Search This Blog

Saturday, December 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT 2012


Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada:

  1. Pembaca setia blog ini yang sentiasa menyokong perkembangan blog yang serba kekurangan ini. Semoga sokongan anda akan berterusan.
  2. Pembaca setia Siri Journal Cinta Kedua terutama yang sudi memberi komen-komen kepada perkembangan cerita tersebut. Saya mohon maaf disebabkan kesibukkan hujung tahun, episod seterusnya sedikit tertangguh. Harap pembaca semua bersabar.
  3. Kepada Isteri, Anak-anak, Adik, Kakak, Anak buah dan seluruh kaum keluarga yang mengenali drzainal, semoga tahun ini ikatan kekeluargaan kita semakin kukuh.
  4. Kepada staf-staf saya di pejabat yang sentiasa memberi sokongan dan komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan semua task yang diberikan sepanjang 2011.
  5. Kepada Dr. Ridzwan Bakar dan Rashidah yang banyak membantu saya menyelesaikan Ijazah Kedoktoran. Jasa kalian berdua moga digandakan Allah di akhirat nanti.
  6. Kepada rakan-rakan kelas Ijazah Kedoktoran semoga bersabar menamatkan tesis anda. Ingat, kesabaran adalah kunci segalanya. Sekiranya perlukan bantuan, saya sentiasa sudi membantu anda.
  7. Kepada N9 Futbol....jom kita sokong dan panaskan stadium Paroi 2012. Kita gegar semua stadium lawan dengan Hoben Jang Hoben.
  8. Kepada Azira......Moga Cinta Fantasi Menjadi Realiti. Jika benar ada Azira....Pembaca akan tahu juga!!!!!!!!
  9. ADION

Wednesday, December 28, 2011

Journal Cinta Kedua - Episod 9


Sampai sahaja di tempat yang dijanjikan aku nampak Azira memakai jeans dan T-shirt. Itulah kali pertama aku melihat Azira berpakaian sebegitu. Aku hon. Aku mahu Azira tahu aku sudah sampai. Aku lihat Azira bangun. Bergerak. Dan datang ke arah keretaku. Aku memberhentikan keretaku. Azira terus buka pintu dan masuk. Aku jadi hairan. Amat jarang sekali aku membiarkan wanita masuk ke dalam keretaku tanpa aku buka pintu kereta. Walaupun aku sedar seandainya wanita itu wanita Melayu, mereka pasti segera membuka sendiri pintu kereta.
                Aku diam. Azira juga diam. Aku terus memecut. Aku sendiri tidak pasti ke mana. Azira juga diam. Dia tunduk dan hanya memandang ke lantai keretaku. Aku jadi hairan, apakah ada yang tidak kena dengan aku. Atau Azira. Atau keretaku. Atau suaminya. Atau apa sahaja.
                “Angel, U dah makan?” Aku mula bicara walau aku rasa itu satu soalan yang bodoh. Azira diam. Dia memandang padaku. Aku sedang memandu, mana mungkin aku balas kembali pandangan itu.Jika aku membalas pandangannya, maka aku akan menjadi bertambah bodoh.
                “Kita nak pergi mana ni?” Aku bertanya lagi.
                “Mana-mana pun boleh.” Azira jawab. Aku paling tidak suka jawapan mana-mana. Jawapan sebegitu akan membuatkan aku terpaksa membuat keputusan dalam masa yang singkat. Dan aku amat tahu, dalam masa yang singkat, keputusan yang bakal dibuat pasti tidak tepat.
                “Kedai mamak boleh.” Itu aku bukan tanya sebenarnya, tapi aku mengemukakan cadangan muktamad. Aku juga belum bersarapan. Aku juga paling gemar bersarapan di kedai mamak pada hujung minggu.
                “Angel…what is the important matter?” Aku tanya. Azira memandang aku. Dia senyum. Senyuman yang amat manis. Senyuman itulah yang membuatkan aku semakin rindu. Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan manisnya senyuman tersebut. Aku juga perasan, ada satu jerawat di bawah bibir kiri Azira. Dengan jerawat itu, Azira jadi bertambah manis.
                “Tak adalah penting sangat.” Jawab Azira. Aku terus mendengar.
                “I marah dengan diri I. U sentiasa ada dalam otak I. I cukup benci bila jadi begini. Tadi ketika I mandikan anak I pun I ingatkan U.” Jawab Azira. Aku langsung tak faham. Apa yang Azira cuba katakan menjadi persoalan yang amat sukar padaku.
                “I rindu U. I benci U. Benci dan rindu itu datang silih berganti.” Tambah Azira.
                “So…” Itu sahaja yang aku mampu tanya. So. Hanya So.Tapi hati aku gembira. Aku juga rindu pada Azira. Alangkah bodohnya jika aku hanya yang merindu sedang Azira tidak tahu. Bila kami sama-sama merindu....hati aku berbunga kembali.
                “Kadang-kadang I rasa I nak U mati. U pada I adalah orang yang merampas kebahagiaan I dengan suami I dan anak-anak I.” Tambah Azira. Aku sedikitpun tidak terkejut. Mati pada aku adalah perkara biasa. Orang yang hebat tidak akan mati secara total. Tuah, Jebat, Tunku, Ngah Ibrahim, semua dah mati tapi masih disebut hingga kini.Sedangkan ada yang masih hidup, masih bernyawa...dah nampak macam dah mati. Jadi pada aku, mati hanya satu permulaan ke dunia lain. 
                Aku tahu aku adalah lelaki tak berguna. Tetapi, bagaimana sekalipun aku tidak berguna, aku tidak akan menjadi perampas isteri orang. Aku sanggup tunggu. Sampai bila-bila. Kalau bukan dengan Azira, aku tidak akan jatuh cinta lagi. Cukuplah dua kali….begitu menyiksakan.Jika Azira masih menjadi isteri orang...aku tunggu, tunggu, tunggu, dan tunggu serta tunggu. Kalau ditanya sampai bila...aku akan jawab sampai bila-bila.
                “Macamana U nak buat I mati?” Aku tanya Azira secara berseloroh.Kadang-kadang lawak bodoh mampu mengubah suasana. Malah orang yang selalu buat lawak bodoh, adalah orang yang amat bijak. Orang bodoh jika buat lawak....pasti kita rasa macam nak ludah.
                “Racun, pisau….ilmu hitam.” Aku beri cadangan. Azira diam. Diam. Aku tunggu. Azira diam. Aku tunggu lagi. Azira diam lagi.Nampak macam lawak bodoh aku tak menjadi kali ini,
                “I tak nak U mati…I hanya nak U mati dalam jiwa dan fikiran I.” Jawab Azira. Aku tahu, lama Azira mencari kata-kata untuk membentuk ayat tersebut.Kalau Azira nak aku mati dalam jiwanya...aku tak tahu bagaimana....aku sendiri pun sentiasa mahu singgah dalam jiwa dan rasa Azira.

Kami bersarapan. Bercakap kembali. Aku keliru. Azira keliru. Kami terus keliru. Dan terus keliru. Akhirnya kami habiskan dua jam bersama. Aku hantar Azira ke tempat aku ambil Azira tadi dan terus memecut kereta untuk berjumpa isteriku. Aku tiba, bila cerita yang isteri dan anak-anakku tonton telah separuh berlaku.
                “Semuanya ok?” tanya isteriku. Aku diam. Aku meletakkan tangan atas bahu isteriku. Kupicit bahu kanannya dan kucium pipi kirinya.

