruja atau menjadi seorang yang depresi ataupun muram. Mudah berputus asa apabila bertemu halangan dalam melaksanakan sesuatu.
Perkara yang harus diperbaiki:
1) Belajar untuk tidak bergantung pada nasib semata-mata
2) Jangan mudah berputus asa bila berdepan dengan halangan
3) Kurangkan sifat emosional
Golongan terkenal yang mempunyai nombor 9:
Megawati Sukarno (bekas Presiden Indonesia), Suharto (bekas Presiden Indonesia), Gisele Bundchen (supermodel), Shirley MacLaine (selebriti Hollywood), Harrison Ford (selebriti Hollywood, Jimmy Carter (bekas Presiden USA), Elvis Presley (selebriti Hollywood-kini arwah)

Sumber :  ichdude.ads4blog.net/rahsia-tarikh-lahir

Saturday, May 12, 2012

BERSIH: MENGURUS FATWA NYANYUK


  1. Sebelum kita membuat korelasi di antara BERSIH dan Nyanyuk, saya mahu pembaca memahami apa itu nyanyuk. Nyanyuk merupakan sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak yang kompleks dan progresif. Nyanyuk bukannya sejenis penyakit berjangkit, namun pengidapnya tidak akan mengakui bahawa dia telah nyanyuk. Sama seperti orang gila. Nyanyuk adalah keadaan di mana daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya sehinggakan pengidapnya akan sentiasa ingin memberi idea dan pendapat sedangkan ketika itu daya fikirannya telah mencapai tahap sifar. 
  2. Nyanyuk dicirikan dengan melemahkan pertuturan, kewarasan, ingatan, pertimbangan, perubahan personaliti dan tingkah laku yang tidak terkawal. Keadaan ini amat membebankan bukan saja kepada si penghidapnya, malah ahli keluarga yang menjaga. Semakin hari, nyanyuk akan menurunkan fungsi memori ini juga menjejaskan fungsi intelektual dan sosial penghidapnya. Biasanya, ahli keluarga hanya datang membawa pesakit berjumpa doktor apabila mereka sudah tidak tahan dengan gejala pesakit.
  3. Hingga kini, punca sebenar penyakit ini tidak diketahui. Tetapi, ia bukanlah disebabkan penuaan. Bagaimanapun, saintis berpendapat, ia dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat.Secara akaliahnya, nyanyuk adalah amaran Allah kepada umatnya supaya segera menjadi manusia biasa. Nyanyuk lebih kepada salah satu nikmat Allah kepada umat manusia supaya kita segera menolak pemimpin yang tergolong dalam kumpulan nyanyuk ini. Maka, Allah perturunkan ciri-ciri nyanyuk kepada mereka.
  4. Nyanyuk adalah penyakit yang sinonim dengan warga tua. Nilai nyanyuk meningkat seiring dengan pertambahan usia. ``Bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun, kata Pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM), Dr. Esther Ebeenezer.
  5. Tanda-tanda awal nyanyuk adalah lupa meletakkan kunci kereta, mengambil baki wang, tidak tahu membeli barang ke kedai, lupa nombor telefon atau dos ubat yang biasa dimakan antara sebahagian gejala ringan. 
    Apabila pesakit lupa mencampurkan gula dalam minuman, garam dalam masakan atau cara-cara membancuh air dikategorikan sebagai peringkat sederhana. 
    Apabila pesakit sudah tidak mampu melakukan perkara asas seperti menguruskan diri sendiri, keliru dengan keadaan persekitaran di rumah, tidak mengenali rakan-rakan atau ahli keluarga terdekat, ia menandakan tahap pesakit di peringkat yang serius.
  6. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menganggarkan lebih satu bilion warga tua yang berusia lebih 60 tahun atau 10 peratus penduduk dunia menghidap nyanyuk. Peningkatan ini, ada kaitannya dengan penduduk dunia yang semakin berusia, jangka hayat wanita meningkat hingga 80 tahun dan 75 tahun bagi lelaki. Selain itu, tahap penjagaan kesihatan yang lebih baik, kadar perkahwinan menurun, perceraian bertambah dan mereka yang berkahwin tetapi tidak ramai anak.
  7. Apa yang menyedihkan, ialah pesakit sendiri tidak memahami apa yang berlaku pada diri mereka dan memerlukan bantuan orang lain. Berita buruknya mengenai nyanyuk ini, ia belum ada penawarnya. Tetapi, gejalanya masih boleh dikawal dengan ubat-ubatan. 
    Ubat-ubatan yang diberi pada peringkat awal, boleh membantu memori pesakit seperti kognitif, aktiviti harian dan tingkah laku.
  8. Kesimpulannya, apabila manusia nyanyuk, manusia itu tidak akan sedar bahawa dia telahn nyanyuk. Seandainya seorang pemimpin menjadi nyanyuk, maka pemimpin itu tidak sedar bahawa dia telah nyanyuk. Malah pemimpin itu akan merasakan yang dia semakin hebat kerana ingatannya pasti akan bertumpu kepada masa-masa kegemilangan dia pemimpin sesebuah parti politik. Masa pada seorang pemimpin yang nyanyuk adalah masa yang dipilih olehnya sendiri, bukan masa sebenar mengikut kelender yang pengikutnya ikuti. 
  9. Bahayanya adalah semua manusia mempunyai kemungkinan untuk nyanyuk. Semakin kita tua, semakin kita menghampiri maut, semakin kita hampir kepada nyanyuk. Maka, apabila kita betul-betul tua, contohnya melepasi 80an atau menghampiri 90an, sahlah kita telah nyanyuk. Pasti, kita yang nyanyuk ini tidak tahu dan tidak sedar yang kita telah nyanyuk. Kalau kita pemimpin, yang akan sedar dahulu adalah lawan kita. Kemudian, keluarga kita. Pengikut dan pembodek, tidak akan sedar kerana golongan ini sebenarnya telah nyanyuk kuasa politik.
  10. Saya tidak katakan siapa yang nyanyuk dan si nyanyuk mana yang keluarkan petua nyanyuk tentang BERSIH. Tetapi bila yang berkata itu telah terlalu tua, nilai semula kata-katanya. Kalau setiap katanya nampak songsang....dialah si nyanyuk itu. Justeru jangan percaya fatwa dari pemimpin itu. Dia yang nyanyuk, kita belum lagi. Jangan jadi nyanyuk sebelum ditentukan olahNya. ADIOS.