Sunday, December 25, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 8

01 Disember 2010
Aku sesungguhnya amat keliru. Selalunya bila hari minggu aku akan bangun awal pagi. Selepas solat subuh aku akan kedai mamak. Bersarapan bersama rakan-rakan golfku. Kemudian aku akan bermain golf hingga petang. Ahad, aku ulang semula rutin golfku. Kadang-kadang isteriku merajuk kerana aku terlalu taksub dengan golf. Mungkin isteriku rasa dia telahpun dimadukan. Dimadukan dengan hobiku…golf.
Semenjak Azira hadir dalam hidupku, aku mula melupakan golf. Set golf yang amat aku sayangi menjadi kaku di dalam stor. Hari minggu aku mahu habiskan bersama anak-anak dan isteriku.
“Kita tengok wayang nak esok?” Ajak isteriku manja.
“Cerita apa?” Aku bertanya. Memang bila aku tidak ada mood untuk main golf aku akan membawa isteriku menonton wayang. Kemudian ke kedai buku. Makan dan main bowling. Bila malam kami akan pulang ke rumah. Bila di rumah, masing-masing akan membaca buku yang dibeli pada siangnya. Kecuali aku, aku akan mengelamun merindui Azira seorang diri.
“Kita pergi awal pagi, kita tengok jer cerita apapun.” Cadang isteriku yang amat cute itu sambil tangannya diletakkan di atas tanganku. Terus aku genggam tangan itu.
“Esok pagi jam 9 siap tau. Bagitau budak-budak.” Memang begitu selalu aku membuat keputusan. Isteriku suka menonton cerita yang banyak dialog. Aku suka menonton cerita yang banyak aksi. Begitu juga anak-anakku. Kami semua lelaki, hanya isteriku satu-satunya wanita dalam keluarga ini. Namun bila memilih cerita kami semua akan layan minat isteriku.
Pagi-pagi esok seperti masa yang dijanjikan semuanya siap sedia. Aku selalu membawa kereta klasikku ketika hujung minggu. Aku tak mahu kereta itu rosak tanpa digunakan. Berpuluh ribu aku berhabis untuk kereta itu. Bila aku hidupkan kerata, tiba-tiba telefonku berbunyi. Semua diam. Aku segera melihatnya. Ada SMS. Pastinya dari Azira.
“U..boleh jumpa…I have important matter with U.” Tulis Azira ringkas.
“Bila and di mana?” Aku balas.
“Where are U?” Jawab Azira pantas.
“Home with my wife and kids.” Aku jawab. Juga pantas.
“In our place…..can U arrive in 1 hour?” Pinta Azira.
“I’ll try my best…” Aku jawab. Aku pandang isteriku. Isteriku pandang aku. Aku tahu gerak hati isteriku pasti tahu apa terjadi.
“Cute, can U go to the movie without me?” Aku tanya atau aku pinta kepada isteriku. Aku sendiripun tidak pasti.
“Azira SMS U ke?” Tanya isteriku semula. Riak wajahnya sikitpun tidak berubah. Anak-anakku memandang aku dengan seribu tanda tanya. Hanya anak keduaku yang kelihatan seperti tidak ambil peduli.
“Sorry….I will be in the cinema soon. Try to get noon show.” Aku berkata. Isteriku terus keluar dari kereta. Datang ke sebelah tempat dudukku. Menghulurkan tangannya. Aku sambut. Isteriku bersalaman denganku. Kemudian dia mencium tanganku. Tanpa sebarang kata, hanya dengan pandangan, aku tahu isteriku merelakannya. Atau isteriku sembunyi satu rasa yang dia sendiri tidak pasti.
“Cepat salam abah….jom naik kereta mama.” Arah isteriku kepada anak-anakku. Aku terpaku. Aku pinta isteriku bergerak dahulu. Bila isteri dan anak-anakku tidak lagi di ekor mataku, aku juga bergerak. Aku terus berlalu ke tempat yang dijanjikan. Makin lama aku memandu makin laju. Aku seperti mahu segera tahu apa sebenarnya yang berlaku pada Azira.

Bersambung…..

Friday, December 23, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 7

30 November 2010
Dari surat yang Azira kirimkan aku tahu Azira amat merinduiku. Aku juga tahu Azira juga tidak mengundang cinta kedua. Namun cinta datang juga. Seperti ombak yang sering membadai pantai tanpa pernah diundang. Begitulah yang terjadi kepada kami berdua. Kami adalah pantai yang dibadai ombak. Ombak yang tidak mampu kami tolak. Sekalipun kami amat benci pada ombak, bila ombak membadai, kesannya akan kami rasa jua. Detik demi detik hubungan kami semakin intim. Biarpun hubungan itu tanpa sebarang sentuhan, namun jalinan perasaan yang wujud dalam dua jiwa ini tidak mampu dihuraikan lagi. Dalam kekeliruan , aku dan Azira amat sukar untuk membuat keputusan.
Kemudian, aku terima email dari Azira. Email Azira berbunyi begini.
“Selepas I fikir tentang U, I menjadi keliru... I sedar I dah buat keputusan... keputusan yang I rasakan terbaik bagi seorang insan... tapi kenapa I tak boleh berhenti merindui U walaupun I dah sedia maklum kesannya.”

Email itu panjang. Azira menyambung dalam tulisannya.

“ Pagi tadi, entah dari mana datang kekuatan, I bagi tau pada hubby... yang I sedang dilanda masalah besar.. tapi I tak tahu nak mulakan dari mana...hubby diam... I tanya, 'perlu tak kita kongsi semua masalah?' dia jawab, 'jika berkongsi lebih memudaratkan, maka tak perlu dikongsi...' I tambah, 'meskipun dengan suami isteri?' dia jawab, 'masalah memang perlu dikongsi, tapi pilihlah orang dengan teliti... silap memilih, akan lebih merumitkan...' I dapat rasakan yang dia dah lama dapat mengesan.... so I tanya, 'u yakin dengan kemampuan I untuk selesaikan masalah I sendiri?' dia diam, cuma senyum.... hati I jadi resah.... dia meletak sepenuh kepercayaan pada I... in fact, dia seperti tidak bersedia untuk mendengarnya sendiri... mungkin terlalu pahit untuk ditelan, maka lebih baik diketepikan.... akhirnya I berkata, 'I sedang berusaha selesaikan masalah ini... jika perlu, I akan ambil tindakan drastik... hanya kepada Allah I memohon pertolongan' dia tidak jawab apa-apa... seperti tidak mahu berbincang lanjut mengenainya...”

Aku faham apa yang Azira rasa. Aku juga rasa begitu. Bila Azira tulis…

“I sedar I dah tak mampu berlakon seperti tidak ada apa-apa di hadapan dia... tindak tanduk I sering jadi kalut... jadi resah tidak bertempat... kadang kala I jadi terlebih rajin... untuk menyibukkan diri dengan harapan boleh lari sebentar dari kemelut hati... tapi ternyata I lemah.... setiap apa yang I lakukan, masalah ini tetap menghantui.... hatta tatkala menguruskan anak-nak pun I terbayang, apakah yang bakal terjadi pada masa depan mereka? Masih di rumah inikah mereka akan membesar? Di dapur inikah I akan terus menyediakan makanan mereka? Di bilik tidur inikah kami akan berpelukan bersama-sama hingga ke pagi.... sakit.... sakit sekali hati I bila memikirkannya... hati I sakit kerana I tidak sekuat yang disangka... hati I sakit kerana mudah sekali I dihanyutkan rasa... tapi I rela dan semoga I redha.... I lebih suka hati I yang sakit, daripada I menyakiti hati suami dan anak-anak.... saban hari I menelan kesakitan ini... mungkin inilah ubat yang berguna di kemudian hari...”

Aku terus menjawab email tersebut. Aku katakan begini.


“Angel, kau boleh terus mencuba untuk melupakan I. Percayalah, atas rasa cinta ini, I sebenarnya tidak pernah berniat untuk menyakitkan orang yang U sayang. I tak inta U berpisah dengan suamimu. I tidak akan memisahkan suamimu dengan anak-anak U. I hanya akan menjadi penunggu yang setia. I hanya akan tunggu U. Jika ditakdirkan kita bersama, I akan mengisi segala ruang kosong dalam hidupmu. I mohon padaNya untuk beri petunjuk. Saban malam I buat sembahyang Istiharah. I berdoa. Doa yang berbunyi begini..."Ya Allah aku memohon petunjuk darimu. Seandainya ada kebaikkan dalam hubungan aku dengan Azira, kau berkatilah hubungan ini, seandainya tiada, kau lepaskanlah siksa rindu antara kami berdua. Berikanlah petunjukmu, sesungguhnya Kau maha mengetahui segalanya." I akan terus buat sehingga Allah beri petunjuk atau setelah Allah melepaskan rindu antara kita.”

Dari rasa cinta ini, aku dapat rasa kesyahduan dalam tiap kali solatku.

Bersambung....

Wednesday, December 21, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 6

18 November 2010
Lepas waktu pejabat dua hari lalu aku dan Azira kembali mencari masa untuk bersama. Kami mula bicara soal hati. Kalau bukan kerana imanku, pasti aku dan Azira telah melakukan sesuatu yang dahsyat. Namun pada aku, sehebat manapun cintaku pada Azira tidak mungkin dapat mengatasi cintaku pada agamaku. Sekuat mana pun undang-undang mengawal diriku tidak akan lebih hebat daripada imanku mengawal diriku.
Hari itu dari suasana yang gembira, Azira tiba-tiba sebab. Puncanya mudah. Bila Azira tanya apakah aku betul-betul serius mahu mengambilnya sebagai isteri. Aku memang yakin, aku seolah nampak, Azira akan menjadi isteriku pada 21.12.2011. Aku cakap tarikh itu. Azira jadi terpaku. Kemudian dia diam…perlahan air matanya mengalir.
“Kenapa U nangis?” Aku bertanya. Apakah aku melukakan hatinya.
“I rasa sangat bersalah pada suami I, anak-anak I dan semua orang yang I sayang selama ini.” Jawab Azira perlahan.
“Tiba-tiba I teringat mimpi ibu mertua I ketika dia di Mekah.” Azira sambung dengan perlahan. Aku diam. Aku perhatikan wajah ayu yang sedang menangis di depanku. Aku juga rasa bersalah. Tapi aku sendiri tidak tahu, rasa bersalah itu untuk siapa.
“ Ibu mertua I pernah mimpi I tinggalkan suami dan anak-anak I di Mekah.” Azira bersuara antara berbisik. Tapi aku jelas mendengarnya. Mungkin kerana aku memandang tepat ke gerak bibirnya.
“Now, I can relate that dream after I meet U.” Azira teruskan kerisauannya.
Aku hanya diam. Tak kan aku nak peluk dia untuk tenangkan dia. Itu bukan aku. Aku diam kerana aku berfikir. Aku berfikir apa yang hendak aku katakan.
“Jangan risau Azira, I tak akan buat U tinggalkan suami U. Apalagi anak-anak U. Tapi andainya jodoh U dengan dia tiada, I akan segera ambil U sebagai isteri I. Selebihnya I hanya mampu tunggu” Aku cakap selari dengan jiwa dan hati aku cakap.
Kemudian kami sama-sama diam. Aku hantar Azira ke keretanya. Sampai di keretanya Azira masih diam. Aku juga diam. Kamudian Azira berlalu. Aku memandu pulang ke rumahku. Baru masuk ke lebuhraya Azira hantar SMS ke telefonku. SMS Azira berbunyi begini.
“I dan buat keputusan. I tak akan tinggalkan husband and anak-anak I. I rela korbankan perasaan I demi suami dan anak-anak I. Kalau U betul-betul sayangkan I, betul-betul cintakan I, support I dan bantu I untuk jadi kuat menghadapi semua ini.”
Aku hanya jawab ringkas…. “I follow.” Kemudian aku terus memandu dengan rasa yang amat berkecamuk.
Malam itu bila rindu aku memuncak pada Azira aku terus SMS. Lapan kali aku SMS. Tidak satu pun SMS aku dibalas oleh Azira. Aku jadi amat sukar untuk terlena. Isteriku pula nyenak tidur disebelahku. Kadang-kadang dia berpusing kepadaku dan terus memeluk aku sekuatnya. Aku pun terus terlena dalam dua pelukan. Pelukan hangat isteriku dan pelukan rindu syahdu pada Azira.
Paginya ketika aku ke pejabat Azira serahkan satu surat. Kandungan surat Azira berbunyi:
“First of all, U jangan la ketawakan I kerana memilih cara yang konservatif untuk menyuarakan isi hati….tapi hati I memilih jalan ini…U pun mesti dah lama tak dapat surat cinta kan? So nikmatilah surat cinta di era millennium ini….” Kemudian Azira menulis di perenggan kedua.
“Sebenarnya I Cuma nak kongsi perspektif apa yang berlaku kepada kita…secara jujur I mengaku sebelum U hadir dalam hidup I, I rasa hidup I begitu ideal dan sempurna…I bangga dengan apa yang I ada, husband, anak-anak, dan segalannya….I sentiasa bersyukur. Tapi mungkin lumrah alam….ini mungkin ujian untuk menilai tahap sebenar keimanan I…..baru I tahu rupanya iman I masih rapuh.”
Di perenggan berikutnya Azira menulis…
“Di saat U hadir dalam hidup I, tiba-tiba kesempurnaan yang I rasakan selama ini tidak lagi menjadi sempurna. I tak sangka cinta boleh lagi hadir di saat I menjadi isteri orang. Mulanya I cuba melawan perasaan I, I lawan sepenuh hati….rupanya semakin I lawan I semakin rindu pada U. I mengaku I memang telah jatuh hati kepada U. I tak kisah untuk menjadi isteri U walaupun isteri kedua. Tapi bila I sedar, I sebenarnya tak boleh menjadi isteri U, I buntu…dan buntu.”
Surat itu amat panjang. Namun perenggan terakhir yang Azira tulis membuatkan aku rasakan yang aku bukanlah seorang lelaki tidak berguna. Azira tulis begini…..
“U nak tau kenapa I terpikat? U adalah satu-satunya lelaki yang hanya bicara soal cinta, hati dan perasaan tanpa menyulam nafsu. Malah I kagum, U yang nampak macam manusia paling jahat yang pernah I kenal, rupanya jauh mulia memelihara iman U. Kerana itu I keliru. I seperti mahu kedua-duanya. I mahu U. I juga mahu suami I. Tolong I….” Di situ Azira berhenti.
Aku jawab melalui SMS…”If U need me U know how to find me….” Kami sebaliknya menjadi semakin rapat. Jiwa dan perasaan kami sebenarnya telah menjadi satu. Jasadnya kami terpisah, tapi jiwa dan kami adalah satu.

30 November 2010

Bersambung.........