Thursday, May 10, 2012

BERSIH : APA PERLUNYA SIRI 4.0


  1. Saya percaya pembaca semua mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai BERSIH. Pembaca semua sebenarnya terbahagi kepada dua golongan. Satu sentiasa menyokong. Manakala satu kumpulan lagi akan menentang.
  2. BERSIH mengutarakan 8 tuntutan. Justeru, BERSIH telah mengadakan 3 siri demonstrasi untuk menyatakan betapa seriusnya kumpulan ini ke arah membentuk satu bentuk pilihanraya yang telus. Kononnya. Mereka gambarkan kekuatan melalui sokongan khalayak yang turun ke jalanraya.
  3. Siri ke-3, merupakan siri yang paling sadis. Amukan dan keganasan menjadi sebahagian daripada agenda BERSIH. Kemudian apa? Membunuh! Membakar balai polis? Menghina sesama bangsa. Mengutuk rakan satu agama? Sedang orang lain gelak ketawa lihat kebodohan kita.
  4. Sehingga tamat siri 3, satupun daripada 8 tuntutan tidak menampakkan sebarang perubahan. Apa ertinya itu? Bayangkan berapa banyak masa yang peserta perlu buang untuk merancang dan terlibat aktif dalam BERSIH. Kesannya, tuntutan tinggal tuntutan. Bukankah tuntutan itu sebenarnya tidak relevan?
  5. Saya berpendapat 8 tuntutan BERSIH hanya merupakan retorik politik. Isu yang boleh menaikkan kemarahan penyokong terhadap kerajaan. Sedang isu tersebut sebenarnya tidak pernah wujud.
  6. Fikir begini. Apakah kerajaan Malaysia begitu kejam sehingga terus membiarkan rakyat mengamuk dan menggila di jalan-jalan raya untuk menghapuskan tuntutan. Pasti tidak bukan! Yang sebenarnya, tuntutan tersebut yang tidak lagi revelan di Malaysia.
  7. Banyak peserta BERSIH yang terang-terang mengutuk UMNO sebagai penyumbang pilihanraya yang tidak bersih. Itu juga retorik politik pembangkang. Mana mungkin, semakin tidak bersih, semakin banyak kerusi BN hilang. Atau mungkin, bila pilihanraya menjadi semakin kotor, maka pembangkang akan menang. Itu menunjukkan pembangkanglah yang menyumbang kepada pilihanraya yang kotor.
  8. Kalau kita berfikir, UMNO tidak pernah menang sebarang kerusi dalam pilihanraya sejak 1955 lagi. Sebabnya UMNO tidak pernah bertanding dalam pilihanraya. Yang bertanding adalah Perikatan dan BN. Mengapa UMNO sentiasa disalahkan????
  9. Jika anda pengundi Melayu anda tanya dua soalan kepada calon pembangkang. Pertama, jika pembangkang menang, siapa yang akan menjadi Menteri Besar? Kedua, jika pembangkang kalah, siapa yang akan menjadi ketua pembangkang di Dewan Undangan Negeri? Di NS, Melaka, Johor, Perlis, Pahang, Terengganu, Sabah, Sarawak, Perak...siapa Ketua Pembangkang? Bukankah ketua pembangkang nanti yang akan menjadi Menteri Besar/Ketua Menteri. 
  10. Jadi saya merasakan sudah sampai masanya rakyat Malaysia memboikot BERSIH. Kita kena percaya perjuangan BERSIH hanyalah manipulasi pembangkang yang mahu menggulingkan Melayu dari terus menerajui Malaysia. Jangan sia-siakan masa anda semata-mata untuk membunuh bangsa sendiri. ADIOS.