Monday, December 19, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 5

20 November 2010

Bila aku pulang ke rumah hari itu aku rasa isteriku mula merasakan perubahan pada diriku. Walau aku sendiri berasa betapa aku berubah. Pada aku perkara lain semuanya sama. Kecuali, dalam jiwa dan perasaan aku telah ada dua wanita. Azira dan isteriku. Kedua-duanya saling mencarik-carik rasa rindu dalam jiwa ini.
Aku rasa mungkin gerak hati wanita. Isteriku adalah satu-satunya wanita yang telah bertahta dalam hatiku selama 20 tahun sebelum Azira turut sama-sama berada dalam sanubariku. Bila aku imbas kembali, amat besar rintangan untuk aku menyunting wanita ini sebagai suri hatiku. Selama ini bukan tidak ada wanita lain yang rapat denganku, cuma aku kadang-kadang merasakan tiada bezanya antara mereka dengan rakan-rakan lelakiku. Isteriku cukup faham pandangan aku terhadap wanita.
Isteriku sebenarnya tidak begitu jauh berbeza dengan Azira. Wajahnya ayu. Badannya kecil molek. Kulitnya juga hitam manis. Hidungnya sederhana mancung. Bibirnya mulus dan kecil. Badannya kecil molek. Malah sehingga kini, isteriku masih tidak berubah. Masih kekal potongan badannya dengan beratnya kekal pada 45kg. Malah dalam keluargaku kini, isteriku kekal sebagai manusia yang paling comel. Sehingga kini aku memanggil isteriku Cute.
Aku masih ingat bagaimana aku terpikat dengan isteriku. Ketika itu aku menunggang berseorangan. Bila aku cuba memotong sebuah kereta, tiba-tiba kereta itu membelok ke kanan. Bila aku sedar, ada seorang wanita menemani aku di wad otopedik. Aku kurang faham apa yang dikatakan wanita itu.
Empat hari kemudian, wanita itu masih datang melawat aku di wad yang sama. Dari situ kami mula rapat. Kemudian aku tahu wanita itulah yang menyebabkan aku masuk wad. Kali pertama aku mengajak wanita itu keluar bersama dia hanya diam. Selang beberapa saat, dia hulurkan sesuatu. Kad jemputan perkahwinannya yang akan berlangsung dua minggu lagi. Aku rasa seperti kepala aku dilanggar sebuah lori besar. Namanya tertera. Dia anak Dato’ dan bakal suaminya juga anak Dato’. Dan aku……aku mungkin Dato’ 25 tahun akan datang.
Aku tak peduli bila aku sudah suka, aku akan terus mencuba. Aku cuba dan terus mencuba. Sama dengan Azira, isteriku turut menangis apabila dia terkeliru dengan jiwanya sendiri. Untuk memilih, antara aku yang tidak diketahui asal usul, atau tunangannya dari keluarga yang hebat. Aku tidak pernah memaksa. Aku hanya berbicara tentang perasaanku terhadapnya tanpa mengharapkan balasan darinya.
Aku ingat ketika aku minta rombongan keluargaku melamarnya di saat keluarganya membuat persediaan perkahwinan untuknya. Ayahku dengan berani membuat lamaran. Akibatnya, lamaran aku ditolak mentah-mentah. Isteriku, malam itu datang ke rumahku. Dia jadi amat keliru. Malah aku juga keliru. Dalam kekeliruan itulah sebenarnya jodoh kami bertemu. Aku amat yakin, aku mampu melihat masa depanku. Bila aku melihat bakal isteriku, aku selalu yakin Tuhan akan bersama aku. Membantu aku dengan satu cara yang penuh misteri.
Dari semua kepayahan itu, isteriku telah masak dengan sikapku. Kalau aku mahu sesuatu, aku akan mendapatkannya dengan apa cara sekalipun. Hanya ada dua kuasa yang boleh menghalang aku, Allah dan keimananku sendiri. Aku tak mungkin menerima pendapat orang lain. 20 tahun kami berkongsi segalanya, dia amat faham mengenai aku, suaminya.
“U ada perempuan lain ke?” Tanya isteriku. Aku memandang isteriku. Aku senyum.
“Azira kan nama dia.” Isteriku menambah. Aku masih diam.
“U check handphone I ke?” Aku bertanya. Aku sengaja membiarkan semua SMS aku dan Azira di dalam telefonku. Biar isteriku periksa. Kemudian aku akan jelaskan.
“U nak kahwin dengan dia ke?” Tanya isteriku lagi.
“I nak, tapi bukan sekarang.” Aku jawab selamba.
“U tak marah ke?” Aku bertanya isteriku.
“I kenal U, kalau U nak tak siapa boleh halang. Malah kalau Azira tu isteri orang pun U boleh ambil. I kenal sangat suami I ni.” Terus isteriku member jawapan begitu sambil mencubit paha kiriku..
“Kenapa U cakap macamtu?” Aku bertanya.
“I tahu U, kalau U tak bersedia, U tak akan buat. Bila U ready U akan carry on. Emak U, abah U pun tak boleh halang....inikan pula I” Tambah isteriku.
“Lagipun I tahu U tak akan tinggalkan I.” Tambah isteriku.
Aku memandang isteriku. Aku tahu isteriku ini amat mengenaliku. Pengalaman lalu yang kami tempuhi bersama telah menyebabkan kami jadi hampir sama. Sama-sama mengenali antara satu sama lain lebih daripada mengenali diri sendiri. Aku sebenarnya amat sayang dan cinta pada isteriku. Tapi dalam masa yang sama aku juga amat sayang dan cinta pada Azira. Cinta dan sayang aku pada Azira tidak menyebabkan aku rasa bersalah pada isteriku. Pada aku cinta dan sayang aku pada isteriku tidak pernah berkurang dengan kehadiran Azira. Atau mungkin kerana aku telah bersedia. Bersedia untuk berlaku adil dalam perkahwinan. Dan aku yakin, bila aku yakin yang aku mampu berlaku adil…..aku sebenarnya telah bersedia untuk mengambil Azira sebagai isteriku. Halangan….Azira masih isteri orang.
Hari ini, aku bukan sahaja rindu yang amat pada Azira, tapi aku juga rindu pada isteriku yang sebenarnya ada depan mataku. Atau mungkin hanya dengan mendapat kedua-duanya akan mengubat rasa rindu yang lara ini. Apakah aku amat tamak dalam mengejar cinta? Tapi sebenarnya cinta itu yang enggan meninggalkan aku. Aku amat bersalah jika aku.......aku buntu.....

18 November 2010

Bersambung

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 4

17 November 2010
Hari ini adalah hari paling bertuah dalam hidupku. Azira tiba-tiba mengajak aku keluar makan tengahari. Hanya aku dan dia. Tiada Ain. Tiada siapa-siapa. Yang ada hanya aku dan dia. Aku terus bersetuju. Lambat pula rasanya menunggu waktu rehat tengahari.
Tapat jam 1.00 tengahari aku ambil Azira di tempat yang dijanjikan. Agak jauh dari pejabat. Aku tidak mahu orang lain tahu aku keluar dengan Azira. Bukan aku malu, tetapi aku mahu jaga air muka Azira. Aku tahu seluruh pejabat ini menyangka aku kaki perempuan. Dari bentuk rupaku, cara jalanku, cara aku berpakaian, cara aku bercakap malah segalanya adalah alas an yang cukup kuat untuk menuduhku kaki perempuan. Jadi aku yakin, bila orang tau Azira keluar lunch dengan aku, pasti semua orang akan kutuk Azira.
“Nak U keluar dengan I?” Aku mulakan bicara.
“Ada perkara penting yang I nak cakap.” Balas Azira.
“U rindu sangat kat I ke?” Aku bertanya antara serius dan tidak walau hati aku amat mahu dirindui Azira.
“Penting ke kalau I rindu kat U?” Azira bertanya semula. Aku tahu, ada makna yang suka diramal dalam ayat terakhir tersebut.
“Penting pada I, pada U I tak tahu.” Aku cakap apa yang hati aku kata. Azira diam. Dia hanya tunduk. Aku dapat lihat keresahan dari riak wajahnya.
“Kenapa ni?” Aku bertanya. Aku jadi amat tidak sabar menanti jawapan dari Azira. Jauh dari sudut hati aku, aku mahu Azira rasa apa yang sedang aku rasa.
“I pun tahu kenapa I boleh jadi macam ni..” Perlahan Azira mengeluarkan kata-kata. Aku diam. Aku menanti ayat tersebut disambung.
“I rasa amat bersalah pada suami dan anak-anak I.” Sambung Azira. Aku diam lagi.
“I tak sangka, setelah lima tahun berkahwin I boleh ada perasaan begini pada orang lain.” Azira terus berbicara. Walau suaranya antara jelas dan tidak, tetapi aku masih mampu menghayatinya.
“Azira, U pun ada perasaan yang sama macam apa yang I rasa ke?” Aku bertanya. Azira diam. Diam dan aku juga diam.
Azira memandang aku. Kuyu matanya membuatkan aku begitu terpesona. Aku sendiri tidak tahu mengapa. Hilang segala lapar dan dahaga. Dalam diri aku rasa penuh dengan cinta.
“I dah cuba benci U. Hari pertama U datang, I dah rasa ada sesuatu yang akan terjadi.” Azira kembali bersuara. Aku diam. Aku menjadi pendengar yang setia. Pendengar yang gembira. Pendengar yang teruja.
“I cuba lawan. I selalu kata pada diri sendiri yang U tak mampu buat I terpikat.” Sambung Azira. Aku diam dan terus diam.
“Sekarang I tahu. I tak mampu lagi lari dari U. U dah buat I……” Azira diam. Gagal untuk Azira menyambung kata-katanya.
“U ingat I tak buat sesuatu untuk menghalang perasaan I pada U?” Aku berkata.
“Bila I lihat U kali pertama, I rasa U begitu istimewa. I keluar bilik U, U terus berlegar dalam otak I.” Aku cuba jelaskan apa yang sebenar.
“I terus cakap…..ala hitam.” Aku sambung bicara.
“Tiap-tiap hari I cuba mengelak untuk bertentang mata dengan U. Bila jumpa U, I cakap kasar dan lepas. I buat U macam staff I.” Aku sambung lagi.
“I nak U benci pada I. I tahu U isteri orang.” Aku terus bercakap.
“Tetapi I tak mampu….bukan sebab U cantik….sebab U Azira.” Aku terus keluarkan apa yang aku rasa agar Azira mengerti.
Hari itu aku lunch hanya dengan memandu 30 km pergi balik. Meredah sesak jalanraya di Kuala Lumpur. Namun detik-detik tersebut menjadi titik mula penyiksaan dalam hidup aku. Mungkin hidup kami berdua. Bila aku tahu Azira juga ada rasa yang sama, aku jadi semakin rindu padanya. Aku benci setiap kali tiba hari Jumaat. Mudah. Sabtu dan Ahad pasti akan memisahkan aku dan Azira. Bila hari minggu tiba, aku jadi resah yang amat. Rindu yang amat. Rindu dan resah yang amat sukar untuk aku bezakan. Hanya aku mengenal satu. Aku rindu pada Azira. Aku cinta pada Azira. Rindu dan cinta itu semakin membara bila aku tahu Azira juga dalam perangkap yang sama.

20 November 2010

Bersambung

Sunday, December 18, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 3

01 November 2010

November mengubah segala-galanya. Pagi itu aku jumpa Azira di biliknya. Telah menjadi amalan di pejabat baru aku ini setiap Isnin akan ada mesyuarat pengurusan. Aku berikan beberapa maklumbalas yang Azira perlukan. Hari itu Azira nampak serius. Dia seperti tidak memandang kepadaku. Aku tertanya-tanya apakah Azira tahu aku memendam rasa kepadanya. Dia mungkin fikir, aku adalah manusia paling tidak berguna kerana jatuh cinta dengan isteri orang.
Dalam mesyuarat aku selalu memilih tempat yang bertentangan dengan Azira. Pada aku mesyuarat akan menjadi indah bila aku boleh menatap wajah Azira yang begitu ayu. Aku amat suka melihat Azira, sekalipun ketika Azira berjubah hitam. Hari ini Azira mengenakan baju kurung hijau dengan tudung bersulam kehijauan. Ada sepit di tengah tudung. Di pejabat baruku ini, hanya Azira yang mengenakan tudung begitu.
Aku tahu Azira pasti ada dua pasang tudung begitu. Aku selalu melihat Azira begitu. Azira ada dua pasang baju kurung yang hampir sama. Azira ada dua pasang kasut yang hampir sama. Azira ada dua bentuk tudung yang hampir sama. Azira pada aku memang begitu. Azira pasti akan membeli dua bagi setiap barang yang dia minati. Aku tak pernah tanya Azira tentang itu. Tapi aku pasti Azira begitu.
Mesyuarat hari itu berlangsung agak lama. Azira duduk di sebelah Ain. Aku tahu Ain akan sentiasa member pendapat, sementara Azira akan senyum. Senyum. Dan senyum lagi. Setiap kali Azira senyum, hati aku amat gembira. Walau senyum itu bukan untuk aku.
Aku berani kan diri untuk menghantar sms kepada Azira. Aku minta Azira diamkan Ain. Azira balas.
“Biarlah dia…kenapa U sibuk?” begitu balasan Azira
“I bukan sibuk….tapi I dah lapar ni.” Aku jawab. Jawapan aku sebenarnya memang ikhlas.
“I pun lapar juga.” Jawab Azira
“Jom, pasni kita lunch sama.” Pelawa aku.
“In your dream!” Jawab Azira.
“I gerenti that I will not sleep while driving. So I cannot have a dream.” Aku jawab.
“Harharhar.” Balas Azira.

Itulah detik yang mengubah hubungan kami. Malah “harharharhar” akan sentiasa ada dalam sms Azira kepadaku. SMS menjadi medium penting yang mengeratkan hubungan kami. Aku ingin sekali keluar berdua dengan Azira. Aku ingin sekali mengatakan sendiri perasaan ku kepada Azira. Aku tidak mahu teknologi yang mengambil peranan perasaan. Aku tahu Azira tidak akan melayan perasaanku ini. Mungkin Azira akan jawab..Harharhar.

05 November 2010

Pagi itu aku ke pejabat cawangan di Damansara. Ada mesyuarat penting. Secara tiba-tiba telefon aku bergetar. Ada sms. Dari Azira. Aku pantas melihatnya.
“Hai…boleh kacau.” Pinta Azira
“U Rindu I ke?” Aku bertanya. Sebenarnya aku yang amat rindu pada Azira.
“Harharhar..” Jawab Azira. Memang aku agak, itulah jawapan yang akan datang dari Azira.
“I rindu U tau…rindu sangat.” Aku jawab. Aku memang rindu pada Azira. Aku rasa tidak guna aku menyembunyikan perasaan ini. Bukan aku yang mahu rindu, rindu yang datang sendiri.
“Siapa lagi U rindu????” Tanya Azira
“ U, U, U, dan U serta U.” Aku balas. Itu adalah hakikat sebenarnya kalaulah Azira mengetahuinya.
“Harharhar, harharhar, harharhar, dan harharhar serta harharhar." Balas Azira.
Hingga akhir mesyuarat ada 61 sms Azira kepadaku dan ada 62 sms aku kepada Azira. SMS terakhirku tidak dibalas oleh Azira. Puas aku menunggu. Begitu tersiksa menunggu balasan sms terakhir itu. Aku tahu aku tidak lagi boleh lari dari merindui Azira. Malah aku amat suka bila dipeluk rindu pada Azira.
Mulai detik itu, setiap hari pasti kami berhubungan. SMS menjadi rutin harian kami. Semakin banyak sms, aku semakin rindu kepada Azira. Aku mula sedar, Azira juga mungkin rindu padaku. Yang baiknya, hubungan kami tidak seorangpun dari orang-orang di pejabatku mengetahuinya. Dari luar aku masih lagi seorang boss yang suka merapu. Bercakap lepas dan sering mengacau orang lain. Sebenarnya, aku mahu orang tahu, aku bukan jenis yang mudah jatuh cinta. Aku jenis yang happy go lucky. Aku jenis yang mampu menukar masalah menjadi peluang yang amat besar. Aku jenis yang tidak takut pada semua jenis cabaran. Rupanya bukan. Azira membuatkan aku sedar yang aku memerlukan dia untuk mengisi satu ruang istimewa dalam hidupku. Dan aku juga tahu, aku mampu mencipta dan mengisi ruang istimewa dalam hidupnya. Cuma penghalangnya adalah keadaan dan masa.