Friday, May 4, 2012

BERSIH: MENGURUS DEMONSTARASI GANAS


  1. Apakah demonstrasi merupakah kaedah terbaik dalam mengemukakan sesuatu tuntutan? Sehingga kini, rekod menunjukkan keberkesanan demonstrasi dalam mengemukakan tuntutan berada di bawah tahap 10%. Selebihnya, demonstrasi hanya menjadi alat kepada golongan yang berkepentingan untuk memperjuangan perjuangan mereka yang kurang jelas.
  2. Kita lihat bagaimana Saddam jatuh melalui demonstrasi di Iraq. Perjuangan tersebut sebanarnya didalangi oleh USA untuk menakluki minyak di Iraq dan seterusnya mengawal pasaran minyal dunia. Hasilnya Saddam tumbang. Tapi, apa yang rakyat Iraq dapat? Kelukaan dan penderitaan yang semakin bertambah.
  3. Di Libya pula, Gadaffi digulingkan oleh satu gerakan yang juga ditaja. Tumbang kerajaan Islam yang paling berkebajikan dan paling berkuasa di dunia. Begitu gembira para demonstrator. Gembira kerana mereka fikir mereka telah menang. Namun, hakikat yang berlaku sebaliknya. Rakyat Libya semakin menderita, hilang segala bentuk kebajikan yang diterima dan semakin ketinggalan jauh dari segi ekonomi.
  4. Contoh terakhir adalah China. Peristiwa berdarah medah Tiennamen. Ramai pendemonstrasi dibunuh bagaikan nyawa mereka tidak berharga. Kesannya, China semakin menjadi kuasa ekonomi penting dunia. Produk China, semakin menaluki pasaran dunia.
  5. Sebenarnya demonstrasi akan menyebabkan ekonomi lumpuh melalui pembentukan suasana hura-hara dalam negara. Lama kelamaan demonstrasi akan menjadi budaya negara. Setiap tuntutan akan diikuti dengan demonstrasi secara besar-besaran. 
  6. Para penganjur demonstrasi sebenarnya memang berniat untuk menimbulkan huru-hara untuk menunjukkan kekuatan mereka melalui pengaruh yang berjaya dibangkitkan semasa demonstrasi. Saya mahu anda fikir begini...Mana lebih sukar, untuk mengajak orang membuat baik, atau untuk mengajak orang membuat onar? Maka, pengaruh penganjur demonstrasi sebenarnya bersifat sementara atau lebih dikenali sebagai sentimen.
  7. Demonstrasi sebenarnya perlu diurus dengan bijak oleh kerajaan. Kerajaan sebenarnya tidak perlu takut dengan demonstrasi. Lambat laun, rakyat akan tahu bahawa demonstrasi adalah perbuatan yang MAHA SIA-SIA. Benarkan sahaja. Cuma, kerajaan perlu meletakkan syarat-syaratnya.
  8. Saya cadangkan, Penganjur BERSIH perlu membayar bon jaminan yang nilainya 10 kali ganda dengan kos yang diperlukan oleh kerajaan untuk mengurus demonstrasi dan dicampur dengan 10 kali ganda dengan nilai kos kemusnahan yang diakibatkan oleh demonstrasi yang dianjurkan sebelum ini. Katakan akan wujud BERSIH4.0, maka segala kos kerosakan dalam BERSIH3.0 dikira, kos pengurusan kerajaan dalam BERSIH3.0 dikira. Jika digandakan sepuluh kali, maka nilai bon jaminan BERSIH4.0 akan bernilai hampir RM50 juta. Jika selepas penganjuran, berlaku keadaan yang sama, maka bon ini akan dirampas.
  9. BERSIH adalah NGO. Maka, syarat kedua adalah tidak boleh ada pemimpin dari mana-mana parti politik menyertai demonstrasi. Nilai setiap pemimpin politik juga hendaklah dibonkan oleh kerajaan. Semakin tinggi pangkat seorang pemimpin itu, maka semakin tinggi nilai yang perlu dibonkan. Ini perlu kerana pengaruh pemimpin kadangkala mampu membuat keadaan menjadi huru-hara.
  10. Kegagalan penganjur membayar bon jaminan, akan menyebabkan kerajaan menggunakan kuasanya untuk membatalkan perhimpunan tersebut. Sekiranya penganjur masih lagi berdegil, maka saya cadangkan kerajaan perlu mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya. Ini beerti, semakin banyak demonstrasi, semakin tinggi hasil yang akan dipungut oleh kerajaan. Maka, demonstrasi akan menjadi cabang penyumbang ekonomi negara. Hahahahah. ADIOS