17 November 2010
Bersambung………

Saturday, December 17, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 2

Antara Julai 2010 hingga Oktober 2010

Semakin hari hubungan kami jadi semakin rapat. Aku jenis manusia yang tidak pernah mengedarkan business kad kepada orang lain. Maka telefon dalam bilik aku amat jarang berbunyi. Namun Azira akan menelefon bilik aku bila dia memerlukan maklumat dari sektor aku. Aku pula seperti sentiasa menunggu telefon itu bordering. Aku tahu tiap kali telefon itu bordering, pasti Azira di talian. Aku jadi mula rindu pada suaranya.
15 Julai 2010, aku baru dua minggu berada di pejabat ini. Aku mula mengenali seorang demi seorang pegawai di pejabat baruku ini. Aku rasa semua ada potensi masing-masing. Ada juga beberapa pegawai wanita yang cantik. Aku jarang menilai kecantikan wanita. Aku suka menilai kebolehan mereka menyumbang kea rah potensi organisasi. Aku tak perlukan pegawai wanita yang cantik, tetapi aku perlukan pegawai wanita yang bijak dan berani.
Azira lain. Dia amat sempurna. Cara dia meminta bantuan dan pandanganku amat berbeza. Dia hanya meminta. Pada aku permintaannya ibarat rayuan manja yang amat sukar untuk aku tolak. Malah aku sentiasa menanti Azira memohon bantuan dan pandangan daripada aku. Semuanya bukan kerana aku bijak. Aku juga tahu Azira bukan bodoh. Namun, bila Azira memerlukan bantuanku, aku akan cuba member yang paling baik pernah aku lakukan. Semuanya kerana aku berharap Azira terus memohon bantuanku.
20 Julai 2010 aku ada mesyuarat di luar pejabat. Tiba-tiba Azira menghubungi handphoneku. Aku rasa amat gembira. Aku terus simpan nama dan nombor handphone Azira. Aku letakkan nama Angel. Aku tak kisah apa maklumat yang Azira perlukan, aku jadi amat gembira bila aku dapat nombor tersebut.
Sehari demi sehari berlalu, aku masih gagal untuk menghubungi Azira malalui talian tersebut. Aku tak punya sebab yang kukuh. Tak kan aku hanya telefon, kemudian ucap hello dan bye. Aku bukan yang jenis macam tu. Aku benci bila cakapku tersekat-sekat. Malah bila ada bos yang berucap tersekat-sekat, aku benci berada dalam situasi begitu. Tersekat-sekat bagiku adalah satu kelemahan. Aku amat yakin, aku mampu menyembunyikan segala kelemahanku. Sayangnya, dengan Azira, aku mula sedar, aku masih lemah.
Suatu pagi pada akhir bulan Julai aku menerima satu panggilan. Azira mengajak aku makan tengahari di luar. Azira kata di café makanan telah hamper tiada. Aku amat gembira. Aku sendiri tak tahu kenapa aku gembira. Aku terus ke basement. Hidupkan kereta dan ambil Azira depan café pejabat. Rupanya Azira tidak keseorangan. Azira ajak Ain bersama-sama. Aku buat seperti tidak terkejut. Ain pula duduk di depan di sebelahku. Dalam kereta Ain yang banyak bercakap. Azira hanya diam. Sesekali aku jelling Azira melalui cermin pandang belakang. Azira senyum. Aku tahu dia senyum padaku. Mungkin Azira rasa, dia berjaya permainkan aku.
Masa makan, Ain terus bercakap. Ain memang begitu. Ain kalau bercakap susah hendak diberhentikan. Aku layan. Aku kenal Ain dah lama. Aku yakin Ain juga kenal aku lebih daripada orang lain kenal aku. Apalagi Azira yang baru dua bulan aku kenal. Selesai makan, aku bayar. Jadi kepantangan aku menerima belanja daripada wanita. Semua kawan-kawan wanita aku tahu. Kalau ada wanita yang boleh belanja aku makan, wanita itu pasti setaraf ibu atau kakakku.
Hari-hari terus berlalu. Tak pernah ada yang terlewat. Memang hebat pengurusan Allah. Tidak akan tersilap. Semuanya diatur dengan hebat. Semakin hari berlalu, aku rasa aku semakin kesuntukan masa untuk rapat dengan Azira. Sedangkan hati dan perasaan aku meronta-ronta untuk sentiasa berada dekat dengan Azira. Aku suka segalanya pada Azira. Termasuk wangiannya. Malah aku lihat Azira amat ayu bila bertukar cara memakai tudung. Ayunya Azira di mataku, memadamkan segala kepayahan cabaran di pejabat baruku ini.
Ada masanya aku ada urusan dengan Azira. Aku sebenarnya tidak mahu Azira member respon positif. Jadi, aku selalu sahaja bercakap yang nakal-nakal. Kadang-kadang aku berlebih. Aku puji Azira depan orang lain secara terbuka. Aku mahu Azira membenci aku. Aku tahu, kalau Azira membenci aku, aku akan lepas daripada siksaan ini. Siksaan menjadi lelaki tak berguna. Lelaki yang jatuh cinta dengan milik orang.
Aku juga pernah dengar, Azira sering mengutukku di depan rakan-rakannya. Aku sebenarnya tidak kisah dengan kutukan. Daripada pengalamanku, aku jadi setabah ini dan aku sampai ketahap ini kerana aku tahan kutukan. Malah aku melatih diri aku untuk menukar kutukan menjadi satu cara untuk aku membaiki kelemahan diri.
Satu pagi aku jumpa Azira di basement. Aku beri salam. Azira jawab. Aku memang jarang datang lewat. Tapi bila takdir menentukan aku akan terlewat, aku yakin ada benda akan berlaku. Kami sama-sama berjalan ke lif. Pintu lif pun terbuka. Azira masuk. Aku masuk. Pintu lif pun tertutup. Aku tekan aras 5. Azira diam. Aku senyum. Azira senyum. Tiba-tiba aku dapat kekuatan. Aku terus berkata, “ Cantik baju U hari ini.”
“Tak adalah, biasa sahaja.” Jawab Azira
“Kalau macam ni biasa, kalau cantik mau pengsan I dalam lif ni.” Aku berseloroh
“U ni ada saja lah.” Balas Azira. Aku terus ajak Azira minum. Azira tolak. Azira bagi alas an yang membuatkan aku kagum kepada ketabahan seorang wanita. Azira kata, “I tak akan keluar berduaan dengan U sampai bila-bila, kecuali……” Di situ Azira berhenti. Aku juga berhenti. Aku tak tahu untuk bertanya apa selepas kecuali. Pada aku, dua tiga perkataan yang lahir dari mulut Azira, terus terlekat dalam hatiku. Yang lain, biar masa dan keadaan yang tentukan.

01 November 2010
Bersambung

Friday, December 16, 2011

JOURNAL CINTA KEDUA - Episod 1

30 JUN 2011
Cerita ini adalah cerita biasa. Cerita tentang seorang lelaki yang tak guna yang jatuh cinta dengan isteri orang. Dan yang lebih malang lagi lelaki itu adalah aku. Namun dalam semua cerita tidak semua yang tidak berguna menjadi tidak berguna. Kita sentiasa ada 360 darjah untuk memutar sesuatu untuk menjadikan yang tidak berguna itu berguna kembali.
Aku sebenarnya bukan bodoh untuk jatuh cinta dengan isteri orang. Apalagi aku sudah punya keluarga. Aku pula bukanlah muda. Tapi harus diingat, aku belum juga tua lagi. Aku seringkali melihat rakan-rakanku menjalinkan hubungan dengan isteri orang. Kalau Tanya pendapat aku, aku akan segera menjawab…no komen. Pada aku cinta amat indah. Cinta adalah kurniaan kedua tertinggi Allah selepas akal. Hanya manusia yang dikurniakan Allah dengan akal dan cinta.
Malaikat, Jin, Syaitan, Binatang dan semua makhluk lain tidak pernah bercinta, apalagi berfikir. Maka, bila aku jatuh cinta lagi, aku jadi amat gembira. Aku rasakan, ada sesuatu yang Dia cuba beritahu kepadaku mengenai masa depanku. Yang menjadi masalahnya cuma satu. Wanita yang buat aku jatuh cinta adalah isteri orang. Wanita itu pula adalah ibu kepada tiga anak kecil yang sangat comel.
Aku tidak begitu rasa bersalah jika aku memisahkan wanita itu dengan suaminya. Tidak ada perkahwinan yang kekal. Di hujungnya akan putus juga. Diputuskan oleh manusia, keadaan atau hukum alam. Malah aku tahu aku mampu melakukannya. Tapi aku akan rasa amat berdosa, jika aku memisahkan tiga anak kecil yang comel itu dengan ayah mereka. Aku berpendapat, hanya Allah yang berhak berbuat demikian. Namun, hati kecil aku tetap yakin, aku mampu menjadi ayah yang lebih baik daripada ayah yang mereka ada sekarang. Dari sudut ini, aku rasa aku bukanlah manusia yang tidak berguna.
Sebenarnya, aku bukanlah jenis yang mudah jatuh cinta. Aku hanya jatuh cinta sekali. Itu pada 20 tahun dahulu. Wanita yang buat aku jatuh cinta, kini adalah isteriku. Malah dengannya aku dianugerahkan tiga orang putera. Semuanya hebat. Yang pertama akan ke New Zealand tahun hadapan untuk menyambung pelajaran. Yang kedua, akan mengambil SPM. Yang ketiga akan mengambil UPSR. Hidup aku sebenarnya telah lengkap. Lengkap sebagai lelaki, suami, dan ayah.
Namun, bila aku berjumpa dengan dia, aku rasa ada ruang dalam diriku yang menjadi kosong. Bila aku lihat dia senyum, aku jadi resah. Bila dia bicara, aku jadi resah. Malah bila dia melintas jauh di hadapanku, aku terus mengikut kea rah mana dia pergi. Kadang-kadang hanya untuk berkata hai…
Pernah sekali, aku hanya berdua dengannya dalam lif dari tingkat tiga ke basement. Aku ingin sangat menegurnya. Namun, satu perkataan pun tidak keluar dari kotak suaraku. Sedangkan dalam hatiku ada sejuta kata-kata yang berjaya kukarang. Akhirnya aku hanya senyum, itupun untuk membalas senyuman manisnya.


30 JUN 2010
Aku sebenarnya baru menamatkan Ijazah Kedoktoran. Seperti biasa aku diminta melapor diri di ibu pejabat. Aku lapor diri. Itu arahan, aku pekerja kena patuh. Dari ibu pejabat aku di arah untuk ke pejabat cawangan di Selangor. Aku diberi jawatan baru. Sebagai Ketua Sektor Keselamatan. Aku diminta berjumpa dengan Pengurus HR.
Aku sampai di pejabat cawangan jam 10 pagi. Aku terus ke pejabat HR untuk melapor diri. Aku diminta berjumpa dengan Puan Azira Nazri. Aku ketuk pintu. Masuk. Lalu aku serahkan surat arahan dari ibupejabat. Aku duduk bila disuruh duduk. Aku lihat dia. Dia juga melihat aku. Itulah kali pertama mata aku bertentang dengan matanya. Jantung aku terus sahaja terasa seperti mahu gugur. Kami berbual seketika sementara Azira menyiapkan arahan kerja baru kepadaku.
Pada orang lain mungkin Azira tidak cantik. Azira pada hari pertama bertemu denganku mengenakan baju kurang biru yang dipadankan dengan tudung biru. Mukanya bujur sirih. Mulutnya kecil dan sangat comel. Kulitnya hitam manis padaku. Ada dua jerawat pada bawah bibirnya. Matanya antara galak dan kuyu. Jari jemarinya runcing dan nampak sangat indah untuk digenggam. Bentuk badannya sederhana, tidak seksi dan tidak berisi penuh. Pada aku sangat sempurna.
Setiap kali Azira berkata-kata, Azira akan sulam dengan senyuman yang manis. Bercakap dan senyum. Bercakap lagi dan senyum lagi. Aku jadi tidak sedar yang aku telah lebih satu jam berada dalam bilik bersama seorang wanita yang anggun. Pada aku Azira lebih daripada wanita. Azira adalah bidadari yang dilahirkan untuk menyempurnakan bahagian-bahagian tersembunyi dalam hidupku.
Kemudian Azira mengiringi aku ke bilikku. Kali pertama aku masuk ke dalam bilik itu, aku Nampak Azira di mana-mana. Aku jadi marah dengan diri sendiri. Aku tahu, apabila Azira meminta aku memanggilnya puan, itu ertinya dia mahu aku tahu yang dia isteri orang. Aku tahu dia telah meletakkan satu garisan pemisah antara aku dan dia. Mungkin, dia tahu aku terpikat padanya. Jahanam aku…..
Minggu pertama aku bertugas aku hanya belajar beberapa perkara tentang budaya pejabat baruku ini. Aku percaya, budaya pejabat adalah jaminan untuk mengejar potensi organisasi. Ada juga yang aku tidak faham. Aku akan tanya semua orang, dari kerani hingga ke boss aku. Ada beberapa perkara yang aku perlu Tanya Azira. Namun aku selalu mengelak. Aku rela bertanya orang lain. Aku tahu, kalau aku selalu berbicara dengan Azira, aku akan semakin parah dibadai perasaan.
Adakalanya aku lihat Azira juga selalu menjeling ke arahku. Mungkin dia juga tertarik kepadaku. Jadi aku ubah cara aku bicara. Aku akan berbicara dahulu, kemudian akan berfikir. Aku mahu Azira nampak aku macam bodoh sombong. Atau macam si tak guna yang nak tunjuk pandai. Malangnya, setiap kali aku bicara, pendapat aku jadi selalu betul. Mungkin, aku mampu berfikir selari dengan bercakap.
Kadang-kadang, dalam mesyuarat aku gurau yang kasar-kasar dengan Azira. Aku selalu kata, “Azira punya fasal, saya sanggup lakukan apa sahaja.”. Azira selalu mencebik bila aku kata begitu. Azira selalu memberi reaksi segera. Selalu Azira kata begini “Em…tak ingin saya.” Tapi seandai Azira tahu, aku memang bermaksud begitu, aku rasa aku serta merta akan dibaling dengan kasut tumit tingginya.
Azira dan aku beza umurnya 15 tahun. Azira selalu katakan ketika aku mula bekerja, dia baru di darjah 3. Aku pula selalu katakan, bila aku 75 tahun, Azira akan jadi 60 tahun. Sama-sama tua. Sama-sama sudah tidak ada bezanya. Namun akan ada satu persamaan. Cinta kita tetap sama. Bila aku kata begitu, Azira akan tersenyum. Dan bila Azira tersenyum…aku akan rebah dalam perasaan yang tak mampu aku gambarkan.

Antara Julai 2010 hingga Oktober 2010
Bersambung……

Wednesday, December 14, 2011

OPSYEN SBPA - TERIMA ATAU TOLAK


  1. Apabila Ceupacs memohon tambahan masa untuk kakitangan awam menerima SBPA, pasti ada isu yang dijangkakan akan mengusutkan perkhidmatan sesaorang penjawat awam.

  2. Justeru di sini saya akan cuba gariskan siapa yang patut memilih atau tidak SBPA. Apabila dinamakan opsyen, bermakna tawaran ini bukan paksaan. Anda berhak memilih atau menolak SBPA.

  3. Seorang penjawat awam yang cemerlang, sepatutnya menerima SBPA. SBPA menitikberatkan kecermerlangan dalam perkhidmatan. Opsyen ini juga merupakan tapisan di antara kakitangan yang cemerlang dan yang tidak cemerlang.

  4. Dalam SBPA, penjawat awam yang cemerlang, akan mendapat faedah yang berganda. Sila fahamkan artikel sebelum ini.

  5. Ini juga bermakna, jika anda menolak SBPA, anda dengan sendirinya mengaku bahawa anda tidak cemerlang.

  6. Bagi penjawat awam yang telah berada di tahap gaji mati, SBPA hanya menaikkan sedikit gaji anda. Anda pasti marah. Itu saya yakin. Apakah anda perlu menolak SBPA?

  7. Sudut pandangnya begini. Sehingga 2010 anda tidak menerima anjakan gaji di bawah SSM. SBPA telah membuka peluang kepada anda untuk menerima semula anjakan gaji sehingga anda berusia 60 tahun. Dari sudut ini, golongan ini juga mendapat faedah. Saya cadangkan kumpulan ini menerima SBPA.

  8. Bagi kumpulan JUSA dab Premier, anjakan gaji yang diterima begitu banyak. Itu memang sepatutnya. JUSA selalunya berkerja tanpa mengenal masa dan tempat. Kerja, kerja, kerja, dan kerja serta kerja. Di sektor swasta, gaji kakitangan setaraf JUSA, jauh lebih tinggi daripada gaji JUSA dalam SBPA. Pada saya adil. Kalau ada JUSA yang menolak SBPA.....dia pasti gila atau tiga suku.

  9. Exit polisi adalah yang paling menarik dalam SBPA. Tetapi ini juga hanya untuk orang cemerlang. Saya sendiri bercadang untuk menyertai swasta dengan adanya SBPA. Esok saya pilih 60 tahun. Jun 2012 saya akan memohon ke syarikat Multinasional. Ganjaran saya akan dikira sehingga umur 60 tahun dan saya tetap akan menerima pencen pada usia 55 tahun.

  10. Jika saya ingin kembali kepada kerajaan, perkhidmatan di syarikat multinasional akan diambilkira. Ertinya perkhidmatan bersambung, gaji swasta akan disambung dengan gaji kerajaan. JUSA lah tu. Itu adalah jalan mudah untuk menjadi JUSA.

  11. Cuma, kita takut sejarah SSM berulang. Sistem cemerlang tetapi perlaksanaan cincai dan hancur. Kita takut "wal hasil balik asal".

  12. Betul tak?

Saturday, December 10, 2011

SBPA - MENGURANGKAN ANGKA 39


  1. Artikel yang lalu, saya mengatakan dari Gred 1-1 ke gred 1-6 (T15) akan mengambil masa 39 tahun. Untuk itu, kita perlu bekerja dari usia 21 tahun jika kita memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Sesuatu yang amat mustahil.

  2. Tetapi ada jalan pintas dalam SBPA. Jalan pintas ini dikenali sebagai kenaikkan gaji tahunan (KGT).

  3. Dalam KGT ada yang akan statik dan mendapat KGT di antara 5% ke 15%.

  4. Usah kita hiraukan yang statik. Itu bukan kumpulan kita. Kita adalah kumpulan yang akan menerima kenaikkan 5% ke 15%. Ayuh, kita tanamkan semangat itu. Sesiapa yang gagal tanamkan semangat itu, SILA JANGAN PILIH SBPA.

  5. Kalau kita perhatikan KGT dari satu T ke satu T minima adalah 5%. Maksudnya jika kita mendapat KGT 15%, kita akan melompat dari T1 ke T4.

  6. Ertinya untuk mendapat gaji maksimum di gred 1-1, kita hanya memerlukan 6 kali KGT 15%. Kemudian sekali di gred 1-2, sekali di gred 1-4, sekali di gred 1-5, dan dua kali di gred 1-6.

  7. Ringkasnya dalam masa 11 tahun kita sudah mendapat gaji maksimum di gred 1-6 iaitu RM11 ribu plus plus. Melambakkan!!!!!!!

  8. Masalahnya bagaimana nak dapat KGT 15%? Untuk mendapat KGT 15% penjawat awam perlu mencatat markah LNPT minimum 95%. Boleh atau tidak????

  9. Dalam SBPA, LNPT hanyalah 85%. Baki 15% dibahagikan kepada 3 bahagian yang dikenali sebagai Pingat Perkhidmatan Cemerlang. Bahagian pertama adalah sukan (5%), bahagian kedua adalah inovatif dan kreativiti (5%) dan bahagian ketiga adalah sumbangan masyarakat (5%).

  10. Jadi anda fikirkanlah sendiri bagaimana untuk dapat LNPT 95% tu. Kalau dapat, usia 37 dah dapat gaji 5 angka. Best 000000000

  11. Adios

Thursday, December 8, 2011

SBPA - KEKALUTAN ICT SEKTOR AWAM


  1. Rabu, bila KPPA membuat sidang akhbar mengenai SBPA. Bebarapa website agensi mengalami gangguan capaian kerana hit yang berlebihan.

  2. Ramai yang merayau-rayau dalam Pekeliling SBPA tersebut untuk mencari Jadual Gaji Sebaris SBPA. Ada yang bertindak ekstrem dengan meredah website agensi tertentu khususnya JPA.

  3. Ini mengakibatkan website JPA tergendala hampir 3 jam. Keadaan ini mengakibatkan pelanggan JPA yang bukan penjawat awam berasa gusar.

  4. Ini menunjukkan penjawat awam begitu teruja untuk mengetahui jumlah kenaikkan gaji yang bakal diterima. Penjawat awam bukannya ingin tahu sangat dengan SBPA.

  5. Kalau mengikut KPPA, SBPA lebih memfokuskan kepada 'exit policy'. Polisi ini pula tidak akan mengainaya penjawat awam.

  6. Sebagai contoh, penjawat awam yang telah berkhudmat selama 20 tahun. Pada tahun ke-21 beliau ditamatkan perkhidmatan atas kesalahan tatatertib. Dalam SSM semua kelayakan beliau hilang. Dalam SBPA, kelayakan beliau seperti ganjaran, 'golden hand-sake' dan pencen (selepas 55 tahun) masih akan diterima dengan mengambilkira 20 tahun perkhidmatan beliau. Bagus tak?

  7. Contoh kedua adalah keluar masuk perkhidmatan awam. Ada kalanya kita ada masalah dalam organisasi kerana 'boss yang tidak betul'. Dalam SSM kita kena minta tukar dan selalunya tak dapat. Dalam SBPA kita boleh keluar perkhidmatan awam dan menyertai swasta, kemudian balik ke perkhidmatan awam bila 'boss' tadi pencen atau mati. Perkhidmatan kita disambung dan tidak putus untuk pengiraan kaedah persaraan. Best kan????

  8. Gaji pula, dalam SSM dah banyak dah. Tapi dalam SBPA lagi banyak. Gaji akhir, contoh: DG1-1, T20, RM6220, DG1-6,T15, RM11505, N5-1, T20, RM2390. Gaji akhir, pendek kata kalau ada ijazah dan bagus bekerja, tak perlu jadi JUSA pun boleh cecah lima angka. Wow...pakcik kayo....

  9. Jom kita kira berapa tahun boleh dapat gaji lima angka tu. 20 tahun di 1-1, masuk T14 di gred 1-2. 4 tahun di gred 1-2, masuk T12 di gred 1-4. 6 tahun di gred 1-4, masuk T13 di gred 1-5. 4 tahun di gred 1-5, masuk T10 di gred 1-6. Kita perlu lima tahun untuk gaji maksimum di gred 1-6. Berapa tahun tu, 20+4+6+4+5= 39 tahun.

  10. Apa 39 tahun tahun!!!!!!!! 60-39 = 21. Ertinya kita kena ada ijazah pertama pada usia 20 tahun, dan masuk kerajaan pada usia 21 tahun. Lawak kan........tu pendapat saya. Kalau setuju isi komen di bawah.......kalau anda penjawat awam....tolong ingat sikit...tuan-tuan tu buat dasar.....bukan buat lawak....nak buat lawak masuklah Maharaja Lawak Mega. Adios